Hari ke 14 ( 2 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) 1st follow-up Physio di Rehab KPJ2

Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari ke-14 selepas pembedahan... Berjalan pelan-pelan dalam rumah alhamdulillah.. Masih perlukan walker kalau lama duduk untuk berjalan.. Sebab bahagian operation akan rasa mengilu bila berdiri selepas duduk yang lama..



Untuk 1st follow-up Physio di pusat Rehab KPJ2 ni.. Ditemani cik isteri... 


Antara physio yang dibuat hari ni... Adalah renjatan elektik pada bahagian belakang selama 15 minit... Selepas tu rehat 2 ke 3 minit.. Sambung prosedur letak ais di belakang bahagian pembedahan selama 15 minit.. 

Tujuan ais tu untuk kurangkan bengkak.. Sebab mass banyak berjalan dirumah hari tu tetiba belakang naik bengkak.. Terus cari ais pack bubuh belakang.. Sebab hospital ada bekalkan bawak balik umah..

Jadi untuk first physio ni 2 sahaja physio yang dia buat... Next appointment lagi seminggu.. Kita tengok lepas ni masih sama atau ada tambahan jenis physio... 

Pegawai rehab tu kata untuk dr. Yang buat pembedahan saya tak suka buat physio terlalu cepat.. Dia nk physio pelan2.. Bermula dari ringan-ringan dulu... Patutlah masa nak discharge masa tu saya cakap doktor... Saya ada temujanji rehab lagi 2 minggu.. Terus dia cakap... tak payah datang rehat dekat umah je dulu.. Kurangkan pergerakkan untuk 2 minggu Pertama ni... Tapi saya degil juga pergi juga buat rehab.. Hehehe.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor