PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC) Di Sepang International Circuit (North Track)
Salam semua,
Aktiviti aku hari dengan cik malarang adalah mengunjungi buat pertama kalinya Litar F1 Sepang. korang nak kata aku jakun pon takpelah.. hehehe. Kebetulan time aku tengok tv tadi pagi aku terpandang satu iklan perlumbaan PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC) yang telah bemula dari 29hb April – 1 May 2011 yang mana masuk untuk menonton perlumbaan adalah percuma.
Aku pon ajaklah cik malarang gi jalan kesana, kebetulan kami berdua tak pernah sampai lagi dekat litar F1 tu.. Keadaan cuaca memang boleh dikatakan panas tahap gaban.. ikutkan hati cik malarang nak je dia patah balik.. sebab malas nak jalan kaki ke litar tu.. sebab panas dan jauh.. disebabkan dia kesian dekat aku kita orang teruskan juga sampailah ke stage penonton.
Sampai je lokasi perlumbaan rupanya lumbaan dah bermula dengan jentera 115cc sedang bersaing hebat. Tamat perlumbaan 115cc tiba-tiba jentera 600cc pula menguji jentera dengan membawa penumpang dibelakang.. korang tengok gambar dekat atas.. mana ada orang lumba bawa penumpang.. hehehe
Salah seorang peserta jentera 115cc mencuri tumpuan apa bila jentera beliau meragam dikala perlumbaan hendak bermula.. aku rasa motor dia tak mau hipup.. so dengan bantuan rakan team dia.. terpaksa tolak motor tu sampai hidup. Tapi malangnya penunggang ni tak sampai 2 lap aku tengok dia dah masuk semula dekat pit.. rasanya motor dia rosak semula kot.. kesian mamat tu..
perlumbaan jentera 115cc bermula.. laju beb dia bawa motor ni.. kalau korang nak merempit dekat sinilah baru tempatnya.. kalau nak tahu tinggi langit mcam mana masuk race dekat sini ye
Suasan pengunjung disekitar litar F1.. apa pon aku gembira dapat sampai dekat sini.. tak tahulah bila boleh sampai lagi dekat sini.. tadi masa balik cik. malarang dah pesan.. dah tak mau datang lagi.. kecuali ada bilik penonton yang ada aircord.. hehehe.. nampak gaya tunggu aku jadi CEO litar F1 nilah baru aku letak aircond semua ye sygku.. hehehe
Kalau korang nak tahu keputusan perlumbaan tadi boleh rujuk dalam website PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC)
Ulasan
Catat Ulasan
Jangan segan-segan bagi komen ye..