Bercuti Di Cameron Highlands | Ladang Teh Bharat – Part 4
Salam semua,
Minggu ni mood macam ada malas sikit nak update entri.. mungkin sebab penat sikit kot dengan kerja-kerja dekat opis.. kekadang cik malarang saja perli aku.. katanya “baru sehari banyak kerja dah penat.. lain-lain hari tu mana ada kerja.. duduk depan pc je..” hehehe.. sebenarnya memang betul pun apa yang wife aku cakap tu.
Ok sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands, sekarang ni dah masuk Part 4.. Part 1, Part 2 dan Part 3 korang boleh baca dekat link tu ye kalau dah tertinggal.
Ok part kali ni aku nak sembang pasal lokasi yang kami kunjungi iaitu Ladang Teh Bharat. Cameron Highlands ni selain terkenal dengan buah strawberry ianya juga terkenal dengan ladang teh.. setahu aku dekat cameron ni ada 2 ladang teh yang besar iaitu ladang teh bharat dengan ladang teh boh.. dua-dua ladang aku pergi.
---------------------------- Sedikit Info Tentang Ladang Teh Bharat----------------------
ladang teh yang terletak betul-betul di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Ladang tersebut ialah Ladang Teh Bharat yang terletak kira-kira 12 km dari Ringlet dan 3 km dari Tanah Rata. Ladang ini mula beroperasi pada tahun1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ianya diusahakan oleh Bharat Tea Plantations iaitu syarikat ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ladang ini ditanam dengan teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan nama Cameron Valley. Satu lagi lokasi Ladang Teh Bharat terletak berhampiran pekan kecil Kuala Terla iaitu kira-kira 18 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini juga terletak di tepi jalan utama
-------------------------- Sumber info dari sini ---------------------------
Oklah tak mau banyak cerita korang layan dulu gambar-gambar dekat bawah ni ye.
Kedai menjual teh dari produk teh Bharat a.k.a Cameron Valley
Mama & Daddy yang nampak lagi excited.. hehehe
Berjimba-jimba diladang Teh.. first time turun ke ladang teh setelah usia hampir 40an.. hehehe
Ibu & ayah mertuaku yang sentiasa sporting.. nampak kegembiraan diwajahnya.. hehehe
Nilah antara keluarga cik malarang yang datang dari Penang.. semua seronok dekat ladang teh.
Kalau datang ke Cameron Highlands pastikan singgah di ladang ini ye.. untuk ambil gambar kenang-kenangan.. hehehe
Gambar diatas adalah Ladang Teh Bharat di pekan kecil Kuala Terla.. dah dibawah ni adalah Ladang Teh Bharat di Pekan Ringlet..
Jom kita tengok apa bezanya?
Sampai ke lokasi ladang teh bharat di Pekan Ringlet
Kedai menjual cenderhati di atas planta ladang teh bharat
Kalau haus boleh pekena teh secawan.. original dari ladang teh bharat
Dua jejaka bujang sedang berposing di atas planta.. Adik & sepupu cik malarang
Adik ipar merenung masa depannya.. mungkin dia tengah fikir nak buka ladang teh dekat Penang kot.. hahaha
View yang sangat cantik diladang teh Bharat.. kekadang terfikir juga.. macam mana dia orang petik daun-daun teh ni ye.. macam susah je sebab ada yang betul-betul dekat lereng bukit
ramai juga pengunjung yang turun untuk mengambil gambar diladang teh ni..
Dekat sini aku dah tak turun ke ladang teh sebab dah penat.. cuma ambil gambar dari atas planta je..
Oklah cukup setakat ni dulu.. banyak lagi gambar menarik akan menyusul.. sabar & terus bersabar ye.. :-)
errr.. rasa macam da komen da.. tapi . konpius pulak.hehehe
BalasPadamkomen yang dekat part lain kot.. sebab ni dah part 4.. hehehe
Padamseronoknyaa tengok kehijauan alam...tapi katanya cameron dah tak sejuk macam dulu...
BalasPadamhehe..
BalasPadamkalau roger, boleh kita jumpa (:
hmm kalau nk beli teh cmron tu elok beli sini,
kalau beli kat lain mahal sikit kdg2 tu (;