Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Harraz Meniarap Lagi

Imej
Salam semua,Kali ni aksi si comel berjaya dirakam sewaktu singgah solat di surau opis cik malarang pada hari sabtu…Kalau dulu-dulu youtube dah wujud mesti ayah aku rakam juga aksi-aksi aku nak belajar meniarap.. hehehe.. untung anak-anak zaman moden ni.. kecik-kecik lagi dah masuk youtubekan.. :-)

Claim Hadiah Dengan Denaihati Rewards Loyalty Program

Imej
Salam semua,Siapa tidak kenal dengan pemilik blog Denaihati ni… terkenal dengan slogan Hidup Untuk Memberi.. sebab tu murah je rezekinya.. orang yang pemurah ni memang selalu dimurahkan rezekinya..Siapa yang menyangka.. ekoran aku selalu singgah dekat blog beliau.. check-check tadi point untuk Denaihati Rewards Loyalty Program dah cukup syarat untuk diclaim rupanya.. apa lagi tangan dah gatal nak claimkan.. selalu aku tengok je Tokey Unifi claim.. hari ni aku pulak nak merasa claim dari program tu.. :-).Cukuplah untuk aku dapat hadiah topupkan sekurang-kurangnya dah jimat duit topup aku sebulan.. hehehe.Sapa-sapa nak dapat rasa handphone kena topup free.. rajin-rajinlah baca & share entri yang ditulis oleh Bro Denaihati ye.. mana tahu duit tabung tu dah cukup.. boleh claim topup free.. :-)Tak sabar pulak nak tunggu entri top link referrer untuk bulan Mac 2012 ni… sebab dah 2 bulan blog cap ikan masin ni.. dapat disenaraikan dalam top 10… mana tahu ada rezeki lagikan.. (berangan-an…

Lapar Tapi Malas

Imej
Salam hujung minggu semua,

Perut tetiba rasa lapar bila tengok logo A&W... Apa lagi terus masuk kekawasan parking yang di sediakan..



Parking & order... Sat lagi ada pelayan datang dekat kereta ambil order... Senang betul sekarang ni.. Duduk dalam kereta je sambil order



Pelayan datang bagi makanan yang telah diorder... Makin malaslah orang mcm ni... He2..
posted from Bloggeroid

Tazkirah Jumaat | Jauhi Godaan Wanita

Imej
Salam semua,Nampaknya masa begitu pantas sekali.. rasanya baru je aku bangun dari tidur hari jumaat yang lepas.. hari ini aku bangun dari tidur lagi.. rupanya jumaat telah tiba lagi.. kalau dulu nak tunggu satu minggu rasa lama je.. sekarang seminggu begitu pantas berlalu..Di hari Jumaat yang mulia ini aku nak kongsikan satu lagi Hadith yang sumbernya diambil dari www.islam.gov.myHadith: Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”Huraian Hadith: Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa m…

Akhirnya Berjaya Juga Harraz Meniarap

Imej
Salam semua,Seminggu yang lalu adalah si comel Harraz ni macam dah start nak belajar meniarap.. tapi still tak berjaya juga.. berjaya meniarap separuh je.. tapi masih tak boleh nak meniarap sepenuhnya.So kalau ada masa lapang dekat umah tu aku bentangkanlah tikar getah untuk dia belajar guling-guling.. kekadang sampai menangis sebab kepenatan kot.. Daddy dengan Mama dia pulak saja buat nakal nak juga kasi meniarap walaupun tak boleh penyudahnya teriaklah si comel tu.. hehehe.Alhamdulillah tanpa disangka-sangka.. pagi tadi tengah kami bersiap-siap dia nak gi koje.. masa tu letak dia atas katil sambil terlentang.. tak semena-mena tetiba dia cuba meniarap lagi.. dan akhirnya berjaya meniarap dengan sendiri.. :-) punya happy kami berdua tengok.. hehehe.Pandai anak daddy meniarap sendiri ye… Tutup mata pulak.. sebab dah kena flas kamera.. heheheSempat senyum lagi… sekarang hobi baru main air liur.. sampaikan rambut mama dia dah banyak yang gugur..Risau jugakan sebab ramai anak kawan-kawan …

Kenapa Aku Teruja Untuk Melihat LG Cinema 3D Smart TV

Imej
Salam semua,Semakin hari semakin canggih teknologi TV disekeliling kita.. dan rasanya tahun 2012 ni merupakan tahun dimana munculnya perbagai teknologi SMART TV di pasaran.Kalau tidak silap aku 9hb Mei 2012 nanti.. LG sebuah syarikat pengeluar TV terkemuka di dunia akan melancar sebuah lagi TV yang dikenali sebagai LG Cinema 3D SMART TV dipasaran Malaysia.Credit foto : NuffnangNampaknya lepas ni.. tak perlu lagilah berpusu-pusu dan berebut-rebut  ke panggung wayang untuk melihat filem-filem dalam bentuk 3D.. duduk rumah sambil minum kopi & makan roti dah boleh tengok 3D dekat rumah bersama keluarga.Kebetulan dekat rumah aku sendiri pun masih belum ada TV yang menggunakan teknologi 3D ni.. so kalau dapat peluang melihat & menonton sendiri LG Cinema 3D SMART TV ni kan sangat bagus.. memang sangat teruja nak melihatnya.Dengar khabarnya bukan setakat TV ini mempunyai Teknologi 3D… dengan TV ni juga korang boleh melayari internet, Youtube dan bersosial diatas talian.. nilah kehebat…

Jatuh Cinta Pandangan Pertama Dengan Proton Preve Di Proton Platinum Mutiara Damansara

Imej
Salam semua,Kebetulan semalam tak koje di hujung minggu so lepas aku buat service tayar area TTDI aku ajaklah cik malarang gi tengok-tengok Proton Preve dekat Showroom Proton Platinum Mutiara Damansara.Hujung minggu biasalah memang ramai yang datang tengok dengan mata sendiri model baru Proton Preve ni.. tak kurangnya yang datang nak test drive.Mula-mula tu macam teringin nak test drive juga.. tapi memandangkan anak asik-asik meragam je dengan senarai menunggu tu ramai.. aku batalkan je niat.. so aku cuma datang test duduk dalam kereta sambil ambil gambar yang patut-patut je.Pandangan dari sisi.. memang menarik.. korang nampak tak ada 2 pasangan dalam kereta tu.. punya lama duduk dalam tu.. aku rasa macam dia confirm kot nak beli.. heheheDesign bahagian hadapan juga mendapat sentuhan wajah baru.. kalau sekali pandang nak jadi macam lampu Honda City pun ada.. nak jadi macam KIA Forte pun ada..Menggunakan engine 1.6L CHARGED-FUEL EFFICIENCY (CFE)Yang ni menarik.. sebab penumpang belakan…

Video Blogger Sakit Jiwa Di Tinggalkan Isteri

Imej
Salam semua,Rasanya korang patut tengok video ni.. sebagai pengajaran kepada korang semua supaya jangan duduk rumah sorang-sorang.. sebab kalau dah meracau dan sakit jiwa nilah akibatnya.. Makin pelik-pelik je perangai mamat ni.. sejak kena tinggal dengan bini.. hahahaJangan marah ye Mat Tiger.. semoga usaha anda untuk ke London berjaya… ko buat aku gelak guling-guling atas katil dengar ko nyanyi… heheheP/S : Jangan lupa vote kawan kita ye….

Shopping Ala-ala Gengster di Jualan Gudang Pureen

Imej
Salam semua,Sepatutnya cerita ni semalam lagi aku dah buat tapi ekoran sangat busy dengan beberapa jemputan kenduri dari rakan opis dengan rakan cik malarang… so nak mengadap laptop pun tak sempat.Seawal jam 8.30 pagi  aku dah gerak gi jualan gudang pureen dekat PJ tu.. walaupun jualan gudang tu di buka pada jam 10.00 tapi aku saja nak gi awal sebab tak nak bersesak-sesak bila dah lewat sampai..Seawal jam 9.00 pagi aku sampai.. orang dah ramai beratur depan pagar gudang ni… perrrggg punya semangat dia orang ni nak shopping.. korang tahu jam 9.30 baru pagar ni dibuka maknanya ada yang dah berdiri lebih satu jam.. emmm ni semua shopping punya pasal.Kali ni aku sengaja tak bawa stroller.. sebab tahun lepas aku tengok sapa-sapa yang bawa stroller memang payah nak bergerak.. so aku bawa kantung pendukung ni je.. tengok tu dari si Harraz terjaga sampai si Harraz tertidur tunggu pagar tak buka-buka.. heheheJam 9.30 pagar utama dibuka je.. semua serbu macam anak ayam di beri makan jagung.. be…

Hasil Tangkapan Di Jualan Gudang Pureen

Imej
Salam semua,

Masukkan gambar dulu.. Tak sempat nak cerita lagi pasal jualan gudang pureen semalam..



Entri penuh akan menyusul kemudian... Shopping ala-ala gengster..
posted from Bloggeroid

Volkswagen Polo Sedan Berharga RM99,888 | Tempahan Di Buka Sekarang

Imej
Salam semua,SemalamVolkswagen Group Malaysia  telah melancarkan  model termurahnya, Polo Sedan di pasaran Malaysia pada harga bawah RM99,888.Kereta dalam segmen B itu dijangka bakal menambat hati rakyat Malaysia yang menginginkan sebuah kereta Eropah pada harga berpatutan. Model itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay.Ia dilengkapi enjin 1.6 liter multipoint injection (MPI), yang mengeluarkan kuasa kuda 105PS dengan transmisi enam kelajuan automatik Tiptronic.Kereta keluarga berkenaan menghasilkan kuasa kilas 153Nm di mana pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 12.3 saat dengan pecutan puncak 183 km/j.Dari segi  aspek keselamatan, Polo Sedan dilengkapi dengan  empat beg udara, agihan tekanan brek elektronik (EBD), sistem tindak balas kemalangan pintar (ICRS) dan sistem antibrek (ABS).Model pemasangan luar negara (CBU), dari India itu, ditawarkan dalam enam warna - putih, merah, biru, perak, hitam dan Terra Beige dan telah pun berada di pasaran Rusia,…

Majlis Pelancaran Samsung SMART TV di KLCC

Imej
Salam semua,Semalam sempat menghadirkan diri di KLCC untuk Majlis pelancaran Samsung SMART TV… terima kasih kepada Nuffnang & Samsung Malaysia atas jemputan ni.. dan ni merupakan pertama kali aku menghadirkan diri untuk Event anjuran Samsung… hope lepas ni isyaallah bolehlah merajinkan diri untuk datang ke event-event semacam ni.. :-) Pada mulanya aku ingat aku dah lewat.. sebab majlis akan bermula jam 10.00 pagi.. mana tidaknya aku datang bawa kereta so tempat parking yang jadi masalah dekat aku semua dah penuh.. last-last selit jugalah dekat kawasan larangan parking.. (selamat tak kena saman).Gambar dekat atas adalah sesi pendaftaran para jemputan dari kalangan media.. so mula-mula aku register je sorang staff dekat Samsung tu dah tegur.. “U ke yang berlakon dalam iklan Samsung di Youtube tu”.. apa lagi.. aku pun malu-malu hamsterlah jadinya.. aku cuma senyum n cakap ya je.. (Video Hi-TV)Tak lama lepas aku register.. selamat ada 3 orang staff nuffnang datang juga.. so dapatlah a…

My #toshibaultrabook lebih ringan daripada …..

Imej
Salam semua,Masih ingat tak lagi entri yang pernah aku buat sebelum ni berkenaan Model terbaru keluaran Toshiba iaitu Toshiba Portege Z830 Ultrabook.. kalau tak penah baca sila baca dilink tersebut ye.Kebetulan buat masa sekarang ni pemilik blog Denaihati sedang membuat satu contest berkaitan Toshiba Portege Z830 Ultrabook ni.. dan rasa rugi pulak kalau tak join..Apa yang perlu dibuat hanya jawab soalan mudah yang diberikan.. dan ini adalah jawapan dari aku..My #toshibaultrabook lebih ringan daripadaBet Ping Pong.. kalau tak percaya saksikan video dibawah ni.. yang mana blogger sedang bertanding bermain ping pong menggunakan Bet dari Toshiba Portege Z830 Ultrabook.. jadi mesti korang dah fikirkan.. pastinya Toshiba Portege Z830 Ultrabook sangat ringan sampaikan boleh digunakan untuk bermain ping pong..Nilah pertama kali aku tengok orang main ping pong guna Ultrabook..hehe.. oklah kepada yang nak turut serta join contest ni.. sudi-sudikanlah berkunjung ke blog Denaihati.. ingat tarikh …