Hadiah Birthday Buat Harraz

 
Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
2 hari lepas sempat luangkan masa entertain family dari Penang.. jadi kebetulan bawa dia orang gi shopping dekat One Utama.. kami pun window shopping gak (sambil menyelam minum air)… sampai tempat mainan kanak-kanak mama harraz tertarik pulak dengan satu mainan ni.. so dia pujuknya aku minta belikan hadiah buat Harraz.. sebab katanya harraz tak dapat hadiah birthday lagi.. so sayang anak bini turut-turutkan.. hehehe.
 
 

Mama Harraz tertarik nak belikan si comel ni gara-gara video ni.. cer tengok dekat video atas tu.. punyalah dia suka tolak bendalah tu.. kira mainan ni untuk pembelajaran anak belajar berjalan… tapi bila dah belikan dah sampai rumah.. lain pulak yang dia buat dekat bendalah tu.. hehehe

Harraz dengan Baby Walker

Muka dengan confident tolak baby walker…

Harraz dengan Baby Walker 1

sambil mulut tak berenti bercakap.. “tatatatat.. tatatatat…tatatatataaaaa..” sesekali keluar perkataan.. “nak”… hehehe

Harraz dengan Baby Walker 2

gara-gara mama Harraz seronok dengan si comel dia bersemangat jalan sambil tolak baby walker tu.. terus dipujuk-pujuk minta belikan.. hehehe

Harraz dengan Baby Walker  3

setelah cair dengan pujukan mama Harraz.. akhirnya berjaya juga dia bawa balik kerumah satu set “First Steps Baby Walker

Harraz dengan Baby Walker 4

cepatlah daddy buka mainan ni… menangis pulak.. hehehe

Harraz dengan Baby Walker 5

Dah siap pasang semuanya.. tapi malangnya dia tak mahu dah tolak baby walker tu macam dekat kedai tu… di boleh pulak meniarap sambil main butang-butang dekat situ..

Harraz dengan Baby Walker 6

rasanya mungkin dia tak mau tolak sebab leka dengan butang-butang mainan tu.. so aku tanggalkanlah bahagian yang ada butang-butang warna tu.. jadilah bogel macam dekat kedai tu.. still tak mahu berdiri sambil tolak juga.. tengok gaya dia lagi selesa dengan meniarap sambil gentel-gentel roller dekat bawah tu.. hehehe..

Memang anak ni pandai akalnya minta belikan mainan.. dekat kedai punya bersemangat nak tolak sampai dekat rumah dia boleh jenguk-jenguk je.. hehehe..

Aku cakap dengan mama Harraz.. takpelah.. tunggu sikit hari mungkin dia akan tolak sendiri kot.. hehehe..

Ulasan

  1. masa ilham dulu.. kitorang pakai jenis yang macam abah-abah tu.. yang macam orang nak flying fox tu.. cer bawak tatih2 selalu.. boleh tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaki dia keras je nak pijak.. ikut mood dia.. tapi semalam ada sekali dia berdiri sekejab mcm baru belajar nak imbangkan badan kot..

      Padam
  2. bestnya hadiah harijadi untuk Harraz.
    happy birthday Harraz yg comel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq2.. ada rezeki lebih bagi hadiah besar sikit.. heheeh

      Padam
  3. hih pandai noo Harraz.. bila daddy dah beli dia tanak guna betul2 lakk..hihi...

    ~ happy birthday yg pertama yea Harraz ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. memang bijak betul dia akal daddy dengan mama dia

      Padam
  4. kat kedai dia tak perasan butang2 tu.. tu pasal dia tolak. bagi dia butang tu lagi menarik dari tolak mainan tu laa :p

    BalasPadam
  5. happy birthday harraz..jgn nakal2 macam papa ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. daddy nakal masa bujang je.. dah kawin taubat dah.. hehehe

      Padam
  6. Xper...nnati pandailah dia explore mende tu and will try walk using that stuff. Kadang2, anak ni lagi cleaver tau...no need mende tu pon dia boleh walk jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. tapi daddy dengan mama dia yg tak sabar nak tengok dia berjalan.. hehehe

      Padam
  7. happy bezday harraz, slow2 bro jgn paksa dia nanti lama2 dia jalan punya

    BalasPadam
  8. harraz nak buat inspection dulu kot sebelum drive.

    BalasPadam
  9. hahaha..pandai dia tipu papa dia..hehehe

    BalasPadam
  10. Hurmm.... next time cuba bawak dia jenjalan kat taman permainan la pulak kan

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum....

    Harraz.. Yang alim/wara'...
    Sama la nama anak kita...
    Salam ukhuwah dari saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak