Bengkel Myvi | Tukar Absober Belakang

 

Salam semua,

Setelah 4 hari sunyi dari sebarang entri, hari ni baru dapat luangkan sedikit masa menulis cerita minggu lepas.

Hujung minggu lepas aku bercuti sebab balik ke kampung di Johor, Sebenarnya kali ni aku balik ke kampung bukan bertiga tapi berenam, sebab aku bawa sekali mertua untuk jumpa family aku di kampung. Macam biasalah sebelum balik kampung tu mesti nak pastikan kenderaan ni semua dalam keadaan baik.

Kereta aku ni sebenarnya ada masalah pada bahagian absober belakang yang mana dah mula leaking.. ni kata-kata mamat dekat bengkel perodua masa aku gi service hari tulah.

Disebabkan dekat Perodua tu harga untuk tukar 2 batang absober belakang tu agak mahal so aku surveylah harga dekat luar. Servey punya servey last-last dapat satu kedai dekat area umah aku tu yang boleh bagi harga murah.

Jadi sebelum nak gerak balik kampung Jumaat tu pagi-pagi aku dah gi tunggu depan bengkel tu untuk tukar 2 batang absober lama aku tu.

tukar absober Myvi 1

Korang sedia maklum jelahlah kereta aku ni berjiwa muda.. hahaha.. so bila berjiwa muda mesti kereta ni aku dah rendahkan.. penyudahnya masa nak jeck kereta ni naik atas tersangkut dekat skirting kiri & kanan, jadi tak boleh nak jeck terus naik atas.

 tukar absober Myvi 2

Last-last terpaksa jeck dari belakang pulak.. korang tengok tu kena jack dengan cara lain pulak.. apa pon yang penting janji boleh jack naik.

 tukar absober Myvi 3

Nampaknya kedua-dua belah tayar belakang dah dikeluarkan sekarang proses untuk remove absober lama.

 tukar absober Myvi 4 tukar absober Myvi 5

2 batang absober lama aku berjaya dikeluarkan.. absober yang panjang sebelah kiri tu pon dah mula nak rosak kata pomen bengkel tu.. yang sebelah kanan yang pendek tu memang langsung dah rosak.. langsung dah takda tindak balas bila aku cuba tekan kedalam absober tu.

Memang patutlah selama ni aku tengok kereta aku senget sebelah.. rupanya absober dah rosak.

tukar absober Myvi 6

Ni dia 2 batang absober baru ORIGINAL dari perodua.. asal dekat perodua lagi mahal ye?  Bengkel tempat aku buat ni hanya jual dekat aku RM65 sebatang sahaja.

tukar absober Myvi 7

Genuine Part “Absober Shock Rear”, siap ada tarikh dikilang lagi..

 tukar absober Myvi 8

Kali ni aku bukan setakat tukar absober je, tapi aku siap tambah lagi dekat spring sport aku alat yang dipanggil “Power Cushion Buffer”. Barang ni macam getah.. so akan diletakkan ditengah-tengah sping untuk mengurangkan henjutan ketika ramai penumpang duduk dibahagian belakang.

Sesuai dipasang pada spring kereta yang dah mula lembut.. so dapat keraskan sikit spring tu supaya bila banyak beban dibahagian belakang fender tidak akan bergesel dengan tayar.

Harga untuk 2 keping getah tu RM90.00 sahaja. Tempoh ketahanan.. kata pomen tu anak gajah naik pon takpe.. hehehe

tukar absober Myvi 10

Ni dia pomen tu tengah pasang getah “Power Cushion Buffer” yang warna merah.. Part pasang getah ni yang leceh sikit.. tengok macam susah je nak pasang.. tapi last-last berjaya juga.

tukar absober Myvi 11

Nampak tak getah warna merah tu.. tulah dia “Power Cushion Buffer” yang aku maksudkan tu.. yang hitam berkilat dekat belakang tu absober baru.. siap pomen tu buat lawak lagi masa aku nak ambil gambar ni.. dia kata “ok2 sekejab ye saya ketepi.. u mau ambil gambar kasi bubuh facebook ye..” hahaha aku senyum je.

 tukar absober Myvi 12

Akhirnya absober baru dah siap dipasang bersama-sama “Power Cushion Buffer”, kalau masukkan jari dekat tengah-tengah fender tu rasanya 3 jari boleh masuk kot.

tukar absober Myvi

Alhamdulillah setelah semua kerja-kerja dekat bengkel tu siap.. kami sekeluarga pon terus bergerak untuk balik ke kampung aku di Johor.. dan sepanjang perjalanan balik tu.. performance absober baru dengan gabungan “Power Cushion Buffer” memang puas hati.. tiada lagi masalah fender bergesel dengan tayar walaupun 3 penumpang duduk dibahagian belakang.

Oklah setakat ini dulu aku ceritakan pasal bengkel Myvi aku ni ye.. nantikan cerita-cerita selanjutkan selepas ni masa aku dekat kg.. banyak benda nak cerita ni.. tapi aku nak gi rehat dulu ye.. Wasalam.

Ulasan

  1. wah memang berjiwa muda la pemilik kereta nie hehe...

    BalasPadam
  2. apasal harga lain2. aduyai

    BalasPadam
  3. hurmmm....confirm apek pomen tu pun ade facebook

    BalasPadam
  4. @far_east : hehehe.. memang masih muda apa.. angka je umur dah tua.. hehehe

    @Cikguden : tulah pasalnya bos.. kalau dekat perodua dia cakap 100 lebih sebatang je.. tu yg buat sendiri je

    @Hazman : hahaha.. tulah pasalnya bro.. siap tanya facebook tu.. hehehe

    @Athirah : kereta biasa2 je..

    BalasPadam
  5. bro, nk tnya la...sy owner myvi...skang dlm proses nk modi keta ckit2...tp xnak lebih2 la..just nak tukar sportrim ngan lowered kan keta jer..

    utk lowered kan keta, spring apa yg sesuai...sama ada gab, tein, apm, s racing, etc...

    & dari segi harga pulak mcm mana?

    thanx:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok kondisi berapa ramai yang akan naik dekat kereta tu.. kalau ramai sesuai pakai yng keras sikit.. Cari yang spring tak terlalu lembut.. & lowwed sebab nanti akan rosakkan fender dengan tayar..

      Saya pakai spring Eibach.. so far duduk 3 orang belakang pun ok... tapi sekarang mungkin spring dah mula lembut.. so saya tambah buffer untuk tahan supaya tak tersagat..

      Padam
  6. assalamualaikum, nk tya bro.. kedai kat johor area mane?

    BalasPadam
  7. Power Cushion Buffer kt tmpt area sy rm19 je bnda yg sama mcm saudara pakai =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke.. kira aku kena ketuklah ni dengan apek ni.. huhu

      Padam
  8. Power Cushion Buffer aku plak baru beli.. Harga 10.00 Jenis sama , kotak pun sama.. Pasang sendiri jer

    BalasPadam
  9. As salam, boleh beri nama bengkel ngan alamat dia? :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak