Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Dividen Dan Bonus ASB 8.25 sen Tahun 2017

Imej
Alhamdulillah syukur.. Dividen ASB untuk tahun 2017 telah pun di umumkan semalam yang mana kadar dividen tahun ni lebih tinggi berbanding tahun 2016.

Untuk kali ini PNB juga memberikan Bonus khas untuk 10,000 unit yang dimiliki pemegang dana sebanyak 1% atau RM100 yang mempunyai dana simpanan 10,000.

Kredit image : awani Online

Kepada pemilik dana, dividen akan di kreditkan pada 1hb Januari 2017 nanti didalam akaun masing-masing.. dan yang dah ada berdaftar di myasnb boleh semak secara online.
Semoga dividen yang dapat kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya..
Semoga PNB selaku pengurus dana dapat terus maju dan memberikan pulangan yang terbaik buat pemegang saham semua.

Happy Anniversary Yang Ke-8 Sayangku

Imej
Alhamdulillah 18hb Disember 2017 genap usia perkahwinan kami 8 tahun.. pejam celik macam baru je akad nikah.. padahal dah 8 tahun berlalu..


Tidak dinafikan sepanjang 8 tahun pelbagai rintangan dan liku-liku yang kami hadapi.. alhamdulillah ujian yang diberikan kepada kami masih mampu dihadapi dengan hati yang tenang.. seperti kata pepatah sedangkan lidah masih tergigit inikan pula suami isteri.. pasang surut alam rumahtangga ni dah jadi lumrah kehidupan..

Semoga hubungan kami suami isteri terus berkekalan sehingga ke syurga amin.. doakan kebahagian kami.

Buat isteriku.. terima kasih masih sudi bersama abang susah dan senang.. semoga mahligai kita ini akan berkekalan sehingga ke syurga amin..

Andai sepanjang abang menjadi nakhoda kapal pelayaran kita ada menyinggung dan menyakiti hatimu.. abang susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..

Akhir kata.. love u & miss u forever sayangku..

Genap 6 Tahun

Imej
Alhamdulillah, pejam celik siang malam akhirnya genap sudah umur anak comel kami 6 tahun. Masa begitu pantas berlalu.. tahun depan masuk umur 7 tahun dan mulalah alam persekolah yang tidak akan habis lepas ni.
Semalam punyalah seronok mamanya sambutkan birthday dia dekat opis dengan dekat kedai area Mid Valley.
Layan dulu gambar-gambar Harraz semalam sambut dekat rumah..

Video sambutan birthday Harraz

Senyum dulu sebelum tiup lilin

Fuh....Fuh.. lilin tak padam.. hahaha

Happy Birthday Harraz




Seronok dapat hadiah.. tq dekat untie Merry bagi hadiah dekat harraz

Doakan semoga keluarga kami sentisa berbahagia sampai ke syurga..
Daddy dan mama sentiasa doakan Harraz menjadi anak yang soleh, sihat & murah rezeki sepanjang masa. Jadilah orang yang baik2 bila besar nanti.. amin..