Anak Sembelit Najis Berdarah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Memang sedih dan sebak setiap kali anak nak buang najis mesti nangis sekuat-kuatnya.. meneran sekuat-kuatnya tapi najis tak keluar-keluar.. terpaksa kami bantu cangkungkan baru najis boleh keluar..

Tapi hari ini sangat memeranjatkan aku dengan cik isteri bila anak tetiba teriak dan meneran.. macam nak buang najis.. tapi yang keluar hanya darah dahulu baru disusuli dengan najis keras bercampur dengan darah..

Adakah disebabkan susu formula yang aku baru bagi sebulan yang lalu? baru sahaja sebulan aku start bagi anak aku ni minum susu formula Dugro Fruit & Veg di selang selikan dengan susu ibu pada sebelah siangnya…sebanyak 4 paket 900g yang anak dah minum.. sebelum aku tukar kepada Dugro 5 Power Nutri dengan ekstrak kurma 2 hari yang lalu.. memang sebelum aku tukar kepada Dugro 5 Power Nutri ni anak dah mula membuang najis dengan sembelit lepas minum 3 paket susu Dugro Fruit & Veg.. ingatkan bila tukar kepada yang Dugro baru ni.. masalah sembelit selesai.. malangnya bertambah derita anak aku bila membuang najis dengan bercampur darah dan menangis.

Dugro 5 power nutri - ekstrak kurma

Pada pandangan korang yang pernah guna susu formula ni.. adakah anak korang menghadapi masalah yang sama dengan anak aku.. ada apa-apa susu formula yang korang boleh cadangkan tak untuk mengatasi masalah sembelit ni?

Aku memang suka dengan susu Dugro ni.. sebab harga yang berpatutan serta bau yang wangi pada susu formula ni.. tapi kalau dah memang tak sesuai dengan badan anak aku.. maka terpaksalah juga aku bertukar kepada susu formula yang lain.. tak sanggup aku nak tengok anak aku menderita setiap kali kali nak membuang najis.

Ada orang cakap setiap kanak-kanak tak sama penerimaan untuk susu formula ni.. ada yang sesuai dan ada yang kurang sesuai.. so kena try and errorlah juga susu formula yang mana sesuai dengan Harraz lepas ni.

Sapa pulak nak minum baki susu formula dugro yang ada ni?

Ulasan

  1. Bagi jer kt taska atau memana... anggap sedekah..

    Tp kene cepat2 takut masuk angin lagi x elok susu tu..

    .http://Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. baru je guna 2 hari masih banyak pulak tu.. sedekah jelah jawabnya

      Padam
  2. Bagi jer kt taska atau memana... anggap sedekah..

    Tp kene cepat2 takut masuk angin lagi x elok susu tu..

    .http://Sumijelly.com

    BalasPadam
  3. anak saya minum susu dumex dupro langkah 2..setakat ni alhamdulillah takda masalah.. cuba minum susu kambing.. kesian Harraz..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah sangat kesian.. menangis meleleh air mata nak berak.. tapi tak keluar2.. huhu.. petang ni ingat nak bagi makan pisang dulu denagn tukar susu lain

      Padam
  4. kesiannya harraz..tukar susu lain cepat2..dutch lady pun ok kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq atas cadangan tu balik ni nak beli dutch lady dulu lah

      Padam
  5. Siannya.. Sy pernah bg aisyah mkn biskut baby farley klu xsilap. Terus berak keras seketul2 kuar. Terus sy syak mesti biskut tu. Bila stop baru ok. Susu pulak mmg xsemua serasi dgn anak.. Kena try& error. Bg bby mnm air masak byk2..

    BalasPadam
  6. cuba dutch lady pulak.kot serasi.

    BalasPadam
  7. Salam..anak saya sembelit sebelum nie. .baru 5 bln..sy bg frisolac comfort..tp Dr ada pesan kalau berak cair hentikan..db susu ni asasnya kekacang..nk try susu kt anak bli kecik2 dulu..kl berak ok..br teruskan..sb susu formala nie macam jenis yg kita tk bleh sangka bgus wlpn bg kita yg dewasa..rassnyaa sedp...

    BalasPadam
  8. anak saya pun sembelit 5 @ 4 hr baru buang air..kesian tgk anak..saya pun bgi susu dumex fruit jgk..pening..ingtkan ok..tp sama je...rase mcm nk jumpe doktor pakar kanak-kanak...bimbng kalau ada masalah pd usus...

    BalasPadam
  9. assalam jika berminat nak tahu mengenai susu kambing milgo untuk anak2 (strawberry dan vanilla) serta susu kambing fitrah life(leh atasi sembelit dll) leh lahttps://www.facebook.com/pages/Susu-Kambing-Halal/284736608221376 jenguk info kat sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak