P1 MiFi MX230 Boleh Online Dimana Sahaja

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Seperti yang dijanjikan pada entri sesi pengenalan P1 MiFi MX230 yang lalu hari ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku selama 2 minggu bersama P1 MiFi ni..

Seperti yang korang semua sedia maklum.. P1 MiFi MX230 di khususkan untuk pengguna yang sentiasa berada diluar rumah dan perlukan sambungan internet berterusan (T0 Go).. Tapi bukan bermakna pengguna didalam rumah tidak boleh menggunakannya.. masih boleh menggunakannya selagi ada liputan P1.

P1 MX230 Review 1

Apa yang menariknya dengan P1 MiFi ni.. aku boleh online di kedai-kedai makan yang tiada servis internet percuma.. di Malaysia ni tidak semua lagi kedai-kedai makan atau restoran ada menyediakan perkhidmatan internet percuma.. jadi andai kata korang memang memerlukan internet pada ketika itu.. waktu inilah P1 MiFi MX230 boleh membantu.. yang penting kawasan kedai makan atau restoran tu ada liputan P1…

Gambar di atas diambil disebuah restoran mamak yang pada masa itu service internet mereka ada masalah.. jadi masa tu aku hanya keluarkan MX230 “ON” dah terus layari internet sambil makan roti canai..:-)

 

P1 MX230 Online Dalam Kereta

Online di dalam kereta…. ni pun menarik juga.. tapi awas kena ingat yang tengah drive sama-sekali tidak dibenarkan online kerana boleh menggundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.. apa yang aku maksudkan disini adalah penumpang yang ada dalam kenderaan boleh online sewaktu dalam kenderaan..

Aku juga dah uji kemampuan P1 MiFi MX230 ni didalam kenderaan.. sepanjang perjalanan dari rumah di Bandar Sri Damansara menuju ke lokasi kerja tempat cik isteri iaitu di Jalan Timur Petaling Jaya.. memang tidak ada masalah liputan P1.. begitu juga dari tempat kerja cik isteri menuju ke lokasi tempat kerja aku di Jalan Tun Razak Juga tidak ada masalah liputan P1 ni.. cik isteri akan tersenyum-senyum dalam kereta melayari laman sosial walaupun keadaan jalan yang jem teruk sepanjang perjalanan kami pergi dan pulang..

Macam mana sudah ada minat untuk memiliki P1 MiFi MX230 ni? kalau korang perlukan maklumat lanjut jangan lupa layari http://www.p1.com.my/mifi/…. diharapkan sedikit pengalaman ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk memiliki sebuat device yang menarik ini..

Ulasan

  1. Benda ni akn berfungsi bergantung pada kawasan juga kan? Maksudnya kalau tempat tu tak ada coverage P1 still tak le guna kan?

    Ke dia tetap bleh digunakan?

    BalasPadam
  2. Macam best je part online dalam kereta bergerak tu

    entry terbaru : Pesta Makan Durian Kembali

    BalasPadam
  3. ahhaaaaaa... kalo coverage on the way dalam kereta tu okay.. memang best laaaaa

    BalasPadam
  4. bagus juga tapi tak tahu le macam mana coverage p1 sekarang sebab dulu saya pernah guna wiggy, memang tak berpuas hati sangat

    BalasPadam
  5. off topic sat, saya dah vote utk iphone 5 gadget impian nnti sokong saya pula ye

    BalasPadam
  6. Menarik juga, mmg berbaloi kalau dlm kereta suma guna internet. boleh tong-tong byr bil..hehheee

    BalasPadam
  7. wahh, dalam kereta pun leh online.

    BalasPadam
  8. Terbaik bila ada line... he he..

    BalasPadam
  9. seronok tengok boleh online di mana2 ni ..tk sabar nak cuba la ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak