Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Cili Sakata 461 - Cili Di Dalam Polibeg Diserang Kerinting

Imej
4 Ogos 2019 keadaan pokok sihat dan tiada masalah kerinting..  pokok juga sudah mula berbunga untu penghasilan buah

bermula 2 minggu sebelum 26 Ogos 2019.. ciri-ciri pokok bermasalah sudah mula kelihatan dengan yang mana semua pucuk baru yang tumbuh menjadi kering dan tiada lagi pucuk baru.. sesetengah daun menjadi kerinting. 


7 September 2019 pucuk baru sudak mula kelihatan selepas hampir 20 hari menjalani proses pemulihan.. 
Dalam tempoh pemulihan tersebut kami tidak memberikan baja langsung selama 20 hari.. hanya apa bila media kering kami akan siram dengan menggunakan air biasa tanpa baja


selain 2 minggu tanpa baja kami berikan semburan foliar dari produk Kitosan dari sumber organik.. 

semakin hari semakin kelihatan pucuk-pucuk baru muncul dan mula berkembang

Pucuk-pucuk baru juga sudah menunjukkan ada putik-putik bunga yang akan keluar


akhirnya pucuk baru mengeluarkan putik bunga untuk penghasilan buah cili. 

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 di 1 Muharram 1441H

Imej
Alhamdulillah syukur masih diberikan kesihatan yang berpanjangan sehingga ke hari ini.. Sempena menyambut kehadiran awal Muharram 1441H yang bersamaan dengan hari Anniversary kami berdua yang ke 10.. kebetulan jatuh pada 1 Muharram juga.. 

Semoga kami sekeluarga terus diberkati dan di beri kesihatan berpanjangan serta dapat menjalani kehidupan dengan aman bahagia sehingga ke Syurga.. amin


kredit image : google.com
Kami juga mendoakan anda semua terus diberkati kehidupan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang akan mendatang..