Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

[Review] Garmin Asus A10 - Part 1

Imej
Salam,
Rasa kegembiran dihatiku apabila dipilih sekali lagi oleh pihak Digi dan Nuffnang untuk membuat sekali lagi review gadget terbaru dari Digi iaitu Garmin Asus A10. Buat pertama kalinya aku menggunakan Smartphone @ telefon pintar keluaran Asus yang mana sebelum ni hanya handphone buruk je mampu aku miliki.. huhu.
Walaupun Garmin Asus A10 ni bukan milik aku selamanya hanya 2 minggu je berada ditangan aku.. itu pun dah membuatkan aku teruja menggunakannya bersama isteri tersayang. maklum jelah sebelum ni tak pernah pon terfikir nak guna Smartphone secanggih Garmin Asus A10 ni.

Oklah sedikit penerangan ringkas tentang Garmin Asus A10 ni.
Garmin Asus A10 adalah merupakan Smartphone terbaru keluaran Asus yang baru sahaja memasuki pasaran malaysia dan telah dilancarkan pada bulan september 2010 yang lalu.
Garmin Asus A10 mempunyai 510Mb Storage yang terbina didalam dan mampu menyimpan lebih dari 400 Aplikasi. Di lengkapi dengan Kit Kereta bagi membolehkan pemandu menggunakan Garmin Asus A10…

KERAJAAN KELANTAN ISTIHAR CUTI UMUM 31-10-10

Imej
Salam,
Di atas kemenangan Kelantan meraih kejuaraan Piala Malaysia tahun 2010 kali ini, Kerajaan Negeri telah mengistiharkan CUTI UMUM ESOK (31-10-10).
Tahniah atas kemenangan pasukan Kelantan 2-1 menewaskan pasukan Negeri Sembilan.
Berita Lanjut Kelantan Juara FA rujuk dibawah :


Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang di…

[Bergambar] DiGi Angels Internet Gathering

Imej
Salam,
Wah seronoh rasanya dalam hati malam semalan dekat DiGi Angels Internet Gathering.. mana tidaknya.. sekali lagi blog myvitrd terpilih membuat review Gadget terbaru Digi iaitu Garmin Asus A10... nak tahu apa dia.. tunggu review aku tidak lama lagi.
Sebelum tu korang layan dulu beberapa gambar yang aku dapat petik semalam.


Lokasi DiGi Angels Internet Gathering malam semalam.. MODESTO'S, Jalan P.Ramlee Kuala, Lumpur
Pasangan wajib datang Cik Malarang-kak & bro myvitrd.. jangan jelous ye.. kami berdua memang macam belangkas.. itu yang Kak Ina KL kata.. hehehe
wajah eyriqazz yang sedang kelaparan.. katanya sanggup tak makan tengahari semata-mata nak belasah makan dekat Modestos ni..
shah ( Blog Teh Tarik) ni memang kuat makan.. katanya doktor sahkan dah ada kolestrol.. kawal makan sikit bro..hehehe
rakan blogger yang sering aku jumpa setiap kali ada even ajuran Digi @ nuffnang.. seronok aku jumpa korang semua.
Geng 3 jejaka, Eyriqazz, Chearmster dan Shah sedang mengisi borang conte…