Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Jamu Selera di Ayam Golek Pantai Dalam

Imej
Salam semua,Tengahari tadi sebenarnya tak dirancang pon nak g makan ayam golek.. tapi kebetulan aku dah sampai kawasan ayam golek Pantai Dalam tu.. terus aku call ajak cik malarang makan tengahari dengan aku.Layan gambar sambil meleleh air liur ye.. hahaha  Si dia menanti makanan dengan penuh harapan.. sabar ye sayang… Sekarang air pon dah order 3.. sebab kami bertiga.. hehehe Nasi putih, Kailan ikan masin, telur dadar & sotong goreng tepung.. ni makan satu kampung ni.. hahaha.. tapi sebenarnya aku makan bertiga..Sup perut pilihan isteriku  Ayam golek separuh, separuh lagi bungkus..Sebelum berangkat pulang snap dulu ayam-ayam yang tengah tergolek atas bara ni.. emmm sedapnya.. hehehe

Saham TNB Naik Ekoran Pengumuman Tarif Baru Elektrik

Imej
Salam semua,Semalam telah diumumkan oleh pihak Kerajaan bahawa tarif elektrik dinaikkan dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.Sumber : Berita HarianBagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurangBagi penggunaan dibawah RM20 pihak kerajaan masih memberikan secara percuma sehingga bulan Disember 2011Untuk sebarang info lanjut boleh membuat rujukan di: TNBEkoran dari penggumuman kadar baru tu semalam.. saham TNB juga dilihat ada kenaikan pada hari ini seawal dibuka jam 9.00 pagi tadi.Print Screen untuk 31/5/2011** Rasa-rasanya penggunaan bil elektrik dekat rumah korang ada kesan tak atas kenaikkan kadar baru ni? Berapa purata bil elektrik korang sebulan? Macam aku di bawah RM40 sebulan.

Salih Yaakob Nikah Hari ini Dengan Emi

Imej
Salam semua,Entri aku sebelum ini abg Salih Yaakob memang power telah menjadi kenyataan apabila hari ini Salih Yaakob Sah menjadi suami kepada Emi dan menjadikan Emi sebagai Isteri ke-4 nya yang Sah dengan 2 kali lafaz.Tahniah & selamat Pengantin Baru abg Salih.

Pasang Tile Di Rumah Baru - Part 1 | 30-5-2011

Imej
Salam semua,
Hari ni bermulanya kerja-kerja renovation pertama rumah aku.. renovation rumah apartment ni tak sama dengan renovation dekat rumah kampung.. Kalau rumah dekat kampung ni korang boleh nak renovate suka hati korang je.. tapi kalau rumah apartment ni.. macam2 prosedur yang kita kena follow.
Kebetulan ni first time aku renovate umah.. so aku ikutlah style kampung.. suka hati je order barang-barang dah tu nak bawa masuk dekat kawasan apartment aku.. sekali pak guard tak bagi masuklah barang-barang yang aku beli tu bila kedai supplier tu.
Apa lagi bergegas aku call management dekat apartment tu minta kebenaran bawa masuk bahan-bahan nak renovate umah tu. Nasib aku baik kali ni sebab pihak management tu bagi untuk kali ni je aku bawa masuk barang-barang tu.. kalau tak mau aku usung satu persatu tile aku tadi.
Kalau korang nak tahu dekat kawasan apartment aku ni.. kalau nak buat renovation kena ambil permit dulu.. dengan bayaran deposit RM300.. kalau takda apa-apa masalah lepas siap …

Dating Dengan Orang Baru Di Pizza Hut

Imej
Salam semua,Setelah penat seharian tadi mengemas umah baru.. terus aku ajak cik malarang gi ronda-ronda dekat Mid Valley.. Asalnya nak g tengok pameran Renovation rumah.. tapi sebelum pegi pameran tu.. kita orang singgah di Pizza Hut untuk mengisi perut yang kosong.Sampai-sampai je punyalah ramai orang tengah beratur.. so macam biasalah berbarislah dulu sambil pilih makanan yang nak pilih dalam buku menu.Antara menu-menu yang menarik ditawarkan di Pizza Hut.. macam-macam ada.. pilih jangan tak pilih.Dah kenal orang baru tu.. hehehe.. nilah dia orang yang membawa orang baru tu.. hehehe.. dah lama tak makan berdua dekat Pizza Hut ni.. tapi kali ni kedatangan kami bukan berdua lagi tapi bertiga.. :-)  Jom kita layan menu-menu yang menjadi pilihan kami bertiga di Pizza Hut Mid Valley siang tadiMenu dekat atas tu semua di pesan oleh cik malarang.. dan menu dekat bawa ni aku yang pesan.. mula-mula ingat nak kongsi dengan cik malarang.. tapi rupa-rupanya dia kenakan aku.. dia suruh aku habis…

Tertidor Di IKEA

Imej
Salam semua,Baru je balik dari IKEA ni… lepas habis waktu kerja tadi terus bawa cik malarang ronda-ronda dekat IKEA.. tak nak beli apa pon cuma saja nak tengok deco dekat situ.Sebelum masuk ke ruangan pameran IKEA tu.. aku terjumpa barisan tilam di tepi pintu masuk IKEA.. Apa lagi mestilah mau test tidokan..Akhirnya aku punya syok sampai tertido dekat situ.. korang tengok dekat bawah ni.. apa sudah jadi dengan mamat ni.Korang nak tahu sebenarnya aku saja ambil gambar tu untuk masuk contest IKEAWhat’s Your Bedroom Story?” Cerita lanjut korang boleh rujuk entri INI.

Iklan Churp Churp Grapevine Yang Ke-3 Muncul

Imej
Salam semua,Semua rakan-rakan blogger yang menggunakan churp churp sudah tahu dan sedia maklum tentang kewujudan iklan Grapevine untuk menambah pendapatan sampingan dengan churp churp.Kebetulan aku tengah baca entri Abg Nara tadi tentang (VIDEO)Ghairah Prema Yin & Shah Jaszle, Ingat Ini Amerika Ke? tiba-tiba aku terpandang iklan baru Grapevine yang muncul ditepi blog beliau.Apa lagi aku terus dapatkan link iklan baru tersebut dengan pada butang Share dan terus kongsikan di facebook & twitter.Bila aku check akaun  churp churp aku sekarang aku dah ada 3 link iklan Grapevine yang aku boleh share dengan rakan-rakan facebook & twitter bila-bila masa.Iklan PertamaIklan KeduaIklan KetigaKalau korang nak tahu iklan2 Grapevine yang ada dalam koleksi aku boleh tengok dalam link-link diatas tu. Masih tidak tahu bagaimana nak menggunakan Iklan Grapevine ni? tak pe jangan risau korang boleh baca tutorial untuk mengguna Grapevine.MASIH belum ada akaun Churp-Churp lagi? DAFTAR SEKARANG!*…

Beli iPhone 4 Dapat Insurans Percuma Hanya dari Celcom

Imej
Salam semua,Promosi terkini dari Celcom iPhone 4 telah tiba dengan beberapa kelebihan yang akan diberikan jika anda membeli iPhone 4 dari pelan Celcom.Jom kita tengok dekat bawah apa kelebihan yang korang akan dapat bila membeli iPhone 4 dari Celcom ni.* Percuma data sehingga 6GB* Percuma panggilan sehingga 6000 minit dalam network yang sama* Bayaran pendahuluan yang rendah* Percuma pelindungan insurans dengan Pelan i248* Percuma lanjutan jaminan untuk pelan 24 bulanJika berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan iPhone 4 dari Celcom ni boleh rujuk di sini

Backup Blog Sekarang !

Imej
Salam semuaTadi aku ada terbaca satu entri blog yang mengatakan salah sorang kenalan beliau telah didelete blognya oleh blogspot.Cuba bayangkan bila follower dah cecah lebih 10k tiba-tiba blog kena delete tak menangis korang.. Lagi-lagi kalau blog tu banyak tips sudah tentu owner blog tu akan bersedih.Jadi sebelum benda ni berlaku dekat blog korang ada baiknya setiap seminggu korang backup blog korang dalam external hardisk, kata orang sekurang-kurangnya kalau blog korang kena delete adalah backup yang korang boleh restore balik data-data dari blog lama tu ke blog baru.Oklahlah korang boleh follow beberapa langkah mudah untuk membuat backup bagi pengguna blogspot.Masuk kedalam Dashboard blog korang > Pilih “SETTING” > “Basic” dan pada bahagian Blog Tool korang klik pada “Export blog”Selepas tu klik pada “DOWNLOAD BLOG” dan tunggu sehingga selesai blog korang dibackup.Mudah bukan.. kekadang benda mudah nilah kita terlepas pandang dan bila dah jadi perkara yang tidak diingini baru…

Kedudukan Matahari Tepat di Atas Ka’bah 28 Mei 2011| Waktu Sesuai Mengukur Arah Kiblat

Imej
Salam semua,Sebagai umat islam yang ingin mendirikan solat, kedudukan arah kiblat menjadi keutaman sebelum menunaikan solat.Bagaimanana untuk mengukur ketepatan kedudukan arah kiblat ini boleh dibuat ketika kedudukan matahari tepat di atas Ka’abah.Bila & bagaimana untuk mengukur arah kibalat yang tepat boleh rujuk panduan dibawah.{Sumber Tulisan  Shahmuzir}Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zamPenentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamatmemeriksa dan menyemak arah qiblat dengan m…

Trafik Naik Kerana Backlink di Blog Cikgu Dahlia

Imej
Salam malam semua,Seminggu dua ni aku perhatikan statistik nuffnang blog ni meningkat secara tiba-tiba.. bila aku check betul-betul, rupanya penyumbang utama trafik adalah dari blog CikguDahlia.. Pasal apa ye?Siapa sangka dengan backlink yang diberikan oleh CikguDahlia dekat blog ni boleh menjadikan trafik blog ni meningkat secara mendadak.. Korang boleh rujuk entri CikguDahlia di Drama Nora Elena di TV3 Akasia (Sinopsis) | Adaptasi Novel Kasih Yang Suci.BlogCikgudahlia.comSalah satu kelebihan backlink yang berikan oleh blogger popular macam cikgudahlia akan menyebabkan trafik blog korang meningkat tanpa disangka-sangka seperti contoh statistik dekat bawah ni.Untuk setakat hari ini sahaja cikgudahlia dah menyumbang 1381 visitor dekat blog ni.. dah mungkin akan meningkat lagi sehingga jam 12.00 malam ni.Dekat bawah ni pulak statistik untuk minggu ni.. yang mana rangking penyumbang trafik tertinggi adalah dari cikgudahlia juga.Apa pon ribuan terima kasih aku ucapkan kepada CikguDahlia k…