Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

 

Asslamamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pagi ni aku tertarik dengan tajuk berita disurat khabar “Blogger Hantu Diharam”.. mula-mula aku tengok tajuk tu cerita apa pulak nikan.. sapa yang jadi hantu.. dan bila ada cerita pasal blogger ni aku memang suka nak ambil tahu sebenarnya.. almaklum jelahkan kita ni pun dalam golongan mereka jugakan..

anynomous

Rupanya cerita pasal penulis blog dan portal yang suka menulis tanpa menggunakan nama identiti sebenar.. rasanya samalah dengan aku.. aku tulis pun bukan guna nama sebenar.. rasa macam poyo pulak nak guna nama penuh dalam blog ni.. hehehe

Jom baca sedikit petikan dari berita online ni…

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak


Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing. – Sumber Berita Harian Online.

Bagaimana cara perlaksanaannya tu kita sama-samalah tunggu nanti.. nampak gaya lepas ni. ramailah penulis blog yang guna nama samaran akan terdedah identitinya.. hehehe.

Pada pandangan korang.. perlu tak korang dedahkan identiti sebenar korang dalam blog korang atau ketika korang bagi komen atau buat ulasan dalam mana-mana portal online ni.. ?

Bagi aku rasanya korang mungkin dah kenal sapa aku sebab dalam blog ni pun aku banyak letak gambar aku bersama family.. cuma mungkin ada sebilangan kecil yang tak tahu nama sebenar aku je..

Dalam situasi ni sebenarnya ada baik dan buruknya.. for me.. kalau nak menulis untuk beri informasi sebenar takda salahnya.. tapi kalau memang berniat nak buat benda jahat guna blog ni.. memang patut undang-undang ni dibuat.

Ulasan

  1. siapa?? siapa pemilik bloh myvitrd???

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu kena bayar dulu baru leh tahu... hehehe

      Padam
  2. Assalamualaikum. wahhh habislah blogger2 semua bagi nama penuh kang tak cam pula. dah terbiasa dengan nama samaran kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa mcm janggal pulakkan bagi nama penuh ni.. hehehe

      Padam
  3. macam ini nanti - nanti gua tak boleh lah guna nama onlajer haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni dah tak boleh nak guna nama samaran bro

      Padam
  4. eyza pun guna nama pendek jea...rasa ok kot sbb nama pendek pun sebahagian nama eyza sendiri jugak...hehe

    p/s : yeyyy saya tahu nama sebenar kamooo...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak.. ada orang tahu nama kitalah.. hehehe

      Padam
  5. biaselah kan kita guna nama pena dalam menulis.takkan nak bagi nama sebenar pulak

    BalasPadam
  6. lepas nie maybe kena guna domain nama sendiri pulak....ahahahahaha

    BalasPadam
  7. dedah identiti lengkap sangat buat risau dengan orang tak tak bertanggungjawab buat keja. harap implementasi nanti lebih praktikal dalam masa yang sama matlamat elakkan blog berbentuk finah tercapai.

    BalasPadam
  8. bab lesen tu..jangan wajibkan. itu je aku minta.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak