Perempuan Yang Bersama Dengan Saya Telah Mengandung Anak Luar Nikah

 

Salam semua,

Pagi ini aku terima satu email yang sangat mengejutkan dari seorang yang tidak aku kenali.. beliau sedang menghadapi masalah peribadi yang mana beliau meminta pandangan dan jawapan yang bernas bagi membatu beliau menyelesaikan masalah tersebut.

Aku bukanlah seorang yang pakar untuk menjawab persoalan beliau.. so aku nak kongsikan kiriman email tersebut untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Kandungan email pengirim :

salam.. saya ingin bertanya pada pihak yang boleh memberi jawapan yang sebernasnya..
saya ada masalah peribadi, dimana, saya masih belum berkahwin dan bertunang,, dan skrng ini saya masih lagi belajar d pahang...
tapi bkn itu yang hndak d perkatakan, tapi masalhnya skrng ini, perempuan yang bersama dngan saya telah mengandung anak luar nikah,, apakah tindakan yg saya perlu lakukan??..
bila bertanya pada perempuan F(yg bernama)dia katakn x nk pada anak itu,, dn cuba mngambil keputusan tok mengugurkannya..
apakah yg perlu saya lakukan??
apakah tindakan saya yg seterusnya?
adakah saya ada jalan kembali ke jalan yg sbnar...
kehidupan saya diberlenggu dgn dosa..

Apa pandangan anda tentang masalah ini.. sekiranya ada cadangan yang bernas sila kongsikan bersama bagi membantu sahabat kita yang dalam kebingungan ini.

Ulasan

  1. perempuan tue mengandung anak lelaki tue ker? kalau betul itu anak mereka, saranannya kahwin sahaja lah dan jangan sesekali menambahkan dosa lagi dengan menggugurkan anak itu.

    BalasPadam
  2. Salam..agak payah jgk tu..huhu...niway,suda follow ur belog bro..hehe..salam knal ye...ni link sy.. Http://tatyhasbi.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Berat kes ni bro, Rasa-rasanya elok rujuk Pusat Kaunseling Jabatan Agama Islam. Kalau tak betul caranya, anak yang tak berdosa menjadi mangsa..

    Perlu diingat setiap masalah ada penyelesaian, jangan sesekali putus asa..pergilah kepada mereka yang lebih memahami..

    BalasPadam
  4. kalau aku aku suruh depa pi pejabat agama je

    BalasPadam
  5. keputusan untuk mengugurkannya...haram n perlu bertaubat. rujuklah ustaz2.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas pandangan semua.. saya akan minta dia rujuk komen2 disini agar dia dapat buat keputusan terbaik.. supaya tidak membuat penguguran HARAM tu.

    BalasPadam
  7. dah buat salah..tanggung ler, jangan la buat bende tak elok (gugur kandungan) .... taubat la byk²

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak