Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Salam semua,
Sebagai seorang suami & bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi.. semestinya sedikit sebanyak aku perlu mempelajari panduan untuk menyambut kelahiran bayi menurut islam.
Panduan sambut kelahiran 
Kredit foto : www.google.com
Di bawah ni ada sedikit penerangan bagaimana adab untuk menyambut kelahiran bayi yang aku ambil dari Wikipedia.
Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya.
Namun begitu tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.
Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.
Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan

  • Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat.Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah dibawah tanggungjawab jururawat,bidan,bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.
  • Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak. Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah, hamper, bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.
  • Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja. Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
  • Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar) (selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.
  • Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik. Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.
  • Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir. Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik) dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.
  • Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat). Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki. Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah). Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah. Para saintis moden telah menggalakkan khatan kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.

Ulasan

  1. bro, hampir stahun lepas aku sambut anak aku,, masih terngiang2 ketika aku laungkan azan di telinga anakku walupun dalam inkubator..

    syahdu sangat masa tu.. terasa kebesaran ALlah..

    BalasPadam
  2. @kid : aduh syahdunya.. tak bro syukur anak hang dah sihat sekarang.. dulu masuk inkubator tu sebab tak cukup bulan ke bro? doalah semoga baby aku semuanya selamat dengan ibunya.. takut juga ni..

    BalasPadam
  3. bro, anak aku lahir lebih kurang awal tiga minggu.. masa checkup lepas pecah ketuban, check nadi slow. rupanya talipusat dia terbelit kat leher.. jadi pernafasan slow. kitorang buat keputusan untuk operate.. walaupun hosp swasta..

    BalasPadam
  4. @Kid : oh ye ke kid.. kes budak terbelit tali pusat dalam perut memang banyak bro.. tu yg takut.. sebab tu kekadang orang tua2 pesan.. kalau ada isteri tengah mengandung jangan belit kain atau tuala dekat leher kita .. lagi2 time nak g mandi.. kan selalu kita belit tuala dekat leher.. tu orang tua2 katalah.. kekadang itu mungkin satu kebetulan je.. apa pon semua yang berlaku dah ditentukan oleh Tuhan. betul tak?

    BalasPadam
  5. Semoga baby n ibu dia selamt. Mesti excited nak dpt baby

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak