Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1

 

Salam semua,

Cuba korang baca tajuk entri dekat atas tu korang faham ke apa yang aku maksudkan tu.. kalau tak faham mai aku terangkan ye.. “Bercuti Balik Kg Bersama Mertua” ni maksudnya aku balik kampung aku dekat johor bawa sekali ibu & ayah mertua aku.. jelaskan.. tak jelas lagi.. takpelah.

pt raja batu pahat

Sebenarnya sejak aku kawin tahun 2009 tu baru sekali je mertua aku sampai kg. aku, itu pon masa majlis kawin aku masa dekat johor. lepas tu mertua aku memang langsung tak pernah jumpa lagi dengan mak & ayah aku ni.. so setelah sekian lama dia orang ni tak jumpa akhirnya hari sabtu lepas mereka semua dapatlah berjumpa semula setelah hampir dua tahun tak bertentang mata.. hehehe.. dah macam jejak kasihlah pulak ye..

Tapi sebelum sampai dirumah aku tu sempat kami bermalam di rumah mak su cik malarang yang duduk di Parit Raja Batu Pahat.. rupa-rupanya selama ni ada juga saudara cik malarang duduk dekat Johor ni.

family mak su  batu pahat

Yang berbaju merah tu suami isteri… tulah dia maksu & paksu cik malarang.. terima kasih kerana sudi tumpangkan kami bermalam di sana.

Sebelum kami meneruskan perjalan pulang ke rumah aku.. sempat lagi family mertua aku ni singgah tengok-tengok cenderhati dekat Air Hitam, Batu Pahat.. kalau korang nak tahu Air Hitam ni adalam tempat shoping untuk beli cenderhati seperti pasu & kerepek.. pendek kata sediakan duit je.. memang macam- macam ada jual.

kedai pasu air hitam

Ni adalah salah satu kedai cendermata yang terdapat di Air Hitam.. korang pilih je apa yang korang nak beli.. rambang mata beb.. hehehe

kedai pasu air hitam 1

Yang nilah dia koleksi pistol Gadafi kot.. hehehe.. saja buat lawak.. sebenarnya pak mertua aku minat sangat dengan frame yang ada senjata ni.. tapi mak mertua aku pulak tak suka.. so hasrat pak mertua aku untuk beli & bawak balik Penang terkubur begitu sahaja.. takpe ayah.. nanti ada rezeki saya belikan ye.. hehehe

kedai pasu air hitam 2

Ni pulak salah satu sudut bahagian koleksi barangan untuk perkahwinan.. punyalah banyak cenderhati untuk bagi tetamu time kawin ni.. kebetulan adik ipar aku tak lama lagi nak mendirikan masjid.. so gi servey-servey sekalilah barang-barang dekat sini.. harga boleh tahan murah.

kedai pasu air hitam 3

Sapa peminat tembikar atau pasu bunga boleh datang ke Air Hitam ni juga.. sebab dekat sini memang banyak pasu-pasu hiasan yang dijual dengan harga murah.. tengok dekat atas tu macam2 design ada.. pilih je mana yang korang suka.. dah tu bayar & bawak balik terus.. hehehe

kedai pasu air hitam 4

Ai… macam dah tak sabar je adik ipar aku ni nak kawin.. berkenan dengan bakul buat hantaran tu ke? hehehe.. kalau korang takda idea nak buat design bekas2 hantaran tu.. dekat kedai ni banyak gila design2 yang cantik2 boleh jadikan sample.

kedai pasu air hitam 5

sempat lagi adik ipar test topi tu.. kalau berkenan minta nanti cik abgnya belikan ye.. boleh lindungi kulit dari matahari.. hehehe

kedai pasu air hitam 6

Walaupun cik malarang dah tak larat sebenarnya nak jalan.. tapi dia gagahkan juga untuk melayan familynya.. ni senyum terpaksa ke sayangku.. sesuatu yang aku rasa sedikit pelik dengan wife aku ni sejak berbadan dua ni dia tak berapa suka nak bergambar.. time aku nak ambil gambar dia.. mesti dia akan mengelak.. dulu masa tak mengandung.. dialah paling suka kalau ada orang ambil gambarnya.. hehehe.. takpelah mungkin cik malarang tak selesa kot.. atau tu salah satu alahannya.. hehehe..

Takpe syg.. nanti bila baby dah keluar baru ambil gambar banyak-banyak ye..

Mata dah terasa berat sangat ni.. aku rasa esok aku sambung cerita part 2 ye.. hehehe cerita tak habis lagi tau.. tunggu..

Ulasan

  1. Cik malarang bkn takmau amik gambar. Tapi cover perut. He he..
    Bro dah nmpak makin berisi plak. He he..

    BalasPadam
  2. @fazrol : mungkin cover perut kot.. hehehe.. aku ni memang macam berat bertambah.. tapi tang perut yang ketara.. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak