Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 5 Tahun

Imej
Alhamdulillah pejam celik.. dah genap 5 tahun bergelar suami dan bapa kepada seorang isteri yang baik hati dan seorang anak yang comel..5 tahun pelbagai rintangan.. dugaan.. dan cabaran yang datang... alhamdulillah masih mampu mengatasi semua cabaran yang datang dengan bantuan dan sokongan orang yang tersayang..Semoga dengan ikatan yang dibina ini akan kekal sampai ke syurga.. dan dapat diberi kekuatan dan kesabaran berpanjangan demi membimbing anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah... insyallah.

Dividen ASB Tahun 2014 7.50 Sen Seunit

Imej
Alhamdulillah.. rezeki keuntungan agihan dividen dan bonus ASB telah diumumkan.. walaupun turun sedikit dari tahun 2013.. tetap bersyukur.. Dividen - 7.50 sen seunit
Bonus - 1.00 sen seunitMaklumat lanjut boleh rujuk sini... http://www.bharian.com.my/node/23937

Giliran Mama Harraz Pulak Demam Panas

Imej
Allahuakbar... satu-satu ujian datang kepada keluarga kami... minggu lepas seminggu kami berkampung laki bini duduk dekat KPJ Damansara dek gara-gara anak kena demam panas...Alhamdulillah anak dah 4 hari keluar dari hospital dan kesihatan dah bertambah baik... syukur juga semua kos 6 hari dihospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat cik isteri bekerja.. kalau tidak mau pengsan juga bayar kos rawatan yang mencecah lebih 7k..Anak dah pulih sekarang mama dia pulak yang kena demam panas sejak hari jumaat.. pada awalnya lepas balik dari hospital tu ok sahaja.. lepas sehari cik isteri mengadu sakit mata.. so bawaklah gi jumpa doktor dekat klinik panel.. doktor cakap kena sakit mata dengan ada demam sikit. so bagi ubat macam biasalah.. balik umah hari sabtu macam makin teruk je.. sebab asik mengigil kesejukan dengan suhu badan naik.. bagi makan ubat ok sekejab lepas tu demam balik.. Risau juga.. takut kena denggi.. sebab sekarang ni memamg musim demam denggi.. ingat kalau tak ok juga…

Pertama Kali Anak Kena Sawan

Imej
Dua hari lepas aku ada cakap anak aku kena demam panas.. kalau ikutkan sebelum ni setiap kali Harraz demam.. paling lama pun dua ke tiga hari dah baik.. tapi kali ni bukan demam biasa sebab pertama kalinya setelah tiga tahun anak tetiba kena sawan masa demam..Kebetulan masa kena sawan tu dekat klinik masa tengah tunggu ambil ubat.. punyalah panik aku dengan orang umah.. terus bawak lari masuk bilik doktor.. aku pulak pertama kali tengok baby kena sawan...Masa harraz kena tu.. mama dia tengah peluk.. mama dia cakap kenapa harraz macam tersentak2.. tiba2.. mata dia tengok atas.. tangan kejang dengan kaki semua kejang.. mulut berbuih2.. aku tak tahu nak buat apa.. aku tengok je doktor dengan pembantu farmasi buat.. dia ambil tuala yang dah di basahkan.. di lapkan semua badan.. kepala.. sambil sorang lagi gosong tapak kaki anak aku.. masa tu semua badan harraz dah biru.. tak lama lepas doktor tu basahkan semua badan sambil mengiring.. pelan-pelan warna kulit jadi merah semula.. bubir yang…

Demam Panas Datang Lagi

Imej
Semoga si comel kami cepat baik dari demam... semalam memang dah perasan masa dia tidur pasal apa dia bernafas macam orang selsema.. tapi paginya bangun tak demam lagi.. masih antar ke taska dia pagi tu..Semalam bila cik isteri ambil katanya ok lagi... tup..tup  sampai umah je petang terus suhu badannya naik.. check guna penyukat suhu.. nampak tinggi 37°c... kadang-kadang sampai 39°c... malam terus bagi ubat...Pagi ni nak bawak gi klinik dulu check.. cik isterilah pulak kena ambil cuti jaga dulu... esok kalau tak ok.. aku pulak ambil cuti... kena cuti bergilirlah jawapnya sebab hujung-hujung tahun ni.. cuti tinggal paras-paras hidung je...Bulan lepas pun ada demam juga.. bila demam lama confirmlah badannya susut.. semoga si comel kami cepat sembuh..

Petrol RON95 Dan RON97 Turun

Imej
Alhamdulillah dah masuk bulan terakhir di tahun 2014.. tinggal lagi sebulan kita semua akan meninggalkan tahun 2014 dan akan muncul tahun 2015.. yang mana tahun 2015 dikhabarkan merupakan tahun yang mencabar dengan ketidak tentuan ekonomi dunia..Apa pun syukur sebab tengok paper hari ni.. petrol RON95 yang ditarik balik subsidinya telah di turunkan harganya.. begitu juga dengan RON97 turut diturunkan harganya walaupun masih ada subsidi..Kepada yang menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja pastinya dapat menarik nafas lega untuk tempoh sebulan ini.. harga untuk bulan hadapan kita tunggu samada kekal.. naik atau turun.. semua bergantung kepada harga pasaran dunia.. Teruskan berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh..