Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Pepagi Dah Touching Tengok Video Ni..

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Orang lain dah 2 hari masuk keje.. aku pulak baru pagi ni masuk punch card.. cuti sebulan pun sekarang macam rasa cuti 2 hari je.. masa begitu pantas berlalu.. aku sebenarnya baru je balik dari bercuti dari kampung semalam.. dapatlah luangkan masa 5 hari dengan family aku dekat kampung.. kalau tak selalunya balik 2 hari je..Alhamdulillah sempat juga aku tolong uruskan mak aku beberapa hari yang lumpuh dekat kampung, hantar atuk aku yang strok dekat klinik untuk buat medical checkup.. sebenarnya kerja-kerja tu dah lama aku tinggalkan sejak aku kerja dekat KL ni.. Selagi aku masih bernyawa insyallah itu memang tugas yang aku akan buat dan dah jadi kewajipan aku sebagai seorang anak.. cuma sekarang ni.. semua kerja-kerja mengurus mak aku dibuat oleh adik aku..Pagi ni pulak masuk opis je.. cik isteri ada hantar satu video yang sangat menyentuh perasaan.. so aku rasa aku nak sharelah dekat korang semua.. yang dah tengok takpelah.. boleh layan sek…

Harraz Naik Super Bike

Imej
Balik kampung kali ni punyalah seronok harraz sebab banyak orang melayan dia... Ngada-ngada pun lebih juga... Asik nak kena dukung je... Kebetulan pulak tu sepupu dia ada beli motor super bike dia pun nak naik juga... Dah tu nak kena tolak je pulak tu... Kalau berenti mulalah merengek-rengek.. He3 Mama dia dah sound katanya balik KL nanti kena belikan ni.. Aku senyum je... He2.. Insyaallah ada rezeki lebih daddy belikan super bike untuk harraz ye.. Published with Blogger-droid v2.0.6

Harraz Akan Beraya Di Johor pulak

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Rasanya hari ini semua orang dalam mood dah nak balik bercuti raya untuk Hari Raya Korban.. dekat opis aku sendiri dah mula ada yang ambil cuti awal balik kampung.. Macam aku insyaallah esok tengahari lepas selesai urusan baru akan bergerak terus balik ke kampung di Johor.. Harraz dah tak sabar nak balik kampung ni.. dah rindu dengan fuang” (istilah panggilan orang Bugis untuk atuk & nenek) dia dekat kampung.Ni kira first time Harraz nak berhari raya dekat kampung aku di Johor.. Masa tahun lepas Harraz masih dalam perut mama dia so tak sempat nak kutip duit raya… Kali ni nak balik kampung kutip duit raya katanya.. (ada ke orang bagi duit raya hari raya korban ni?).. hehehe“Saya dah ada gigilah.. nak balik rumah fuang nak makan burasak..”Semoga perjalanan kami sekeluarga untuk pulang ke kampung dipermudahkan dan diberi keselamatan di sepanjang perjalanan… aminKepada yang pulang pada hari ini dan esok berhati-hatilah ye dijalan raya.. ing…

Berjinak-Jinak Dengan Unit Trust Public Mutual

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Aku bukan orang yang selayaknya untuk bercerita pasal Unit Trust / Unit Amanah ni.. sebab aku pun baru nak belajar dan berjinak-jinak dengan pelaburan Unit Trust ni.Aku memang ada sedikit pelaburan di dalam Public Mutual sejak Januari 2008.. kalau dikirakan dengan jari dah lebih 4 tahun aku tanam duit aku dalam Unit Amanah tu dengan duit poket sendiri.. takdalah banyak mana macam blogger ni.. masa tu hanya berniat  ingin mencuba apa kelebihan melabur dalam Unit Trust ni..Ternyata dalam tempoh 4 tahun pelaburan, orang lain yang melabur boleh melemparkan senyuman dengan kadar keuntungan mungkin lebih dari 20.0% setahun.. tapi aku… hanya mengalami kerugian sahaja setiap tahun.. Kenapa ini berlaku?Pertama mungkin aku sendiri yang silap memilih Dana yang kurang sesuai untuk aku laburkan duit aku dalam tu.. kedua mungkin juga orang yang aku lantik menguruskan Dana aku tu dah lama berenti dari menjadi agen Unit Trust ni.. so apa yang jadi dekat aka…

Calon CEO Muda Tahun 2040

Imej
Alhamdulillah Harraz dah pulih dari demam.. Lepas baik je, aktifnya bukan main lagi.. Kerjanya turun naik sofa je... Duduk pun bukan main lagi... Macam gaya-gaya CEO je.. Mudah-mudahan bila besar nanti jadi seorang yang warak & bijaksana ye anakkuPublished with Blogger-droid v2.0.6

Bergilir-gilir Cuti Jaga Anak

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera,Semoga dihari yang mulia ni, anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.. masih mampu senyum dan ceria sentiasa.Pengorbanan sangat penting bila dah berumahtangga ni.. kalau selalu pentingkan diri sendiri memang kelam kabutlah jadinya. Apa yang penting perlu ada tolak ansur antara suami & isteri.Seperti yang korang semua tahu semalam aku terpaksa ambil offday demi menjaga anak yang tercinta dek gara-gara kena demam panas yang berlanjutan.kredit photo dari facebook cik isteriHari ni giliran cik isteri pulak yang terpaksa korbankan cuti beliau yang tinggal beberapa kerat lagi sebelum menjelangnya tahun baru.. minggu ni sahaja cik isteri dah korbankan 2 hari cutinya.. thank you sayang sebab sentiasa bertolak ansur dengan abang.. Love u forever.Nampak gaya hujung minggu ni memang aku takkan kemana-mana selagi Harraz tak kebah dari demam.. duduk umah jelah jawabnya.. semoga si anak kecil yang belum mengerti ini cepat sembuh dari demamnya.. suny…

Harraz Demam Panas Merisaukan Aku

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Bila anak demam je mesti kami sekeluarga pasti akan risau.. lagi-lagi bab demam panas ni.. sebab kalau lambat bertindak.. macam-macam boleh jadi dekat budak yang bawah umur 2 tahun ni.Nak dikatakan juga hampir setiap bulan si Harraz mesti akan demam sekali.. macam bulan ni.. demam lagi dari semalam..Semalam pengasuh Harraz mesej cik malarang.. dia cakap Harraz kena demam panas dia dah masukkan ubat dekat dubur harraz.. pengasuh ni risau.. so dia suruh aku ambil harraz awal sikit..Habis je keje semalam terus aku  ambil anak aku dah tu terus bawa dia gi klinik panel.. bila doktor check tak pulak demam.. suhu 36 darjah celcius je.. siap aku kena sound dengan doktor dia kata selagi budak suhu badan tak sampai 38.5 darjah celcius keatas jangan bagi ubat demam yang masuk dekat dubur tu.. dalam hati aku macam mana aku nak cakap dengan pengasuh tu.. nanti dia kecil hati lagi macam hari tu susah aku..Habis je check-check doktor dah standby bagi ubat …

Panduan dan Jadual Puasa Sunat 2012 hingga 2013

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Setiap perkara yang baik harus di kongsi bersama, sama seperti jika ada ilmu didada apa salahnya disebarkan kepada orang lain.. bukan bila ada ilmu yang hebat hanya digunakan sendiri tanpa disebarkan kepada orang lain..“Janganlah kedekut ajarkan ilmu yang bermanfat kepada orang lain”Kebetulan pagi ni aku dapat email dari cik isteri tentang checklist PUASA SUNAT untuk tahun 2012 – 2013.. jadi aku nak share kepada korang semua, bagi yang dah tahu boleh disebarkan pada yang lain… bagi yang baru tahu boleh dijadikan panduan untuk menambah amalan-amalan sunat kita.* Apa itu hari Tasyrik… rujuk sini* Maksud Puasa hari putih… rujuk siniSemoga dengan sedikit perkongsian ni dapat membantu anda semua untuk mengamalkan ibadah puasa sunat ni.. 26 Okteober 2012 telah ditetapkan untuk umat islam menyambut hari raya korban.. rasa-rasanya tahun ni anda semua nak berkorban apa ye?

Susah Ke Nak Kawal Anak Yang Lasak

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Harraz jangan panjat!!.... Harraz mai sini!... Harraz nanti jatuh!...
Macam tulah hari-hari aku dengan isteri dok terjerit-jerit panggil anak aku.. Time dia tidur rindu pulak nak main-main dengan dia... time dia jaga tak larat nak berkejar dengan dia pulak.. He3
Memang pening kepala nak layan gelagat anak yang lasak ni... Tapi kekadang geli hati juga melayan telatah anak ni.


Suka dia bila berjaya panjat... Sekarang ni hobi baru dia bila ada barang dekat tangan mesti semua nak buang.. Kalau duduk dekat katil, bantal busuk suka dia buang dekat bawah... Dah tu nangis nak bantal busuk tu semula.. Bila dah bagi dia buang lagi... He3.. Macam tulah ulang-ulang..


Dari satu sofa dia panjat ke satu sofa yang lain.. Dekat bawah sofa dah ready siap-siap bantal... Sebab takut dia jatuh pulak..


Yang ni pulak asik nak ke dapur timbang diri sendiri... Hehe.. Habis semua penimbang di jilatnya... Rasanya semua budak yang tengah nak membesar memang ligat macam…

Stok Susu EBM Harraz Terpaksa Dibuang

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Berat mata aku memandang berat lagi bahu orang yang perah susu hari-hari memikulnya.. Sedih tapi terpaksa.. Macam tulah yang berlaku dekat stok susu EBM Harraz yang terpaksa dibuang hampir 80 oZ.. Dibuang dek kerana stok susu tu telah expired dari tarikh sepatutnya..

Menurut cik isteri.. Stok susu yang disimpan didalam freezer dua pintu boleh bertahan 3 bulan sahaja dibandingkan dengan deep freezer yang boleh tahan 6 bulan hingga setahun. 
Sebenarnya memang dah lama stok susu tu expired tapi.. Cik isteri mungkin rasa berat nak buang masa tu.. Tu yang dia simpan je dalam freezer.. Tapi minggu lepas aku perhati je dia buang satu bersatu stok susu yg expired tu dalam singki.. 
Aku memahami perasaan sedih tu.. Bukan senang nak keluarkan air susu... Kena ada kesabaran.. Kekadang 20 minit pump pun belum tentu leh dpt 5 oZ... Sakit dengan pedihnya tu jangan cakaplah.. Itu yg cik isteri cakap dengan aku... Hehe. 
Apapun masih bersyukur sebab Harraz …

Samurai Burger Single Dan Double Terbaik!

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Setelah hampir 2 minggu mengidam untuk menjamah sekali lagi Samurai Burger dari McDonald, malam ni sambil menonton perlawan separuh akhir Piala Malaysia Kelantan Vs Selangor tertunai hasrat dihati nak makan Samurai Burger.“TAHNIAH KELANTAN BERJAYA KE FINAL PIALA MALAYSIA”Hari ni memang terlewat aku sampai dekat rumah, ambil anak pun dah hampir jam 8.00 malam gara-gara jalan yang jem teruk di semua kawasan sekitar Petaling Jaya.. lepas je ambil Harraz terus gi solat dulu.. dah tu terus cakap dengan cik malarangJom pekena Samurai Burger”.. apalagi si dia pun dah berhari-hari asik sebut teringin dengan samurai tu.. terus je aku gerakkan kereta menuju ke McDonald dekat area umah aku tu.Dalam kepala dah terus set malam ni aku nak rasa yang Samurai Double pulak.. heheheOrder…. bayar…. dan tunggu…. paling best McDonald dekat umah aku ni.. 24 jam.. bila-bila nak makan burger pun boleh.Tudia… nilah menu kami malam ni…. 1 set large Single Samurai Burg…

Selamat Datang Samsung Galaxy Note 2

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Samsung Galaxy Note 2 secara rasminya dilancarkan malam ini di Zebra Square KL. Pastinya ramai pengguna smartphone jenama samsung ni ternanti-nanti untuk melihat sendiri dan merasai secara real Samsung Galaxy Note 2 yang dikatakan lebih hebat dari Samsung Galaxy S3 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu.Sumber foto : Facebook Samsung MalaysiaTak sabar rasanya nak tengok dengan mata sendiri perbezaan Samsung Galaxy Note dengan Samsung Galaxy Note 2.. Genap setahun aku pakai Samsung Galaxy Note ni.. rasanya-rasanya kalau upgrade ke Samsung Galaxy Note 2 ok jugakan.. hehehe.Oklah nak sembang banyak pun aku tak nampak lagi Samsung Galaxy Note 2 ni.. kalau korang nak tahu serba sedikit boleh baca di blog Amanz.. sebab rasanya beliau ada dekat pelancaran Samsung Galaxy Note 2 sekarang ni.Kalau dapat buat review Samsung Galaxy Note 2 ni best juga.. rasa-rasanya samsung nak bagi aku tak buat review macam blogger  Duta Samsung ni.. hehehe.Ada sapa…

Siapa lagi Berat Perempuan Atau Tong Gas

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Bila aku fikir-fikir balik betul juga apa yang gambar dekat bawah ni ceritakan.. tapi kenapa ye.. adakah semua kerana CINTA?Cinta punya pasal semua indah.. kentut yang busuk pun dikatanya wangi… lautan api sanggup ku renangi.. cubalah berenang dekat lautan api kalau betul.. ada berani.. hehehe.Cinta sebelum kawin dengan selepas kawin sangat berbeza.. mana yang indah, sebelum atau selepas kawin?Apa kata korang?

Syok Beraksi Atas Tilam Angin

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Minggu yang agak sibuk membuatkan nak update blog pun asik tertunda je.. Minggu ni aku tak masuk opis lagi sebab sebuk dengan projek baru dekat cyberjaya.. so nak tengok internet pun memang tak sempat.. balik rumah je layan anak bini dulu.. gusti-gusti dengan anak sampai anak nangis dah tu terus tidur.. hehehe.Bila otak dah penat sangat memang mood nak online pun malas je.. malam ni gagahkan diri update juga sikit-sikit entri mengarut aku ni.. :-)Sebelum tu ni bukan iklan nak jual barang ye.. just nak sembang pasal cerita hujung minggu time aku bawa anak bini gi window shopping dekat Tesco Mutiara Damansara.. kebetulan tesco dekat situ baru di renovate dan telah berwajah baru.. maka terujalah cik malarang nak pegi tengok apa yang menarik..Pada asalnya nak gi beli makanan untuk Harraz je.. tetapi entah tetiba  cik malarang terpandang dengan satu barang yang disusun dirack secara teratur.. terus dia panggil aku kata “abg, sayang nak beli yang ni…

Biskut Coklat Comot

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Sedap tak biskut tu?senyum dia dah kenyang ni..Habis comot semua muka lepas makan biskut Heinz

Anak Aku Termakan Tikus

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sapa yang geli dengan tikus.. angkat tangan cepat… korang tengok dekat bawah ni.. selamba je Harraz gigit tikus dekat bawah ni.. hehehe Harraz tengah gigit tikus putih..Lapar ye.. sat lagi daddy bagi makan spageti ye..Makin besar macam-macam gelagat anak ni.. lagi 2 hari cukup 10 bulan usia si harraz ni.. gigi atas bawah dah tumbuh.. sapa nak kena gigit hulur jari dekat sini.. hehehe

BE Pertama Di Bulan Oktober

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Alhamdulillah rezeki anak bini, samada aku yang lambat perasan atau baru perasan tak tahulah.. sebab semalam masa aku check akaun nuffnang ni.. memang dah dekat sebulan takda Buffered Earning baru.. tapi tadi tengok ada pulak BE baru melekat untuk bulan oktober ni.. kalau tengok tarikh tu dah 2 hari dah BE tu menari-nari dekat blog ni..Terima kasih kepada pengiklan sebab masih sudi tampalkan iklan di blog cap ikan masin ni.. kata orang biar sikit asalkan ada..Bila ada BE ni semangat nak update blog tu lain macam sikit.. kira macam pemberi semangat jugalah ni… manalah tahu boleh jadi macam mamat ni income awal bulan oktober je dah cecah ribuan ringgit.. tak percaya korang baca entri RM8,721.15 income blogging.. masyukkan.. :-)Dah lama tak rasa advertorial dari nuffnang ni.. bila ye nak bagi lagi.. kalau ada tempias-tempias tu baling-balinglah satu ke dua advertorial.. hehehe..Petang ni tak mau bebel banyak sangat sikit-sikit sudahlah ye.. :-)

Tunggang Rusa Tanpa Pakai Seluar

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Pernah ke korang nampak orang menunggang rusa.. rasanya kalau menunggang kuda atau lembu pernahlahkan.. tapi semalam ada orang menunggang rusa tanpa pakai seluar… jom kita tengok sapakah dia..Sumber gambar : Google.comSiapa pernah rasa makan daging rusa? hari tu masa gi open house masa raya terasalah juga first time daging rusa panggang.. boleh tahan juga.. tapi esoknya lepas makan, cik malarang terus masuk Wad.. hehehe sakit perut.. (mungkin keracunan makanan kot).Eh mana gambar orang tak pakai seluar tunggang rusa tu?^^^^^^^^^^^^^^^hahaha… nilah dia orang yang tunggang rusa tak pakai seluar tu.. siap air hingus meleleh lagi.. hehehe.. mama dia kata belikanlah si Harraz  mainan tu.. daddy kata nantilah dulu risau dia naik jatuh nanti.. tunggu dia dah besar sikit baru belikan..kalau anak happy, daddy dengan mama pun happy juga.. semakin membesar anak.. semakin macam-macam telatah yang mencuit hati.. balik-balik keje mesti nak main-main denga…

Konvo UM | Tahniah Buat Adik Ipar

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Tahniah aku ucapkan buat adik ipar aku yang sedang ada di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya untuk menerima segulung MASTER.. semoga lepas ni terus success dengan kerjaya yang akan diceburi.



Untung si comel dalam perut tu dapat konvo sekali dengan ibu dia dekat dlm.. Tak lahir lagi dah konvo sekali.. Hehehe.



Mama Harraz bila nak konvo ni.. Tunggu harraz besar sikit ye.. Silap-silap keluar adik baru konvo ye.. Hehehe

Tahniah buat semua graduan yang konvo di UM hari ni..

Buat adik ipar taknak habiskan untuk PHD ke?..
posted from Bloggeroid