Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Gambar Kek Harijadi Tertunda Buat Harraz

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
Alhamdulillah semalam dah selesai majlis aqiqah adik irfan.. habis je majlis aqiqah lepas solat magrib majlis potong kek tertunda pulak untuk harijadi Harraz yang genap setahun 8hb Disember hari tu.. memang dah plan dengan cik isteri bila balik kampung dekat Penang baru nak belikan dia kek.. sebab dekat sana banyak budak & anak saudara cik isteri..
Jomlah layan gambar dulu.. pepagi ni malas pulak nak menaip panjang.. hehehe



banyaknya kek yang cantik-cantik tapi harraz punya takda pun dalam tu..

patutlah kek harraz dalam cermin tu takda.. rupanya tokey kedai tengah bungkus dah keknya.. tak sempat daddy nak tengok..

sebelum bungkus minta dia orang buka dulu.. wajib ambil gambar ni.. hehehe cantik tak kek saya..hehehe

Majlis potong kek bermula.. macam pelik pulak gambar ni.. asal daddy yang terlebih excited pulak.. hehehe.. alhamdulillah setiap sorang dapat sepotong kek.. almaklum jelah kek sekilo je.. tapi yang penting semua orang menjil…

Mood Nak Balik Kampung Cium Baby Baru

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Jasad di Kuala Lumpur tapi roh dah ada dekat kampung mertua di Penang… macam tulah keadaannya sekarang ni.. almaklum jelah nilah rekod paling lama aku tak balik kampung mertua aku.. bukan sebulan atau 2 bulan tapi lebih 4 bulan dah aku tak balik.. kalau tanam jagung dah boleh tuai 2 kali dah.. hehehe.Start dari musim durian sampai durian tinggal daun je aku tak balik-balik.. hehehe.. tapi insyallah jika diizinkan malam ni atau esok subuh jentera perang aku akan meluncur laju ke utara.. hehehe.oooo tak boleh bawa laju-laju sekarang ni.. lebuhraya bahagian utara aku dimaklumkan banyak sekali perangkap laju terutama AES ni.. cukuplah cik malarang dah ada satu surat cinta tu.. jangan ditambah lagi surat cinta dari AES tu.. huhu.Kepulangan ke kampung kali ini lebih ceria sebab tak sabar nak jumpa anak susuan merangkap adik susuan Harraz.. yelah harraz sekarang dah dapat adik tau.. jangan tak percaya ye.. nanti dekat entri lain aku cerita macam ma…

37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Sebagai seorang blogger pastinya ada masa dah ketikanya korang akan kekeringan idea atau ketandusan idea untuk menulis.. bagi yang dah mengalaminya pasti tahu macam mana rasanya.. tak terkecuali aku sendiri kekadang sampaikan dah tak tahu nak tulis apa untuk hari tersebut.Jadi untuk tidak membiarkan blog menjadi sunyi dan kosong dari hari ke hari maka bermulalah pencarian idea-idea untuk menulis.. dan sehinggalah hari ini aku ketemu dengan satu cara bagaimana untuk menghapuskan kekeringan idea ni.. Terima kasih kepada blogger Maria Ozawa kerana berjaya membuka minda aku hari ini untuk memiliki ebook yang sangat bernilai ni..## Tips Blogging - 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan IdeaKalau nak maju kehadapan kenalah melabur sikit.. betul tak? insyallah akan cuba dikongsikan sedikit ilmu yang ada dalam ebook ini nanti setelah selesai dibaca.. pastinya ebook setebal 46 muka surat ni terdapat banyak rahsia didalamnya.. bagi yang dah …

Risiko Memiliki Kereta Baik Naik Motor Je

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Ikutkan mood malas nak tulis dalam blog hari ni.. tapi disebabkan dekat opis ni dah macam keje hujung minggu so banyak masa terluang baik di manfaatkan.. betul tak?Ini kisah hujung minggu semasa nak gerak gi bawa cik isteri shopping tudung dekat seksyen 7 Shah Alam.. masuk kereta macam biasa.. start engine dan tu onkan air-cond.. tetiba kami semua anak beranak dalam kereta rasa macam lemas tak bernafas.. panas pulak tu padahal air-cond dan onkan..Sekali check rupa-rupanya hanya angin yang keluar pada lubang-lubang aircond tu.. sejuk langsung takda.. terus check-check part yang aku tahulah.. dan penyudahnya offkan air-cond buka tingkap terus bawa gi bengkel..Cik isteri dah menjeling.. awal2 aku dah sound kalau betul air-cond rosak mau 2 ke 3 ratus melayang ni sayang.. terus muncung.. lepas tu senyum.. :-) dalam hati aku siaplah isteri aku kali ni tak dapat beli tudung.. kena ganti dengan air-condlah jawabnya.. hehehe..Macam biasanya mekanik d…

Teknik Mencuri Katalaluan Email Yahoo Yang mungkin Anda Tidak Sedari

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Penipu biasanya akan sentiasa mengubah tektik untuk menipu supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa.. sampaikan kita sendiri kekadang keliru samada ini adalah bentuk penipuan atau tidak..Ok pagi ni aku nak kongsikan dengan korang apa yang aku terima dalam mailbox yahoo aku pagi ni.. yang mana salah satu teknik penipuan untuk mencuri katalaluan email yahoo sedang tersebar.. yang mana mungkin anda tidak sedar tu adalah salah satu website palsu.Pepagi aku dah dapat email dari pihak yahoo dengan tajuk “Yahoo Account @ Possible Fraud - Notification”.. bila aku buka je kiriman email tu.. mesej seperti dibawah ni dipaparkan..Pihak yang tidak bertanggung jawab tersebut meminta anda untuk klik pada satu link bagi proses pengesan seterusnya..Bila korang klik pada link yang diberikan .. satu website palsu akan terpapar yang meminta anda memasukkan Yahoo ID, Password & Secret Question.. dan apabila korang klik pada butang Sign In.. sebenarnya yahoo …

My Happy Moments

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Sebagai tanda sokongan kepada usaha rakan blogger Tok Rimau untuk merebut gadget iPhone 5 dari Denaihati… untuk kali ini aku joinkan diri untuk contest terakhir beliau untuk tahun ni..Sebagai memenuhi syarat contest yang dianjurkan oleh beliau.. 1 keping gambar aku pertaruhkan dibawah ni.. bukan kemenangan yang aku cari tapi ikatan network yang baik sesama rakan blogger..Sebagai penutup penyertaan aku nak jemput rakan blogger dekat bawah ni join sama-sama.. nama-nama dibawah antara blogger yang rajin tinggalkan komen dalam blog ni.. sebenarnya ramai lagi.. bagi yang tak sebut tu.. jangan kecil hati ye… yang nak join contest ni boleh ke link INI.Boni Kacak , Eliss Mie, Misz_eyza” Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

Dividen ASB 2012 7.75 Sen Bonus 1.15

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera,Bayaran Dividen ASB untuk tahun 2012 telah diumumkan… iaitu dengan pemberian Dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit.. Tahniah buat semua pelabur ASB.. Jadi teka teki  aku tentang pengumuman kadar dividen ASB 12 sen seunit | Mimpi atau Realiti  telah terjawab hari ni..So apa lagi.. jom kita kira berapa dividen yang kita dapat tahun ni.. keluarkan kalkulator semua sekarang.. hehehe..Tahniah Cik malarang sebab mampu mengukir senyuman lepas ni.. jangan lupa belanja abang ye sayang.. Bila duit banyak mulalah panjang akal.. nak beli tu nak beli ni.. tapi kena beringat time susah.. seperti kata adik aku sebelum ni.. ingat time kita susah dulu.. nak makan pun korek duit tabung.. huhu.. insyaallah aku selalu ingat tu..

Durian Crepe Order Online Buat Tersayang

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,4 hari yang lalu cik isteri ada sebut-sebut teringin nak makan Durian Crepe.. katanya teringat Durian Crepe yang pernah dibeli dekat Mid Valley sebulan yang lepas.. & kebetulan semalam adalah ulang tahun kelahiran si dia.. saja buat supperise dekat cik malarang dengan orderkan dia Durian Crepe secara Online tanpa pengetahuan beliau… heheheDisebabkan sebelum ni pernah rasa Durian Crepe dari Mid Velly so kali ini nak merasa resepi Durian Crepe dari tempat lain pulak.. jadi pemburuan pembuat Durian Crepe bermula..Kebetulan aku teringat yang Mamat NI pernah order Durian Crepe dengan sorang blogger yang memang pakar dalam membuat kek.. jadi aku googlelah dalam blog dia siapakah pembuat kek yang dimaksudkan tu.. dan akhirnya aku jumpalah dengan blog beliau yang diberi nama “irmadilondon”.Istimewa untuk tersayang..Aku memang tak pernah jumpa dengan blogger ni dan semalam first time  aku jumpa untuk ambil sendiri Durian Crepe yang ditempah tu..…

20-12-2012 Selamat Hari Lahir Isteriku

Imej
Alhamdulillah bertambah lagi usia isteriku yang comel ini.. Hari ini genaplah usia beliau 2x tahun... X=?... Cer teka....He3.



Semoga cik malarang akan terus dipanjangkan usia.. Diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki... Amin...

Love u & Miss u sayangku...

Sesuatu yang menarik dengan tarikh harijadi cik malarang.. Tarikhnya sama dengan isteri rakan sepejabat aku... Yang mana juga tarikh harijadi rakan opis aku tu sama juga dengan tarikh lahir aku.. He3.. Semua kebetulan dan ketentuan dari yang maha esa..

Selamat hari lahir kepada semua rakan-rakan yang menyambut hari lahir pada hari ini..
posted from Bloggeroid

Hadiah Birthday Buat Harraz

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, 2 hari lepas sempat luangkan masa entertain family dari Penang.. jadi kebetulan bawa dia orang gi shopping dekat One Utama.. kami pun window shopping gak (sambil menyelam minum air)… sampai tempat mainan kanak-kanak mama harraz tertarik pulak dengan satu mainan ni.. so dia pujuknya aku minta belikan hadiah buat Harraz.. sebab katanya harraz tak dapat hadiah birthday lagi.. so sayang anak bini turut-turutkan.. hehehe. Mama Harraz tertarik nak belikan si comel ni gara-gara video ni.. cer tengok dekat video atas tu.. punyalah dia suka tolak bendalah tu.. kira mainan ni untuk pembelajaran anak belajar berjalan… tapi bila dah belikan dah sampai rumah.. lain pulak yang dia buat dekat bendalah tu.. heheheMuka dengan confident tolak baby walker…sambil mulut tak berenti bercakap.. “tatatatat.. tatatatat…tatatatataaaaa..” sesekali keluar perkataan.. “nak”… hehehegara-gara mama Harraz seronok dengan si comel dia bersemangat jalan sambil tolak baby walker tu..…

Happy Anniversary Sayangku Kali Ke-3

Assalamualaikum & salam sejahtera,Siapa sangka pejam celik hari ini masuk tahun ke-3 perkahwinan aku dengan cik malarang.. bersempena dengan ulang tahun perkahwinan aku yang ke-3 ini aku nak ucapkan Happy Anniversary buat isteriku yang tercinta.. semoga mahligai yang kita bina akan berkekalan sampai ke syurga..amin… semoga sama2 kita menjaga dan membesarkan anugerah yang diberikan kepada kita ini sayang..Love U & Miss U Forever sayangku… Muuuuuuah

Renew Domain Untuk Tahun Ke-3

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Alhamdulillah selesai sudah urusan memperbaharui domain blog ni dengan pihak  ihosterz.. kalau ikutkan lagi 19 hari domain blog ni akan tamat.. jadi sebelum terlupa & terus expired baik renew time ada duit ni.. kebetulan pulak tu cek nuffnang baru je clear so kali ni memang guna sepenuhnya duit blogging untuk renew domain blog ni..Kalau sebelum-sebelum ni aku renew untuk setahun sahaja.. tapi disebabkan rezeki lebih hujung tahun ni.. terus renew sampai 2015.. :-) insyallah masih dalam proses berkira-kira untuk follow blogger Fear Factor ni untuk memiliki blog berhostingkan Wordpress.. insyaallah masanya akan tiba nanti.. nak maju dan berjaya dalam dunia blogging ni.. kenalah keluarkan belanja  sedikitkan.. :-).Nak tahu apakah kelebihan berdomain sendiri… boleh baca SINI

Rezeki Pagi Jumaat Dari Exabytes

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Alhamdulillah syukur sampai-sampai opis je pagi tengok atas meja ada satu surat berlatter headkan Exabytes Network SDN.BHD.. dalam hati dah boleh agak.. ni mesti ada rezeki dalam sampul tu.. ternyata sangkaanku benar belaka memang benar cek ke 4 untuk payment pengiklanan exabytes dah sampai.. terima kasih kepada pihak exabytes kerana sudi sambung kontrak pengiklanan tu.. tu pun lepas aku dapat info dari blogger INI.. kalau tak confirm aku terlupa punya nak sambung kontrak pengiklanan tu..“Segan nak tunjuk amount banyak sangat.. hehehe”Walaupun payment yang dibayar tak selebat bayaran yang diterima oleh blogger INI.. tapi yang penting ada rezeki berterusan untuk keluarga kami.. :-).. semoga rezeki kami sekeluarga terus dimurahkan amin. Semoga rezeki anda semua juga terus dimurahkan olehnya.Macam-macam cara nak cari duit dari blog ni.. kalau kena caranya insyaAllah ada jalannya.. rajin-rajinlah google dekat internet “Tips Buat Duit Dengan Blog

Aksi Harraz Waktu Gunting Rambut

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera,Bukan mudah rupanya nak gunting rambut anak kecik ni.. mula-mula ok je.. macam baik je menurut perintah.. sekali pertengahan jalan mulalah dia tunjukkan aksi macam ulat.. hahaha.. macam tulah yang terjadi dekat Harraz hujung minggu lepas..Aku dari awal-awal lagi dah niat kalau cukup je umur Harraz setahun aku nak cukur rambut dia sekali lagi.. mula-mula nak kasi botak licin.. tapi mama dia kurang setuju katanya tak berapa handsome dah nanti.. aku pun menurut jelah.. hehehe.Jom kita tengok aksi-aksi Harraz sepanjang dekat kedai gunting tu..Urut-urut dulu sebelum mulakan acara menggunting.. kasi tenang-tenang dulu.. nampak muka macam takut je.. heheheKaki dah mula tak nak diam.. nak pasang kain dekat belakang pun susah.. pujuk-pujuk dulu & kasi tenang…mencabar betul masa ni..ok selesai proses pakaikan penutup kain.. tinggal nampak kepala je..comel je masa ni..muka dah cuak ni.. tukang gunting dah mula nak gunting rambut.. kita tengok apa jadi..B…

Kejutan 12-12-12 Oleh Sidia..

Imej
Ramai yang menanti-nantikan tarikh 12-12-12 ni muncul... Ada yg teringin sambut baby pada tarikh tu...ada juga yang dah rancang untuk kawin atau bertunang pada tarikh tu juga...





Bagi cik isteri lain dari yang lain dibuat oleh beliau hari ini... menjelmanya tarikh cantik tu dia masak speacial untuk aku... Tq sayang.. Masakkan kuih kegemaran abang.. Semakin hari semakin hebat isteriku di dapur..

Apa yang korang inginkn pada tarikh 12-12-12
posted from Bloggeroid

Harraz Belajar Nak Dapat Adik Baru

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Genap sudah 14 hari anak saudara aku yang baru dilahirkan.. dilahirkan pada 27hb November 2012 dengan berat 3.4kg.. alhamdulillah semuanya selamat dilahirkan secara normal walaupun jangkaan kelahiran awal 2 minggu.. kata pak mertua adik aku.. wife dia bersalin awal sebab baby dalam tu kepanasan kot sebab ibu dia gi belasah durian banyak sangat.. hehehe.Aku pulak sempat gi tegok anak saudara aku ni lepas 5 hari dilahirkan.. disebabkan adik ipar aku ni dah 4 kali lahirkan baby so pengalaman dah banyak & kali ni berpantang sendiri je dekat rumah mereka.. mungkin lepas habis pantang baru bawa balik baby jupa atuk dengan nenek dekat kampung..Afiq Hazim Bin Abdul Hadi nama diberi yang memberi maksud Afiq (yang mulia), Hazim (tegas/cermat/bijak/teliti) semoga jadi anak yang soleh ye sayang..muka sebiji tak tumpah ikut muka ibu dia… kulit cerah dengan bulu mata yang panjang.. sangat comel baby ni.. cium sikit..Bila tengok muka baby ni.. macam na…

P1 MiFi MX230 Boleh Online Dimana Sahaja

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Seperti yang dijanjikan pada entri sesi pengenalan P1 MiFi MX230 yang lalu hari ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku selama 2 minggu bersama P1 MiFi ni..Seperti yang korang semua sedia maklum.. P1 MiFi MX230 di khususkan untuk pengguna yang sentiasa berada diluar rumah dan perlukan sambungan internet berterusan (T0 Go).. Tapi bukan bermakna pengguna didalam rumah tidak boleh menggunakannya.. masih boleh menggunakannya selagi ada liputan P1.Apa yang menariknya dengan P1 MiFi ni.. aku boleh online di kedai-kedai makan yang tiada servis internet percuma.. di Malaysia ni tidak semua lagi kedai-kedai makan atau restoran ada menyediakan perkhidmatan internet percuma.. jadi andai kata korang memang memerlukan internet pada ketika itu.. waktu inilah P1 MiFi MX230 boleh membantu.. yang penting kawasan kedai makan atau restoran tu ada liputan P1… Gambar di atas diambil disebuah restoran mamak yang pada masa itu service internet mereka ada masa…