Hari 3 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Tak Boleh Tidor Malam
Alhamdulillah ketemu lagi update harian selepas pembedahan..
Untuk next day after post-surgery hari ke-3 tak sama macam sebelumnya.. Sebab pergerakkan ada sedikit terbatas dan mula rasa ngilu dah tidak selesa bahagian kanan punggung ke lutut.. Kalau berdiri seperti lemah tutut dan mcm nak jatuh mungkin juga sebab hari sebelumnya banyak berjalan.
Kesakitan hanya melibatkan bahagian kanan sahaja... Sebelum pembedahan sakit teruk bahagian kiri sampaikan hujung ibu jari kaki kiri kebas... Ada sesekali sakit sama pindah ke kanan juga tapi banyak di kiri..
Jadi lepas pembedahan ni.. Alhamdulillah sakit bahagian kiri hilang hampir 100% masalah sebelumnya..
Ada tanya doktor kenapa pindah sakit sebelah kanan.. Dia kata sebab sebelah kanan tengah support sakit sebelah kiri dan lama-lama akan kembali ok..
Dr. Bekalkan ubat tahan sakit sahaja sebab penggunaan Moffin dah diberhentikan sejak hari ke 2 lagi.. So mungkin segala sakit selama ni ada tapi cover by ubat moffin.. So bila moffin stop baru dapat rasa semua sakit sebenar..
Hope next day much batter from this day... Aamin
Dr. Juga dah gantikan pembalut luka baru bahagian pembedahan tu... So alhamdulillah luka semua nampak ok takda pendarahan atau infection ke apa.. Sebab risau juga kalau tetiba bernanah ke bekas operate tu pada bahagian belakang.. Dekat belakang tu ada 2 luka sahaja.. Bahagian pembedahan dgn sedikit lubang yang ditebuk berasingan untuk tiup buang baki darah pembedahan..
Selepas buang tiup kencing sebelah paginya juga baru selesa nk ke kiri ke kanan n ke tandas... Alhamdulillah ujian buang air kencing tanpa salur tiup di tandas berjaya... Walaupun pada awalnya sedikit takut n sakit..
Satu lagi masalah membuang air besar yang 3 hari tak membuang juga lepas dr bagi makan ubat paksa membuang akhirnya berjaya juga... Syukur alhamdulillah...
Kalau hari sebelumnya belajar berjalan dalam bilik je... Alhamdulillah hari ke 3 pembantu physio datang ajar ke luar bilik ward jalan separuh je dulu patah balik dah rehat..
Malamnya saya cuba berjalan tanpa walker pelan-pelan tapi masih berpaut pada dinding.. Sebab nak cuba kurangkan ke bergantungan dengan walker untuk berjalan... Alhamdulillah boleh berjalan pelan-pelan.. Kecuali ketandas saya just standby walker ditepi untuk mudahkn berpaut masa bangun dari duduk.. dan sebagai kecemasan jika nak jatuh..
Doakan saya cepat recover semula.. Untuk berjalan normal semua..
Ulasan
Catat Ulasan
Jangan segan-segan bagi komen ye..