Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Kunjungan Pertama Ke KLIA2

Imej
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu,Alhamdulillah cik isteri dah selamat pulang semula ke tanahair pagi tadi jam 1.00 pagi.. walaupun jadual tiba sepatutnya lebih awal.. biasalah masalah flight Delay ni memang tak boleh dielakkan.. masa nak terbang di KLIA2 pun dah delay 30 minit.. balik pun 30 minit juga.. apa pun yang penting dah selamat sampai ke rumah.Rasanya kalau tak hantar cik isteri ke airport masa hari Jumaat tu, tentu-tentunya aku takkan sampai ke KLIA2 lagi .. airport ni baru dibuka beberapa minggu lepas.Ingat ye lepas ni kalau nak naik AirAsia semua dekat KLIA2 dah takda dekat LCCT.. Kepada yang first time datang tu jangan risau papan tanda arah ke airport ada disediakan, follow papan tanda je arah ke KLIA2.. Ruangan parking bertingkay memang banyak.. kena datang awal supaya tak parking jauh sangat dari lif.. kalau tak letih berjalan..Masa aku datang tu terus parking dekat CP7.. sebab masuk-masuk je terus jumpa level ni..Sebelum masuk lif tu ada banner yang meng…

Harga Mesin Jahit Tepi Dan Mesin Jahit Biasa

Imej
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu,Semalam punya cerita.. Pepagi keluar awal untuk membuat beberapa urusan penting.. mula-mula pergi ke Jabatan Imigresen di Mini UTC Sentul untuk renew passport cik isteri.. katanya nak gi borong kain dekat Vietnam.. hehehe.. Lepas dapat no.gilirin pegawai tu cakap encik datang semula jam 1.30 petang ye.. mana tidaknya no. giliran kami adalah yang ke 100 lebih.. maknanya ada dekat 150 orang lagi menunggu sebelum giliran kami dipanggil.. jadinya tak nak buang masa dah alang-alang sampai dekat Mini UTC ni.. minta cik isteri gi tuar kad pengenalan baru sekali tukar alamat.. nak jadi orang KL katanya.. hehehe..Habis urusan Kad Pengenalan terus gerak ke Cheras.. katanya nak gi tengok-tengok mesin jahit.Berbekalkan GPS & google map akhirnya kedai yang dicari dijumpai.. sampai-sampai pekerja sorang je chinese tengah repair mesin..Boleh tahan punya banyak mesin jahit industri dia tengah repair.. yang jual pun banyak..Kami tak mahu sembang lama …

Buah Tangan Dari Perlis Mangga Harum Manis

Imej
Sapa yang pernah beli mangga harum manis? memang mahal ye harganya.. bukan apa semalam cik isteri belikan buah tangan dari Perlis.. katanya mangga harum manis ni popular di negeri Perlis dan sekarang tengah musim mangga katanya.. Ada aku tanya dekat cik isteri sekilo berapa ringgit.. katanya sekilo dijual disana RM25… woooo boleh tahan rupanya harga mangga ni.. kalau ikutkan berat mangga ni.. dalam 3 biji dah lebih sekilo beratnya..Mangga harum manis yang berharga RM25 sekilobila kulit dah kupas.. terliur je air liur nak ngapppHarganya berbaloi dengan rasanya.. memang terbaik… rasanya kalau ambil benih dia tanam dekat kampung boleh hidup ke?Mangga Taiwan.. sekilo RM15tak sempat masak kuning lagi aku dah belasah.. kalau tak percaya sebiji dekat atas tu aku bedal sorang je.. hehehe.. rasanya boleh tahan juga..

Penjelasan Isu Deposit Tambahan TNB

Imej
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,
Pagi-pagi masuk opis sebelum sampai meja singgah sat baca paper utusan ruangan bisnes.. kot-kot mana tahu ada peluang bisneskan.. selak punya selak ada satu ruangan page 18 bertajuk Deposit TNB adalah prosedur biasa.
Berminat nak tahu juga sebab kebelakangan ni ramai juga member yang tanya pasal apa TNB tetiba kenakan charge Deposit tambahan pada bil.. sebagai contoh kalau sebelum ni deposit adalah RM300 tetiba bulan ni dikenakan tambahan deposit lagi RM300 menjadikan deposit selepas ni RM600..
Tapi bila aku baca penjelasan yang diberikan baru aku tahu cerita disebalik Deposit TNB ni.. Nak tahu cerita lanjut boleh baca keratan akhbar Utusan yang aku ambil tadi..
Sumber : Surat Khabar Utusan Malaysia