Hari 4 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Boleh Balik Rehat Di Rumah

Alhamdulillah... Masuk hari ke-4 semakin baik... Seawal pagi nurse dah datang nak cabut saluran beg kencing.. 2 orang nurse datang bantu.. Alhamdulillah lepas buang beg kencing dah boleh kencing secara normal tanpa sebarang komplikasi...

Begitu juga lepas beberapa hari tidak dapat membuang air besar lepas nurse berikan ubat alhamdulillah berjaya juga buang air besar pertama kalinya.. Sebab risau takda perasaan nak membuang selama 4 hari walaupun makan. 

Hari ke-4 juga dapat kunjungan rakan-rakan pejabat... Terima kasih sudi datang ziarah..

Sebelah paginya ada buat physio untuk ais pad dan renjatan elektik.. Serta latihan berjalan untuk satu pusing u diluar wad.. 
Ni alat buat renjatan elektik di bahagian belakang so kita dapat rasa macam kena gigit dibelakang dalam masa 15 minit.. 

Sebelah petang Dr Bedah saya datang buat pemeriksaan dan memaklumkan saya dah boleh discharge untuk hari ke-4 alhamdulillah so dapatlah sambung berehat di rumah.. 

Selepas semua urusan dokumentasi selesai... Kami pun bergerak pulang ke rumah selepas solat Isyak di Hospital dengan ditemani isteri dan anak2... 

Sebelum tiba dirumah kami singgah pulak beli walker di farmasi sekitar rumah.. Untuk kegunaan harian dirumah... 

Walker seperti ini kami beli sebab katanya lebih kukuh untuk badan seperti saya.... Hehehe.. 

Harap lepas ni dapat berlatih berjalan setiap hari di rumah dengan walker ni.. Sebab doktor memang minta guna walker untuk berjalan dalam rumah selama sebulan.. Doakan semoga saya cepat recover... Aamin 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor