Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Kejar Pendapatan Secara Online - Berbaloi Ke?

Imej
Salam malam semua, macam biasa aku kan suka buat blogwalking dan setiap kali aku buat blogwalking ada je benda pelik dan menarik aku jumpa.
Malam ni aku jumpa satu blog kepunyaan RON7 yang mana dia ni memang dahsyatlah aku kira sebab dia punya income online je ada 8 sumber yang mana ada yang aku dah join dah ada yang aku dengar pon tak pernah.
Kira dia ni.. memang kejar betul income online ni.. dari apa yang aku baca nuffnang punya cek je dah 4 kali dia buat cash out.. yang income dari sumber lain tu tak tahulah dah berapa juta dia dapat..hahaha
Ada sapa2 tak yang boleh lawan dengan Ron7 ni.. kalau ada kasi tunjuk sikit..
korang boleh g melawat dalam blog dia ni kalau tak percaya.. RON7...

MAKLUMAT TERKINI - Rakyat M'sia antara diserang kapal perang Israel

Imej
Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.


Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.



Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringka…

Koleksi Gambar Baby Pertama Yatt Hamzah

Imej
Tahniah buat pelakon dan hos terkenal, Yatt Hamzah kerana telah selamat melahirkan anak sulungnya seberat 3.24kg.

Bayi berjantinakan perempuan yang sangat comel itu diberi nama Suci Hanania Malika.

Bayi tersebut dilahirkan tepat pada pukul 6.13 pagi di Hospital Ampang Puteri.

Kalau boleh, Yatt tak mahu anak kesayangannya ini menjadi artis.

















Peraduan Pertama Yang Ku Sertai

Imej
Salam petang semua, tengah aku jalan2 buat blogwalking dekat opis aku ni.. aku terjumpa satu pertandingan yang menawarkan hadiah CASH RM50.00.. wahhhh.. sapa nak bagikan.. aku nakkkkkkk..
So macam mana entah aku boleh terajin terjebak masuk pertandingan tu.. akhirnya aku dah berjaya submit jawapan tu dalam ruangan komen yang disediakan oleh sahabat kita wordz-space


aku harap aku dapatlah rasa duit RM50.. tu..
Tarikh Tutup pertandingan 30 Jun 2010, so ada 1 bulan korang nak buat apa yang diaminta tu..
Semoga berjaya rakan2 ku sekalian..

Bila Facebook Main-Main Dengan Aku

Imej
Salam pagi ahad semua, kebiasaannya peminat tegar FB ni kalau tak buka FB sejam mesti dah tak senang duduk. macam aku kekadang buka, kekadang tak buka langsung seminggu.
tapi pagi2 ni time aku nak buka FB ni, saja je nak ping campaign Youthsays dalam tu tetiba aku dihadiakan dengan popup dekat atas tu.. blur aku sekejab.. bendalah apa pulak nikan.
aku abaikan jelah.. dalam diam aku abaikan jelah popup tu.. aku buka pulak gengblogger punya site nak CONNECT konon2kan. sekali dah masuk username & password sekali lagi aku dihidangkan dengan popup yang sama. hahaha.. aku gelak jelah dulu.. aku fikir FB nak main-main kot dengan aku pagi ahad ni..
bila dah cuba berkali2 mulalah rasa panas dihati naik walaupun pagi2 ni sejukkan.. untuk meredakan hangin aku..aku serahkan kepada syg aku uruskan FB aku.. aku pon tak tahu apa yang syg aku setting n godeh2.. akhirnya boleh masuk setelah aku kena tukar password yang baru.. bengong betul ada orang cuba access FB aku rupanya dekat luar sana.. hahah…

Ping entri di "Rakan Daus"

Imej
salam pagi semua, mungkin dah ramai yang tidor ni. aku pon tak nak sembang banyak cuma nak kasi info sikit je.

kepada yang gila ping entri anda boleh ping entri terbaru atau lama di blog sahabat kita RAKAN DAUS.. selamat mencuba up trafik..

Sapa nak jadi yang pertama ku terjah

Imej
Salam malam semua, malam ni aku nak kongsi tips macam mana aku nak buat blogwalking secara mudah menggunakan satu widget yang aku tengok dari blog ahfat raksaksa.
tengah aku buat blogwalking tadi aku terjumpa widget yang aku rasa menarik juga untuk di cuba oleh kaki blogwalking ni.
cara ni mudah yang mana korang hanya perlu register nama dan alamat blog korang dalam form yang aku dah sediakan. selepas itu nama kau akan terpapar dalam list blogwalking aku secara automatik. dan dengan adanya senarai nama tu aku akan melawat & terjah kau setiap hari.
kepada yang ingin aku terjah, isi maklumat yang aku minta tu didalam form yang telah aku sediakan dibahagian bawah blog aku.
kepada rakan2 bloger yang berminat nak install widget ni bolehlah melayari web Mister Linky dan terus daftar secara percuma.
Selamat mencuba & jangan lupa isi form yang disediakan untuk membolehkan aku melawat blog korang.

Pulau Pinang haramkan judi bola sepak

Imej
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri. "Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.
“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.
“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan …

Kesian PC 2nd hand aku..

Imej
Salam pagi semua, minggu ni aku memang penat dekat opis sebab minggu ni opis aku buat lelong pc terpakai dekat staff dan orang luar.
Aku yang keje sebagai kulikutif ni biasalah..kenalah check semua pc yang nak d lelong tu sebelum ada buyer nak beli.
Tapi memang mengejutkanlah sebab lebih kurang 700 buah pc yang kita orang lelong tu..tak sampai 50 lagi baki yang tinggal. kalau ada pon yang dah ada problem so kita orang tak jual lah kalau ada problem ni.
harga memang berpatutan sekitar RM500 -RM550 je.. murah kan. so aku pon tak melepaskan peluang juga ambil satu pc tu.. opsss bukan ambil free ye.. aku pon beli juga sebiji untuk guna dekat umah main2 games ke atau tengok DVD..hehee
So gambar yang korang tengok dekat atas tu pc yang aku baru belilah dekat opis tu.. kesian belum ada meje lagi. syg aku janji nak belikan aku meja komputer nanti.. hehehe. buat masa sekarang ni pc aku ni duduk dekat lantailah dulu..
Last aku ada pc tahun 2001 sebelum pc tu rosak, itu pon aku beli masa aku mula sam…

AKU CABAR KAU !! HACK BLOG AKU B*D*H !!

Imej
Salam semua, aku pon tengah marah juga ni.. bo**h betul sapa yang punya kerja ni .. kenapa suka dengki orang, suka buat kacau .. kalau dah terer sangat g hack FBI punya site.. baru aku boleh tabik.. ni ku g hack rakan kita punya site sapa suruh.. bo**h betul..
pagi tadi tengah2 aku buka gengblogger punya site boleh keluar popup mcm dekat atas tu.. aku mula2 buat biasa je..ingat pc aku yang ada problem.. bila selesai aku ping entri aku... ada rakan blogger merunggut kata "gengblogger menyusahkan aku"..aku baca entri dia.. rupa2 site gengblogger d hack oleh sorang mamat/minah bo**h ni.
aku rasa bukan aku sorang yang marah ni.. ramai lagi yang matah dekat luar sana.. aku geram..marah dengan orang yang buat keje ni.. kalau kau baca sibo**h entri aku ni..
AKU CABAR KAU ... HACK BLOG AKU... CEPAT HACK SINI BO**H...
Aku tunggu kedatangan kau...

Anda Minat Trafik Percuma Setiap Hari

Imej
Salam cuti umum semua, tentu ramai blogger2 dekat sana yang masih tido time aku menulis entri ni.. takpe2 tido dulu ye.. bangun nanti terus baca entri ni..
Ari ni aku sembang pasal trafik blog, bila cakap pasal trafik ni semua kelabu mata n lagi2 yang sedang cari duit melalui blog ni.. betul tak apa aku cakap ni..
rata2 setiap kali entri baru di ping samada dalam gengblogger atau innit nuffnang mesti semua buka nak baca entri tu kan.. sebab apa? sebab nak tengok kot2 ada rahsia atau tips baru nak dapatkan trafik setiap hari.
rata2 semua dah pandai cari trafik dengan buat blogwalking, tinggalkan comment, guna chat box atau selalu ping entri baru.
ok aku pulak sekarang ni nak kasi korang trafik percuma setiap hari.. sapa yang nak cepat angkat tangan.. hahaha.. tentu bila korang baca entri ni korang kata aku nak juga.. so kalau setakat cakap aku nak je macam mana aku nak bagi trafik tu.

************************************************* Apa yang korang kena buat? senang je.. tak perlu bayar wan…

Rumah Flat Di Hong Kong --- Kesiannya

Imej
Dari luar pandangan memang menarik, lebih kurang sama je macam rumah flat dekat malaysia ni. Tapi apa yang mengejutkan aku bila korang tengok dalam rumah dia orang ni.. sangat sedih.. macam setiap rumah flat ni cuma ada satu bilik je..

BETUL KE?

korang tak percaya.. tengok jelah gambar2 dekat bawah ni.. Mesin basuh, bilik tidor, TV, dapur masak, almari semua satu ruang tempat je.. kalau akulah aku dah lama mati berdiri duduk umah macam ni..

Aku bersyukur sebab dilahirkan d bumi Malaysia.. sebab sini semua tempat selesa dan aman.. Alhamdulilah..
















Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Imej
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam,
bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak
halal untuk umat Islam)


* Kepala berbentuk 'V'

* Bentuk badan mirip torpedo

* Badan berwarna hitam berkilat

* Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

* Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

* Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung
ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit,
kiambang dan vitamin)


* Kepala berbentuk 'U'

* Bentuk badan tirus

* Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

* Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

* Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan
badan

* Digoreng tidak meletup

P/S: Betul atau betul fakta ni korang g beli ikan keli n cuba tengok dan goreng.. mana ciri-ciri ikan keli yang engkau goreng tu.. HALAL @ NON HALAL..

Akhirnya aku sampai awal

Imej
YESSSSSSSSSSS.... dah lama aku sampai dekat opis waktu yang lewat je.. tinggal tunggu masa kena panggil dengan HR je.. hehehe.. tapi yang bestnya arini aku sampai opis tepat pada masanya.. korang tengok je punchcut tu.. 8:00 tepat beb..

Dalam kerja ni kena jujur..kalau datang lewat kena balik lewat juga ..tapi kalau datang awal.. jangan lah pulak balik awal.. korang baliklah ikut time sebenarnya..

Tujuan kerja kerana Allah.. sebab lepas penat kerja sebulan bos akan bayar gaji.. bila gaji dah sampai ketangan nak kasi sapa? tentu nak kasi anak bini makankan.. so kalau kasi anak bini makan duit yang tak berkat tu yang jadi anak degil.. tak nak dengar cakap mak ayah tu.. sebab duit tu hasilnya datang dari sumber yang tak bersih..

isu kecik je... tapi kesannya BESSAR.. ok renung2kan kepada pekerja yang suka curi masa balik awal tu..

Berbaloi ke enkau menghambakan diri dengan Nuffnang

Imej
Selamat pagi blogger2 diluar sana semua,

Siang malam tak kira pagi, tengahari, petang, malam dan ada yang subuh2 dah bangun semua kerana nak buat blogwalking untuk tarik trafik gara2 nuffnang ni.

Persoalan aku sekarang, berbaloi ke apa yang korang buat tu?
Oppsss.. jangan marah ye aku cuma nak bertanya je.. kalau korang rasa berbaloi dengan apa yang korang buat tu.. alhamdullilah. tapi kalau korang rasa tak berbaloi.. cuba tengok apa silapnya. cara korang silap ke? atau entri yang korang buat tu takada maklumat yang orang nak baca.
macam aku, apa yang aku fikir nak tulis aku tulis je.. apa yang aku rasa aku suka, aku buat je.. dan hasilnya memang berbaloi2.. walaupun aku tak bangun subuh2 atau tengah malam semata2 nak klik iklan yang keluar jam 12.00 malam tu.. tapi kalau ada yang buat kerja macam tu.. itu usaha korang..
aku malas sikit nak buat macam tu.. mula2 dulu aku rajin juga.. lagi2 bila aku kerja malam dekat opis.. apa lagi jadi burung hantulah.. macam sahabat kita PAPANKEKUNCIKU, …

Benarkah perempuan lebih kecoh dari lelaki

Imej
Salam pagi semua, nampaknya 2 ke 3 hari ni aku letih sangat dekat opis. ni semua sebab kita orang tengah buat sales besar-besaran komputer2 terpakai kepada semua staf dan orang luar.

tu yang kalau korang persasan aku kurang buat entri, kalau ada pon tengah malam adalah satu entri kalau aku larat.

ok kita kembali kepada tajuk entri aku pagi ni.. emmm tentu ada yang tak setuju dekat luar sana bila aku mengatakan perempuan lebih kecoh dari lelaki.. betul tak orang lelaki .. sokong aku ye..

hahaha..pagi2 aku buka radio hot.fm aku terdegar topik ni.. yang mengatakan perempuan lebih kecoh dari lelaki, ni semua gara2 Fafau bising pasal FBI yang tak kemas kek hari jadi dia minggu lepas sampai hari ni, sampaikan kek tu yang berkulat & dikerumuni semut dalam konti..

memang tak dinafikan topik panas ni menarik ramai pemanggil dekat luar yang nak kata perempuan lagi kecoh dari lelaki.

sampaikan aku dengar ada sorang pemanggil perempuan cakap tak berenti dalam telefon g tahu Bos dia lelaki kecoh de…

Kalau Korang, Sanggup Beli Berapa Harga?

Imej
Salam semua rakan2 diluar sana, aku taknak cerita panjang sebab sebelum ni post aku dah panjang..hehehe..aku cuma nak minta pandangan tentang harga sebuah komputer 2nd hand.

Company aku ada nak tolak pc terpakai, so aku nak minta pandangan berapa harga yang sesuai untuk aku beli pc ni..

Spec Komputer macam dekat bawah ni:

HP dx5150
AMD Athlon 3.8Ghz
RAM DDR 1GB
Hard disk 160GB Sata
DVD-RW
Window XP Pro - Ori
17" LCD screen.
Keybord & mouse USB

Tempoh guna : 3 Tahun & Tiada lagi Warranty

Kalau korang yang bercadang nak beli berapa burged harga yang korang nak buka untuk beli?










Kasi komen sikit.. harga yang boleh aku beli untuk pc dekat atas ni..

Cendol paling power Sg. Dua - Penang

Imej
selamat malam semua, haaaa..aku penat sebenarnya nak buat entri pon malas je..buakan takda ide..banyak cuma tak larat... maklum jelah semalam sehari aku drive dari penang balik kl.
so rasa letih tu masih ada lagi.. tapi aku nak cerita gak aku g mana masa ari sabtu aku dekat penang ni.
aku sampai penang lebih kurang jam 5.00 pagi.. sepatutnya aku sampai jam 2 @ 3 pagi.. tapi korang faham2 jelahkan aku ni memang kuat tido bila drive.
untuk jaga keselamatan penumpang semua aku singgah tido 2 x dekat RnR.. memang itulah aku buat setiap kali aku drive balik kg. time malam ni.
oklah nak cerita siang sabtu ni.. memang kebiasaan aku balik penang mesti ada aktiviti outdoor ni.. kira kalau tak buat tak best..hehehe.
first aku keluar g Komtar jam 3 petang ambil barang yang member aku kirim suruh beli, habis g komtar aku terus g kepala batas..sebelum sampai kepala batas aku singgah tempat wajib aku pekena cendol ni.. memang aku suka minum cendol dekat sg.dua ni bila aku g penang.. cendol dia lain dar…

Asal Usul Mencarut

Imej
Salam petang semua, aku nak sembang satu cerita ni..sebelum tu aku minta maaf kalau korang tak suka post entri aku kali ni sebab aku bukan nak mencarut, cuma nak bersuka-suka je.


korang layan satu kisah dekat bawah ni...





Viva Accident - AWAS !!!! Road Divider

Imej
Salam pagi semua,
AWAS !!!! Road Divider yg hanya dibengkokkan hujungnya sangat bahaya utk semua pemandu, tak kira apa jenis kereta!!!

Korang perhatikan gambar kemalangan dibawah.. adakah selamat road divider yang dipasang dilebuhraya kita?

HATI2 DIJALAN RAYA...




Bagaimana nak statikkan kedudukan Chatbox

Imej
Salam malam semua, maaf kepada yang telah bertanya berkenaan macam mana nak statikkan kedudukan Shoutbox dikiri @ kanan didalam blog anda. Pertanyaan telah diajukan oleh RAPH

Disini aku berikan sedikit sahaja tutorial macam mana nak buat benda ni statik dalam blog.

Sekarang korang tengok skrip yang aku bulatkan dalam bulatan merah tu, apa yang korang kena buat adalah taip skrip tu dimana skrip shoutbox tu korang letak.



Jangan lupa penutup skrip tu sama seperti dalam bulatan bawah sekali. kedudukan default shoutbox anda dalam skrip tu adalah disebelah kanan dan jika nak ubah kedudukan kesebelah kiri, ubah sahaja perkataan "right" tu jadi "left". kedudukan shoutbox anda nanti akan berada disebelah kiri. oklah selamat cuba sedikit tips dari aku ni..

Cara mana yang korang suka buat blogwalking

Imej
Salam pagi sabtu semua, haaaa lama aku tak bercerita pasal blogwalking ni, sbb apa? sbb aku dah lama tak buat blog walking asik buat entri je.

Korang baca tajuk entri aku je tentu korang dah tahu apa yang aku nak sembang sini. apa yang aku nak tanya sini adalah cara mana yang paling korang gemar guna untuk blogwalking. Guna cara shoutMix chat @ Ruangan Comment.



Sejak 2 menjak ni aku pon dah kurang guna shoutMix Chat ni untuk tinggal jejak, aku lebih suka tinggal jejak dalam ruangan komen after aku baca entri korang.

Salah satu sebab dia aku suka nak jadi pengomen yang pertama sebab biasanya pengomen pertama selalu dapat perhatian dalam tn. blog sbb tn. blog anggap orang komen ni menghargai entri atau tulisan dia... betul ke? ke aku sorang je beranggapan macam tu...hehehe

takpe2..masing ada cara tersendirikan..janji jangan sebarkan SPAM sudahlah ye... sekarang giliran korang pulak cakap mana pilihan korang ShoutMix Chat @ Ruangan Comment..
Cepat jawab dalam ruangan komen aku..kita tengok ma…