Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Kurang 8.97 Sapa nak Tambah

Imej
Salam semua,Hari ni adalah hari paling bosan aku rasa.. entahlah pasal apa aku pon tak tahu.. sampaikan satu peringkat.. aku dah tak tahu nak buat apa dengan internet ni.. hahaha.Last-last entri ni yang jadi mangsa..Bosan-bosan gi tengok akaun nuffnang.. kot-kot ada yang menarik dalam tu.. macam biasalah kalau bukan statistik pastinya earning yang ku nak tengok.. sekali tengok alahai kurang lagi RM8.97 lah pulak.. kalau tak mau aku dah tekan butang Cash-Out.Ingat! sapa yang dah cukup syarat cash-out tu.. apa tunggu lagi.. cepatlah tekan butang tu.. hahaha.. ini sudah ujung bulan.. kalau mau dapat gaji awal bulan 12 buatlah cash-out hari ni.. kalau lewat.. silap-silap tahun 2012 cek tu baru sampai.Macam aku ni.. nampak gaya tahun 2012 lah baru merasa duit ni.. hehehe. Takpelah kita simpanlah dulu ye.. hujung bulan 11 baru cash-out.Ada sapa nak cukupkan aku punya earning tak?.. hahaahaNota : Jangan lupa layan MasterChef malam ni.. sejak dua menjak ni aku pon dah pandai sikit2 masak dah.…

Perempuan Yang Bersama Dengan Saya Telah Mengandung Anak Luar Nikah

Salam semua,Pagi ini aku terima satu email yang sangat mengejutkan dari seorang yang tidak aku kenali.. beliau sedang menghadapi masalah peribadi yang mana beliau meminta pandangan dan jawapan yang bernas bagi membatu beliau menyelesaikan masalah tersebut.Aku bukanlah seorang yang pakar untuk menjawab persoalan beliau.. so aku nak kongsikan kiriman email tersebut untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.Kandungan email pengirim :salam.. saya ingin bertanya pada pihak yang boleh memberi jawapan yang sebernasnya..
saya ada masalah peribadi, dimana, saya masih belum berkahwin dan bertunang,, dan skrng ini saya masih lagi belajar d pahang...
tapi bkn itu yang hndak d perkatakan, tapi masalhnya skrng ini, perempuan yang bersama dngan saya telah mengandung anak luar nikah,, apakah tindakan yg saya perlu lakukan??..
bila bertanya pada perempuan F(yg bernama)dia katakn x nk pada anak itu,, dn cuba mngambil keputusan tok mengugurkannya..
apakah yg perlu …

1200

Imej
Salam semua,Rasanya time aku buat entri ni pastinya ramai lagi yang masih peluk bantal.. termasukkan cik malarang aku.. hehehe. Mana tidaknya ramai yang malam tadi balik lewat gara-gara gi tengok bolah dekat stadium.. Skuad Negeri Sembilan pastinya meraikan kejayaan sampai pagi.. tapi skuad Terengganu terpaksa membiarkan penyu-penyunya menangis.Adat permainan pasti ada yang menang dan kalah.. tapi dalam meraikan kemenangan tu ada pulak insiden yang kurang enak didengar iaitu penyokong Negeri 9 di belasah bakar bendera Terengganu. (korang nak tahu lanjut baca link entri tu)Kredit : ar-rifkeOk lupakan sekejab pasal bola tu.. korang perasan tak dengan tajuk entri aku tu.. rasanya nilah kali pertama aku guna tajuk entri guna nombor 1200… kira ni macam dah takda idea nak bubuh tajuk je.Biasanya sebelum aku buat satu-satu tajuk dalam entri aku.. aku akan buat searching dulu dalam google tajuk tu.. so korang tahu apa yang aku dapat lepas search no 1200 tu..Sebenarnya ada 194,000,000 carian d…

Keputusan Final Piala Malaysia 2011 Antara Terengganu VS Negeri Sembilan

Imej
Salam semua,* UPDATE TERKININEGERI SEMBILAN (2) – TERENGGANU (1)JUARA PIALA MALAYSIA 2011 – NEGERI SEMBILANPastinya ramai malam ni yang duduk di rumah dah tak kurangnya juga datang berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan Final Piala Malaysia 2011 antara Terengganu menentang Negeri Sembilan.Perlawanan secara langsung akan bermula pada 8.45 malam di Astro Arena 801, dan buat masa sekarang ni aku tengah menonton perlawanan di rumah bersama orang umah aku.. hehehe.Apa kata korang layan dulu beberapa keping gambar yang sempat aku ambil tadi.Gambar diatas menunjukkan ribuan penyokong Terengganu & Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.Rekod Perlawanan antara Terengganu VS N. Sembilan Sejak 2004Rekod Pertemuan Terengganu VS N. Sembilan sepanjang tahun 2011SIAPAKAH YANG AKAN MENJUARAI FINAL PIALA MALAYSIA 2011 INI?

Pertama Kali Mengajar Bengkel Bina Blog

Imej
Salam semua,Hari isnin yang lepas merupakan pengalaman kali pertama aku mengajar ahli-ahli Benita di opis aku.Kebetulan dekat department aku ni, akulah salah sorang yang paling aktif berblog sebenarnya.. hehehe.. so kebetulan dah kantoi yang aku ni kaki blogging jadi salah sorang ahli benita ni tanya akulah.. sanggup tak nak mengajar ahli-ahli persatuan dia orang untuk bengkel asas bina blog.. so aku dengan nada serba salah tu cakaplah “insyaallah boleh, kalau nak ajar yang basic-basic tu boleh je”.Di sebabkan aku dah terima pelawaan tu so hari isnin yang lepas aku kenalah mengajar ahli-ahli Benita ni.. kalau tak silap aku ada 17 orang kot semuanya.. kira yang masuk bengkel ni.. memang semua zero pasal blog ni.Kebanyakkan dia orang ni suka baca blog.. tapi nak buat blog sendiri tu tak berapa mahir lagi.. so dengan sedikit ilmu yang ada didada ni aku turunkanlah dekat anak-anak murid aku isnin lepas.Suasana sekitar bengkel asa bina blog ni.. semua peserta adalah wanita & suri rumah…

Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Imej
Salam semua, Sebagai seorang suami & bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi.. semestinya sedikit sebanyak aku perlu mempelajari panduan untuk menyambut kelahiran bayi menurut islam. Kredit foto : www.google.com Di bawah ni ada sedikit penerangan bagaimana adab untuk menyambut kelahiran bayi yang aku ambil dari Wikipedia. Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal. Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki. Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.
Langkah menyambut anak yang baru dilahirkanSesudah sahaja anak yan…

Apa itu Demam Denggi? | Jom Ganyang Aedes!

Imej
Salam semua,Apa itu Demam Denggi?Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.Bagaimanakah penyakit ini merebak?Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.Pemindahan penyakit:Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).Nyamuk betina yang dijangkit…

Tazkirah Jumaat | Empat Kunci Kebahagiaan

Imej
Salam semua,Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan kepada korang semua yang sering berkunjung disini satu hadis yang boleh menjadi panduan kita bersama. kredit google.comHadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu HibbanHuraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat s…

Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 2

Imej
Salam semua,Ada sedikit kelapagan ni aku nak sambungan balik entri Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1yang aku tulis 2 hari yang lalu.Sampai mana ye aku tulis ari tu..oh ok dah ingat balik dah.. sampai yang kami satu family ni gi jalan-jalan shopping dekat area Air Hitam.Sepanjang dekat Air Hitam tu Kami tak beli apa-apa pon cuma survey je.. Masa ontheway balik ke KL baru kita orang singgah beli 2 pasu untuk ibu mertua aku.. almaklum jelah bawa kereta kecik ni tak boleh nak isi banyak barang.. ingat ada rezeki lebih kena beli kereta lagi panjang sikit kot.. hehehe.Perjalan di teruskan ke rumah mak ayah aku di Benut.. sampai-sampai je ayah aku dah tunggu kedatangan kita orang.Sampai-sampai je terus menjamu makanan ringan-ringan dulu sebelum kami sekeluarga makan tengahari bersama.. saat-saat nak kumpul macam ni memang susah.. tak tahulah bila lagi mak aku akan berjumpa dengan ibu mertua aku lagi lepas ni.Yang baring tu mak aku.. mak aku sebenarnya dah lama sakit lumpuh separuh bad…

Mom’s Care | Baby Carnival Sale Is Back

Imej
Salam semua,Dua tiga bulan kebelakangan ni banyak sungguh carnival jualan barang-barang baby ni.. macam dia tahu-tahu je kami berdua nak dapat baby baru.. hehehe.Yang terbaru tadi cik malarang ada tag dekat facebook adalah Baby Carnival Sale dari Mom’s Care. Karnival ni akan bermula pada 28 Oktober sehingga 7 November 2011 di IPC Shopping Center (IKANO).Nampak gayanya kena gi lagi ni.. kebetulan ada lagi barang-barang yang rasanya cik malarang nak beli kot.. hehehe.Jangan lepaskan peluang keemasan ni.. jom sama-sama kita terjah karnival ni nanti.. rasanya kalau korang nak jimat beli barang-barang baby ni time nilah korang shopping betul2. hehehe.Insyaallah bulan November ni rezeki ada murah sikit hasil dari blogging so bolehlah nanti shopping barang-barang baby lagi.. Doa-doa semoga kami semua terus sihat & dimurahkan rezeki.

My Happiest Moment

Imej
Salam semua,Setiap orang pasti ada kenangan dan saat-saat bergembira.. tak kurangnya juga dengan aku.. walaupun kekadang ada masanya kita bersedih.. tapi pasti ada masa & ketikanya kita akan bergembira.Kegembiraan aku kali ini aku abadikan dalam 2 keping gambar dibawah ni.. dan akan aku jadikannya sebagai kenangan sampai bila-bila.Suami mana yang tak gembira bila si isteri memberikan khabar berita gembira yang selama ini sememangnya dinanti-nantikan.. Syukur Alhamdulilah berkat usaha dah kesabar kami selama ini akhirnya wife aku telah disahkan berbadan dua dan kini usia kandungannya telah masuk 8 bulan atau 32 minggu.Siapa sangka dalam masa lebih kurang sebulan lebih lagi aku bakal bergelar seorang ayah dan akan memiliki zuriat sendiri yang akan menjadi warisku nanti.. insyaallahTak sabar rasanya nak mendengar panggilan “ayah/dady ” ditelinga ni.Di kala sedih isterilah menjadi peneman kesedihan, dikala bergembira isterilah juga yang sentiasa berada disisi.. semoga mahligai yang ka…

Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1

Imej
Salam semua,Cuba korang baca tajuk entri dekat atas tu korang faham ke apa yang aku maksudkan tu.. kalau tak faham mai aku terangkan ye.. “Bercuti Balik Kg Bersama Mertua” ni maksudnya aku balik kampung aku dekat johor bawa sekali ibu & ayah mertua aku.. jelaskan.. tak jelas lagi.. takpelah.Sebenarnya sejak aku kawin tahun 2009 tu baru sekali je mertua aku sampai kg. aku, itu pon masa majlis kawin aku masa dekat johor. lepas tu mertua aku memang langsung tak pernah jumpa lagi dengan mak & ayah aku ni.. so setelah sekian lama dia orang ni tak jumpa akhirnya hari sabtu lepas mereka semua dapatlah berjumpa semula setelah hampir dua tahun tak bertentang mata.. hehehe.. dah macam jejak kasihlah pulak ye..Tapi sebelum sampai dirumah aku tu sempat kami bermalam di rumah mak su cik malarang yang duduk di Parit Raja Batu Pahat.. rupa-rupanya selama ni ada juga saudara cik malarang duduk dekat Johor ni.Yang berbaju merah tu suami isteri… tulah dia maksu & paksu cik malarang.. terima…

Bengkel Myvi | Tukar Absober Belakang

Imej
Salam semua,Setelah 4 hari sunyi dari sebarang entri, hari ni baru dapat luangkan sedikit masa menulis cerita minggu lepas.Hujung minggu lepas aku bercuti sebab balik ke kampung di Johor, Sebenarnya kali ni aku balik ke kampung bukan bertiga tapi berenam, sebab aku bawa sekali mertua untuk jumpa family aku di kampung. Macam biasalah sebelum balik kampung tu mesti nak pastikan kenderaan ni semua dalam keadaan baik.Kereta aku ni sebenarnya ada masalah pada bahagian absober belakang yang mana dah mula leaking.. ni kata-kata mamat dekat bengkel perodua masa aku gi service hari tulah.Disebabkan dekat Perodua tu harga untuk tukar 2 batang absober belakang tu agak mahal so aku surveylah harga dekat luar. Servey punya servey last-last dapat satu kedai dekat area umah aku tu yang boleh bagi harga murah.Jadi sebelum nak gerak balik kampung Jumaat tu pagi-pagi aku dah gi tunggu depan bengkel tu untuk tukar 2 batang absober lama aku tu.Korang sedia maklum jelahlah kereta aku ni berjiwa muda.. hah…