Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Cek Berganda Dari Nuffnang

Imej
Salam ambang Merdeka semua,Kurang dari 24 jam dari sekarang seluruh rakyat malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55.. sedar tak sedar dah 55 tahun kita merdeka.. harapnya bila dah 55 kali sambutan dibuat, minda rakyat malaysia pun telah lama merdeka dan bukan dijajah lagi.Kembali kepada Cek Berganda Dari Nuffnang ni.. asik-asik nak cerita pasal dapat cek je.. bosanlah nak baca.. mungkin ada yang cakap macam tu.. :-) tapi takpelah aku suka nak kongsi pengalaman aku dengan nuffnang yang tak berapa suka tu maaflah ye.. :-).Pagi-pagi dalam kereta nak gi keje.. cik malarang dah tanya “abg tadi nampak dekat email ada Payment Advice dari HSBC”.. terus aku senyum sorang-sorang.. dalam hati.. Alhamdulillah rezeki lepas raya ni ada lagi rupanya..Almaklum jelahkan bulan ni semua orang dapat gaji awal.. so bila gaji awal makanya bulan akan datang mesti rasa lama sangat baru gaji masuk.. so kebetulan dapat email payment advice tu.. dapatlah cover sikit duit dapur kami.. hehehe..Alhamdul…

Dah Pandai Memanjat Pulak Anak Bertuah Aku Ni

Imej
Salam semua,Tengah aku dok layan berita dekat TV sekali aku toleh budak tembam ni dah ada bertengek tersenyum-senyum keriangan atas sofa tu.. entah bila masa di naik aku pun tak perasan.Risau takut-takut dia jatuh tergolek, terus aku cakap dengan cik malarang baik turunkan Harraz tu.. tak lama lepas aku turunkan dia panjat sekali lagi dekat sofa.. tapi kali ini cik malarang berjaya merakam aksi-aksi merbahaya Harraz ni.Cer tengok dekat bawah ni…Tengah-tengah panjat sempah toleh pulak tu dekat mama dia..bertuah betu punya anak ni..Tak lama dekat atas sofa tu dia turun sendiri pulak…Akhirnya Harraz berjaya mendaki dan menurun dengan jayanya.. Kalau tadi dia panjat sofa.. tapi kali ni dia berdiri pulak dekat katil tempat dia tidur.. risau takut-takut dia terjun pulak nanti.. nak tak nak terpaksalah juga aku turunkan kebawah sikit katil si comel ni..Cak..cak.. punya seronok harraz ni… tengok gaya macam nak terjun je..

10 entri terbaik Denaihati

Imej
Salam semua,Seperti tahun sebelumnya Denaihati ada menganjurkan contest duit raya dan kebetulan masa tu rezeki aku menang contest tu.. Alhamdulillah.. dan tahun ini sekali lagi beliau menganjurkan contest tersebut untuk semua blogger dalam dan luar negara.. siapa tahu rezeki tahun ni ada sekali lagi.. hehehe.Untuk contest kali ini apa yang perlu dibuat hanyalah menyenaraikan 10 entri terbaik Denaihati pada pandangan kita mengikut kategori pilihan.Nak tahu apa entri pilihan aku jom tengok senarai dekat bawah ni..1) http://denaihati.com/buat-baik-belum-tentu-manusia-balas-baik- Tersentuh hati bila membaca entri diatas kerana pengorbanan seorang anak muda mendermakan hatinya kepada rakyat Pelastine sehingga dirinya sendiri ditimpa pelbagai dugaan selepas itu.. Bukan mudah nak cari seorang yang sangat pemurah mendermakan organ sendiri kepada orang lain.. belum tentu lagi dari sejuta orang, salah seorang darinya sanggup berbuat demikian.2) http://denaihati.com/jadi-blogger-syok-sendiri-pun…

Cuci Baju Raya Dengan Samsung Eco Bubble Washing Machine

Imej
Salam semua,Rata-rata semua warga kota dah kembali memulakan tugas di pejabat masing-masing hari ini.. termasuklah aku.. dan pagi ini sudah semestinya jalan di sekitar KL sudah mula sesak kembali.. ditambah pulak beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar telah ditutup selama 5 hari untuk laluan raptai sambutan Hari Kemerdekaan pada Jumaat ni.Untuk 5 hari ni .. sapa-sapa nak masuk KL pandai-pandailah merancang perjalanan supaya tak sangkut dekat jem ye..Ok nak beriklan sat ye..Pastinya bila dah balik dari kampung tentunya berlonggok-longgok pakaian baju raya yang belum dibasuh lagi.. betul tak? macam aku juga lagi selesa basuh baju dekat rumah.. so baju untuk seminggu tu bawa balik ke rumah sendiri dan basuh dirumah..Alangkah baiknya kalau sapa yang bercita-cita nak memiliki mesin basuh baru boleh mendapatnya dari jenama Samsung ni.. jom kita layan video pendek dekat bawah ni..Macam mana menarik tak mesin basuh ni? kalau berminat bolehlah terjah mana-mana pusat jualan untuk dapatkan …

Statistik Blog Seminggu Raya | Buffered Earning Ganti Duit Raya

Imej
Salam hujung minggu semua,Pastinya hujung minggu ni ramai yang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing setelah seminggu bercuti raya.. macam aku kebetulan hujung minggu aku kena duty so semalam aku dah sampai semula ke teratak buruk aku jam 5 petang.. alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada jem dan mata aku pun segar tanpa mengantuk.. (semua gara-gara makan buah mata kucing sekilo dalam perjalanan.. hehehe)Kembali kepada tajuk dekat atas tu.. memang rata-rata semua orang kurang masuk & baca blog seminggu raya ni.. mana tidaknya semua orang sebuk gi kutip duit raya  termasuklah aku.. hehehe.. sesekali ada masa free je baru update blog secara suam-suam kuku atau melepaskan kentut ditangga.. heheheDalam sebuk-sebuk raya ada juga pelawat masuk jenguk-jenguk dalam blog cap ikan bilis ni.. terima kasih sebab korang sudi juga singgah-singgah dekat blog aku ni..Tapi sesuatu yang seronok adalah dalam sebuk-sebuk bagi duit raya dekat anak buah.. rupanya nuffnang pun bagi duit …

Penangan Biskut HEINZ Si Comel Terus Tumbuh Gigi

Imej
Salam lebaran semua,Alhamdulillah si comel Harraz dah kembali pulih sepenuhnya dari HFMD.. parut-parut yang ada di badan pun dah mula hilang.. cuma ada sikit selesema je mungkin asik bawa berjalan makan kuih raya kot.. hehehe.Sejak pulih dari sakit ni.. si comel ni dah mula kuat minum susu.. sampaikan tak sempat kilang susu proses susu lagi dah teriak nak minum lagi.. sebelum ni 4-5 jam sekali baru cik malarang akan pump susu.. tapi sejak 3-4 hari ni.. nak dikatakan 2 jam sekali mesti kena pump sebab si comel ni dah menjerit-jerit nak susu.Selamat masa ontheway balik ke rumah mertua hari tu sempat singgah beli biskut HEINZ yang di cadangkan oleh sumijelly.. adalah juga backup makanan nak bagi kalau dia dah kelaparan.#Tidur keletihan macam dia je yang bangun pump susu tengah malamPerkembangan terkini si comel ni selepas raya ni dah mula tumbuh gigi dekat gusi bawah.. lepas ni dah kena hati-hatilah kalau nak hulur jari dia hisap.. mau putus jari aku nanti.. hehehe.. ada orang cakap kala…

Juadah Wajib Hari Raya Di Pulau Pinang

Imej
Salam lebaran semua,Setiap negeri di negara kita pastinya ada makanan tradisi wajib di pagi hari raya.. tahun ni merupakan kali ke-2 berhari raya bersama mertua di Pulau Pinang dan sudah semestinya juadah di pagi raya sangat berbeza dengan keluarga aku di Johor.Kalau di Johor bagi keturunan Bugis seperti aku juadah wajib dihari raya yang mesti ada adalah BURASAK yang dimakan bersama lauk ikan parang, rendang daging, ayam masak kicap dan lain-lain lagi.Tetapi di Penang sangat berbeza kebanyakkan rumah wajib menyediakan Laksa.. Penang memang tidak dapat di pisahkan dengan laksanya.. bermula dari aku tidak makan laksa sampailah sekarang aku merupakan hantu laksa.. hehehe.Kuah laksa sentuhan air tangan ibu mertua tercinta…ni adalah laksa beras..Selain dari laksa ada juga disediakan ketupat daun palas yang dimakan bersama kuah kacang.. lemang dan ketupat daun kelapa memang tiada dihidang dirumah mertua aku..Kalau di Penang dengan laksanya.. bagaimana pulak dengan rumah korang.. apa juadah …

Beraya Dengan Car Seat Sweet Cherry Baru

Imej
Salam lebaran semua,2 hari sebelum balik ke kampung mertua di Penang kami dah mula berkira-kira untuk belikan Harraz car seat baru.. almaklum jelah sejak lahir sampai usia 8 bulan kalau balik kampung selalu baringkan je atas tempat duduk belakang.. kebetulan hari raya tahun ini rezeki murah sikit, so apa salahnya hadiakan buat anak sendiri satu car seat baru untuk keselesaan perjalanan pulang ke kampung.. Dah alang-alang gi shopping baju raya terus servey sekali kot-kot ada car seat yang sesuai untuk Harraz ni.. mula-mula risau juga.. sebab takut nanti bila dah belikan dia tak nak pulak duduk masak aku.. tak pasal-pasal aku suruh cik malarang yang duduk dalam tu nanti.. hehehe.Tengok punya tengok.. last2 mama & daddy pun bersetuju dengan car seat dari jenama Sweet Cherry ni.. dah memang jadi tradisi kebanyakkan keperluan harraz kami beli dari jenama Sweet Cherry ni.Untuk bagi keserasian dengan car seat baru ni.. setiap kali kami keluar gi berbuka.. dah start bubuh harraz dalam car…

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Imej
Salam lebaran buat semua pembaca blog ini,Di kesempatan pagi lebaran ini, kami sekeluarga dari Myvitrd.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Andai kata ada keterlanjuran kata-kata dan tulisan di blog ini yang menyentuh perasaan pembaca harap dimaafkan.. yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari penulis sendiri..Kepada keluarga & adik beradik di kampung di Johor, jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya disana tahun ini.. insyaallah tahun hadapan andai kata masih dipanjangkan umur akan beraya di Johor pulak ye..Makan Burasak dengan Ikan Bawal,Sambil menyembang dengan anak menakanSalam lebaran di pagi SyawalAndai ada silap harap dimaafkanKepada yang berkunjung ke rumah sanak saudara.. berhati-hatilah dijalan raya.. semoga hari raya ini disambut dengan kecerian.. jangan dilupakan rakan-rakan yang sedang berduka.

Belum Raya Lagi Kukiss Kakinakl dot com Dah Licin Sebalang

Imej
Salam ramadhan semua,Memang kalau dah namanya kukiss sedap, tiga ke empat balang pun boleh habis sebelum raya.. Selamat 2 balang lagi cik malarang dah sorok jauh-jauh dari pandangan aku.. hehehe.Ni merupakan kali pertama aku membuat tempahan kukiss raya dengan kak ina.. kalau sebelum ni mamatni menjadi pelanggan tetap beliau.. katanya penangan kukiss sedap tu yang menyebabkan dia tak putus-putus order.Masih tertanya-tanya adakah kukiss ini ditaja oleh astro?Jadi aku pun nak rasa juga betul ke kukiss tu sedap sangat.. so kebetulan nak raya ni terus order beberapa balang yang mana sebahagian aku hantar ke johor dan sebahagian aku nak bagi ibu mertuaku.. baki aku nak makan sendiri dekat rumah.. oppssss taklah untuk jamuan tetamu yang datang beraya nanti.. heheheTernyata tidak mengecewakan aku.. mula-mula rasa sebiji.. seterusnya ambil sebijik lagi.. sampailah tengok2 kukiss dalam balang tu tinggal separuh.. hahaha.. yang boleh aku katakan kukiss dari air tangan kak ina memang sedap.. rug…

#SaveJejai | Semoga Blogger Teratakarmo.com Di Beri Kesihatan Berpanjangan

Imej
Salam ramadhan semua,Pastinya korang semua kenal dengan rakan blogger yang aku maksudkan diatas bukan.. ya yang aku maksudkan adalah Jejai atau pemilik blog Teratakarmo.com. Aku juga seperti korang semua yang baru membaca entri ni pasti terkejut dan tidak menyangka bukan ,seorang yang sangat periang, ceria dan suka menyakat antara sesama blogger kini telah disahkan mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4)…Astagfirullahalazim… Pertama kali bersua muka dengan Jejai di salah satu event anjuran Nuffnang & Digi tahun 2009Terkejut dan tergamam bila mendapat mesej dari rakan blogger Eyriqazz minggu lepas yang menyatakan Jejai sedang menderita mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4)..huhu.. Masa dapat berita tu.. dalam hati aku terus cakap kenapa aku lambat tahu.. huhu.. dan kali terakhir aku berjumpa dengan Jejai adalah semasa pelancaran samsung Galaxy S3 di One World Hotel, Bandar Utama bulan Mei yang lalu.. masa tu aku tengok dia ceria je.. tiad…

Di Kala Orang Lain Bergembira Masih Ada Yang Berduka Di Luar Sana

Imej
Salam ramadhan semua,Tinggal beberapa hari lagi ni untuk semua umat islam akan menyambut Hari Raya.. yang pastinya pasaraya dan pusat membeli belah sudah mula penuh dan sesak dengan kebanjiran manusia untuk shopping last-last minit.Tapi pernah tak kita terfikir atau terlintas difikiran bagaimana nasib jiran-jiran, saudara mara dan rakan-rakan yang sedang berduka dikala hari raya yang semangkin hampir ni.. mungkin kita terlupa akan derita mereka sekarang ni.. dek kerana keseronokkan kita hendak menyambut hari raya akan datang nanti.Sumber : google.comSebagai peringatan untuk diri sendiri.. sentiasalah mengingati insan-insan yang hampir dengan kita.. mungkin ada diantara mereka sedang berduka di kala ini.. mungkin hari ini hari mereka esok lusa nasib kita siapa yang tahu..Jangan lupakan mereka yang sedang berduka…. Semoga rakan-rakanku  semua sentiasa sihat dan sejahtera diluar sana..

CPUV a.k.a Buffered Earning Pertama Ogos 2012

Imej
Salam ramadhan semua,Setelah 2 hari bercuti menjaga anak yang tak berapa sihat ekoran kena jangkitan kuman HFMD hari ni gi koje nampak jalan dah mula lenggang.. kenderaan dekat bandar KL ni pun dah mula kurang.. aku rasa dah ramai yang prepair untuk balik raya hari ni kot..Kami sekeluarga insyallah masih dalam dilema samada untuk pulang esok petang atau subuh sabtu.. tapi mungkin balik sabtu pagi kot.. selesa sikit.. kalau balik esok kena bersedia jalan jem menuju ke utara.Ok… kembali pada tajuk entri dekat atas tu.. Alhamdulillah setelah satu CPUV a.k.a Buffered Earning (masih janggal nak sebut CPUV) aku jadi Metered awal bulan hari tu.. hari ni aku dapat satu lagi Buffered earning yang baru dari John Master.. kira ni hadiah hari rayalah ni kot.. hehehe.@-------------------------------------------------------------@Apa itu CPUV (Cost-per-unique-visit)?@-------------------------------------------------------------@John Master RayaSebenarnya Jenama John Master ni aku dah pakai dari zam…

Berbuka Puasa Dengan Pizza Hut

Imej
Salam ramadhan semua,Untuk bulan puasa tahun ni pertama kalinya aku dengan cik malarang berbuka dengan  Pizza Hut dan kebetulan untuk bulan puasa ni Pizza Hut ada buat promosi Ramadhan Pizza Hut.Di sebabkan kedai Pizza Hut ni tak sampai 1km dari rumah aku so aku gi je beli sendiri walaupun boleh je nak order online.Setelah 20 minit aku menunggu di kedai Pizza Hut.. menu yang aku order pun dah siap.. nilah dia menu aku untuk berbuka semalam.. jom kita tengok apa ada dalam ni.Yang ni cik malarang punya.. Spaghetti Spicy Arabiata – RM11.00Di sebabkan aku kelaparan so aku order 2  regular pizza yang mana kedua-duanya berharga RM36.00Kalau ikutkan potongan ada 12 potong semua.. korang rasa habis tak aku makan dua keping pizza ni.. kalau mamat Raja Makan tu memang confirm habis punyaYang ni adalah Piza Seri Kasturidan yang ni adalah Piza Hawaiian ChickenAlhamdulillah kalau korang nak tahu aku sorang je belasan 7 potong dan cik malarang makan 1 potong je.. so bakinya 4 potong lagi aku makan …