Kos Tukar Bateri Kereta Myvi | Bateri Sel Kering atau Sel Basah

 

Assalamualaikum dan salam ramadan semua,

Gara-gara terniat nak tambah satu lagi.. terus si dia merajuk.. opsss.. bukan nak tambah isteri ye.. Jangan cari pasal…takda juga kena mengena dengan entri sindrom takut bini… cuma terniat nak tambah kereta satu lagi.. terus si kuda hitam aku semalam petang tak nak hidup dah.. merajuk katanya.

Memang dalam 2 ke 3 hari sebelumnya aku dah perasan pasal apa bila aku start engine macam tak kuat je.. macam selalukan.. dah ada terlintas dekat hati.. macam nak kong je bateri ini.. aku pun dah cakap dengan cik isteri.. macam kita kena standby duit dah ni sayang… memang masin mulut aku.. hahaha..

Aku pulak dah tak ingat bila last aku tukar bateri tu.. tapi aku ada blogkan masa aku tukar sebelumnya.. jadi aku rujuk balik entri lama aku Tukar Bateri kereta kali ke-2.. bila aku tengok rupanya last aku tukar bateri kereta aku ni.. Oktober 2011.. sekarang dah nak masuk Ogos 2013.. kiranya bateri kereta ni dah berkhidmat selama 1 tahun 9 bulan dah.. kalau ingat-ingat macam baru lagi.. hehehe

Bateri sel basah myvi

Bateri dekat atas ni mampu bertahan selama 1 tahun 9 bulan..

Selamatlah kereta tak  hidup masa nak balik kerja semalam dekat opis.. so mintalah bantuan member opis cari jumper untuk jump ke kereta dia orang.. alhamdulillah dapat hidup juga..

Cuba bayangkan kalau dia buatnya rosak dekat R&R ke masa nak balik raya.. tak ke niaya aku satu family..

Masa mula-mula dulu, aku tukar bateri sel kering dekat perodua.. kali ke- 2 aku tukar semula kepada yang basah.. kali ni aku tukar balik kepada sel kering.. kali ni aku nak tengok bateri sel kering atau sel basah yang boleh tahan lama..

Sepanjang perjalanan balik dari opis nak ke opis cik isteri, aku  asik berdoa je supaya kereta aku tak mati dalam waktu tengah-tengah jem.. alhamdulillah sampai juga dekat opis isteri dengan selamat.. sampai dekat opis isteri aku tak matikan dah kereta.. sebab risau takut tak boleh hidup semula.. aku suruh je cik isteri tunggu dalam kereta sambil aku gi siap-siap solat asar dulu.. habis je solat aku terus gerak balik dan cari bengkel yang area umah aku tu..

Masa tu aku dah tak servey dah nak beli bateri kering atau basah.. mana kedai yang buka dan bateri apa yang ada aku sebat je.. janji esok aku takda masalah nak gi kerja.

Bateri Kereta Myvi Jenama GP

Bateri baru sel kering untuk hari raya.. huhu

Sampai-sampai je dekat area umah aku dekat Shell tu ada satu bengkel kereta masih buka.. so aku tanya berapa harga bateri untuk kereta Myvi? mekanik tu cakap siap pasang semua RM180.. aku memang dah burget kalau bawah RM200 aku beli je.. tak sampai 10 minit siap sudah bateri aku ditukar dengan bateri sel kering dari jenama GP.. sebab kalau nak bateri sel basah mekanik tu cakap kena order.. lagi pun masa tu dah nak berbuka aku kata pakai jelah bateri sel kering.. next time kalau kong lagi baru tukar sel basah pulak..

Sempat juga aku tanya dekat mekanik tu.. andai kereta saya mati tengah jalan macam mana boleh start semula tak? mekanik tu cakap.. kereta masih boleh start semula kalau engine baru mati.. tapi lepas 5 jam memang dah tak boleh start sebab bateri tak kuat dah untuk bolehkan engine start.

Kepada kawan-kawan yang dah pernah mengalami masalah bateri kong ni.. bateri mana yang tahan lama.. bateri sel kering atau sel basah?

Ulasan

  1. Ambik la sel kering kalo jenis malas nak cek air bateri....aku beli GP untuk waja rm150...bateri branded sume tahan lama bro....kalo baru tukar bateri pastu jadi balik tu mungkin problem alternator...

    BalasPadam
  2. tak de pengalaman ... sorry ek . mungkin juga kereta ni ada sensor . tau merajuk . sebab tu kena belai dia baik - baik ... heheheeee

    BalasPadam
  3. bateri kering ok sket dari biasa bagi aku yanG pemalas nak top up air bateri nie...

    BalasPadam
  4. Salam bro, sel kering free maintenance tp mahal.., sel basah kena topup air bateri 3 bln sekali kena rajin check.., dua 2 ok ...boleh buat pilihan. Aku pakai 3 thn utk sel basah..dan 2 thn lbh utk sel kering...manusia biasa mcm aku ..adakalanya rajin tapi mudah lupa.

    BalasPadam
  5. aku pakai sel kering , 2 3 hari ni aku start tp x berapa nk kuat, satu hari langsung x boleh strt, aku usik positif sign, elok sampai sekrg tp x kuat sgt daa, ada x kaedah nk cek manual sel kering? or dah sampai seru aku tuka baru ? mohon share

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak