Panduan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Melalui KWSP

 

Salam semua,

Alhamdulillah syukur dalam diam-diam dah genap setahun rumah yang aku beli dan duduk sekarang ni.. disebabkan dah cukup setahun pihak bank ada hantar SMS dekat cik malarang menyatakan yang rumah yang kami beli tu dah layak kami bayar guna kaedah ansuran bulanan melalui KWSP.

So bila aku dapat berita ni.. aku cakaplah dengan cik malarang yang bagus juga kita buat kaedah ni.. sekurang-kurangnya dapat kita kurangkan komitmen bulanan kita.. :-).. lagi pun duit dalam akaun 2 aku tu cukup untuk tempoh bayaran jangka tertentu.

Jadi langkah pertama yang aku buat adalah aku minta cik malarang contact pihak Bank yang keluarkan pinjaman dulu untuk buatkan satu penyata akaun bank seperti format yang diminta oleh pihak KWSP.

Adalah dalam masa seminggu aku tunggu untuk statement tu disiapkan.. jadi bila statement dah siap bank pun calllah suruh gi ambil statement tu dengan kadar bayaran RM20 yang akan dikreditkan dalam akaun pinjaman.

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja

Dapat je statement tu terus aku siapkan dokumen-dokumen lain sepeti salinan kad pengenalan, salinan buku bank simpanan dan Borang Pengeluaran KWSP 9P (AHL) yang boleh didownload terus dari laman KWSP. (4 dokumen tu je yang diperlukan)

Bukan apa kalau nak cepat urusan baik download siap-siap dan isi borang tu baru pergi ke pejabat KWSP berdekatan.. kalau tak korang kena ambil borang dekat kaunter & isi di pejabat KWSP.

Selesai semua dokumen aku kumpulkan.. semalam terus aku pergi ke pejabat KWSP cawangan Petaling Jaya..

Lebih kurang hampir 1 jam juga aku uruskan permohonan tu dengan dimulakan membuat penyemakkan dokumen dikaunter yang disediakan.. sekiranya dokumen yang disemak tidak lengkap permohonan seterusnya tidak dapat dibuat.

Alhamdulillah semua dokumen aku lengkap dan terus ke kaunter seterusnya untuk penyerahan borang dan cop ibu jari.

pengeluaran KWSP

Selesai je semua urusan.. satu salinan dokumen pengesahan permohonan diterima.. dan pihak KWSP menyatakan proses yang diambil untuk pengeluaran tu adalah selama 14 hari.. dalam hati aku oklah yang penting lulus.

Jadi lepas ni setiap bulan pihak KWSP akan memasukkan sejumlah wang kedalam akaun simpanan aku untuk digunakan membuat bayaran ansuran bulanan mengikut tempoh yang telah dipersetujui.. dan untuk pengeluaran ansuran bulanan ni.. duit yang dipotong adalah dari simpanan Akaun 2.

Insyallah rasanya kalau ada rezeki lebih & duit dalam akaun 2 tu bertambah lagi.. mungkin proses ni akan aku buat seterusnya pada masa akan datang.

Sekurang-kurangnya komitmen bulanan untuk membayar rumah dah kurang.. betul tak?

 

Apa pandangan korang tentang kaedah yang ditawarkan oleh pihak KWSP ni?

Kalau korang nak info lanjut tentang kaedah pengeluaran ansuran bulan ni, korang boleh diperolehi di laman KWSP

***Macam dah boleh plan beli rumah ke-2 je kalau macam ni.. hehehe

Ulasan

  1. terima kasih atas panduan kwsp ni.. memang terpikir juga nak buatpengeluaran kwsp untuk buat rumah

    BalasPadam
  2. Insyallah dh blh fikir2kn rumah ke2 kalau ada rezeki..

    BalasPadam
  3. Dulu tak ada pengeluaran bulanan so bila cukup 3 tahun ke kalau tak silap akak keluar le sedebub cam tu habiskan bayar rumah. Sebab rumah kecik dan harga pun murah 8 tahun habis loan....:)

    BalasPadam
  4. terima kasih info ni, sy baru tau dan harini baru je tanye2 kat maybank, sgt2 lambat, sian kan..kene godek habis kat kwsp ni, demi rumah..hihi

    BalasPadam
  5. bagus kurangkan bebanan hutang kte yer

    BalasPadam
  6. terbaik lah bro!!! aku dalam proses nak kejar beli rumah kat Putrajaya! hehehehee

    BalasPadam
  7. terbaiikk bro ! walaupun belum arif tentang semua ni ..

    BalasPadam
  8. Saya sudah lama mengunakan perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP untuk mengurangkan kadar pinjaman bulanan. Sudah 3 kali saya buat pengeluaran KWSP untuk pinjaman rumah dan pelaburan unit-unit amanah.

    BalasPadam
  9. good sharing...
    nak tanya, kalau kita nak sampai habis rumah dibayar misalkata 20 tahun lagi, epf akan deposit amount tu sampai habis tempoh 20 tahun tu ke ada limited duration?

    so, bank boleh nampak kita punya komitmen dah berkurang kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Tapi bab bank tu tak surelah dia nmpak tak kurang komitment atau tidak.. Ada baiknya kalau epf akaun 2 ada banyak.. Bayar terus pokok.. Yang tu nampak kurang sikit komitment dengn d bandingan pengeluaran bulanan

      Padam
  10. Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, dan jika ada, sila hubungi kami di: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    nama:
    Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    negeri:
    negara:

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak