Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Kos Bayaran Saman Tunda Kenderaan DBKL

Imej
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,Petang ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku meneman rakan pejabat aku gi bayar saman motosikal lepas kena tunda dengan DBKL. Di Kuala Lumpur ni kalau korang silap atau salah meletakkan kenderaan pastinya 2 kemungkinan yang akan korang hadapi yang pertama kenderaan akan disaman oleh DBKL / Polis atau kenderaan anda di Tunda oleh DBKL..Cuba bayangkan keluar-keluar je dari membuat urusan pejabat.. tengok-tengok motorsikal atau kereta dan hilang dari tempat korang parking tadi.. mesti dalam kepala korang akan fikir kenderaan korang dah kena curi.. biasanya kalau korang kehilangan kenderaan pastinya korang akan kebalai polis berdekataan untuk membuat laporan polis.. sampai-sampai je di Balai polis pegawai polis tu akan cakap “en. punya kereta atau motor bukan kena curi, tapi kena tunda dengan DBKL kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya”.Jadinya satu kerja pulak korang kena buat.. nak tak nak kenalah gi tuntut kenderaan ko…

Muhammad Harraz Fahim Dan Tikar Sembahyang

Imej
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,Alhamdulillah semakin hari penyakit chickenpox anak dah beransur pulih, tiada lagi demam yang tinggal beberapa bekas parut yang masih kering lagi pada muka Muhammad Harraz Fahim. Insyallah esok dah boleh hantar ke taska semula rasanya.Perkembangan anak juga dah semakin bijak setiap hari.. sebagai contoh, kalau daddy atau mama dia nak solat je.. mesti dia pun nak juga ikut solat.. cuma cara solat dia ikut cara dialah.. heheheDalam usia 2 tahun lebih ni.. yang paling ketara aku tengok adalah IQ dia kuat mengingat dan meniru apa yang kita buat.. jadinya kalau nak cakap yang buka-bukan pun kena hati-hati sebab takut dia meniru cakap-cakap yang tak elok ni..Sekarang kalau nak masuk rumah je.. dah pandai beri salam dengan jawab salam, nak makan tadah tangan baca doa dulu.. alhamdulillah satu perkembangan yang sangat positif..Semoga anakku terus menjadi anak yang solleh dan beriman.. amin..

Harga Honda City 2014 Bermula Dari RM75,800 | Pelancaran Hari ini

Imej
Assalamulaikum & salam sejahtera semua,Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah diumumkan hari ini.. dan secara rasminya Honda City baru 2014 dilancarkan hari ini.Credit image : Honda FBHarga yang ditawarkan juga menampakkan lebih murah dari model sebelum ni.. City S : RM75,800
City S+: RM78,800
City E : RM83,800
City V : RM90,800Kepada yang berminat bolehlah mengunjungi pusat pameran Honda yang berdekatan dengan anda pada hujung minggu ni..Untuk maklumat lanjut rujuk laman rasmi Honda

Yakinkan Diri Melepaskan Si Dia

Imej
Mula-mula berat juga nak yakinkan diri melepaskan cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... tapi bila dah dapat mesej kata "abg.. alhamdulillah dah sampai opis" baru rasa lega sikit didada ni... mana tidaknya suasana jalan raya dan gelagat pemandu di Kuala Lumpur ni semuanya mengikut angin di kepala.. walaupun tak semuanya begitu..Sepanjang aku bawa cik isteri pindah ke KL ni dalam hampir 5 tahun.. memang pergi mana sekali pun aku mesti hantar dan jemput.. kiranya hari ini pecah rekod cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... semoga  perjalanan pergi dan pulang cik isteri ke tempat kerjanya di beri kemudahan dan keselamatan..Minggu ni kami bergilir jaga anak dekat rumah sebab baru seminggu anak kena chickenpox.. so doktor minta dua minggu tak dibawanya ke taska.. jadinya kamilah bergilir cuti selang dua hari..Alhamdulillah tengok parut chickenpox dekat anak dah mula kering.. cuma sesekali tengah malam akan merengek kegatalan seluruh badan.. harapnya cepatlah baik chicken…

Photo New Honda City 2014 V Spec Malaysia

Imej
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,
Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran model terbaru Honda City 2014 ni.. Jadinya di sini saya kongsikan beberapa keping photo untuk model baru Honda City 2014 untuk V Spec pasaran malaysia yang telah dikongsikan oleh rakan facebook kelab Honda city beberapa jam yang lalu..
Semua photo dibawah diambil dari rakan facebook Nicholas Tan..















Hiburkan Anak Di Hujung Minggu

Imej
Alhamdulillah berjaya juga aku handle anak bujang aku ni selama 2 hari tanpa mama dia.. cik isteri ke PD atas urusan syarikat selama dua hari.. so tanggungjawab menguruskan segala hal aku kenalah buat.. selamat sebelum cik isteri ke PD aku dah kursus awal-awal dengan dia.. hehehe..Mula-mula tu kelam kabut juga.. mana tidaknya pepagi kena siapkan barang-barang dan  antar gi taska.. dah tu petang kena jemput pulak.. selalunya semua tu mama dia yang buat pepagi.. aku tinggal dukung dia masuk kereta je.. petang pun biasanya mama dia dah jemput aku tinggal ambil dekat opis cik isteri.. tapi hari Khamis dengan Jumaat tu kenalah belajar berdikari sikit..Semalam pagi sembelum gi jemput cik isteri balik.. sempat bawa si Harraz ni ke taman mainan kawasan umah tu.. punyalah happy dia.. maklum jelah duduk dalam rumah dapat main dalam je.. sekali keluar main dekat luar rumah macam burung baru keluar sangkar.. hehehe Tengok gaya jalan pun bukan main lagi.. nak pimpin tangan turun tangga pun tak nak…

Mungkin Ini Cek Terakhir Dari Nuffnang

Imej
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu semua,Sebelum memulakan bicara.. aku nak ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kapal terbang MAS MH370 yang hilang dari radar semalam.. semoga mereka semua tabah dan sentiasa berdoa semoga ada sesuatu berita yang baik diterima hari ini..Berbalik kepada tajuk entri diatas, alhamdulillah 2 hari lepas aku dah terima cek dari side income pengiklanan blogger ni.. siapa lagi kalau bukan nuffnang yang bagi.. cek ni juga merupakan cek yang pertama untuk tahun 2014 ni dan mungkin juga yang terakhir untuk aku kot.. hehehe.Kalau masih ada mood rajin menulis lepas ni.. insyallah mungkin ada dan ada lagi cek yang akan diterima.. tapi andai mood rajin nak menulis dah menurun.. mungkin ni cek terakhir yang aku akan terima rasanya..Walaupun lepas ni dah takda cek lagi.. insyallah kalau ada cerita yang nak dikongsikan aku masih akan kongsikan dalam blog kesayangan aku ni.Masih sayang nak close blog ni sebenarnya sebab banyak memori yang ada dalam n…

Air Tangki Simpanan Dah Kering

Imej
Baru aku tahu macam mana susahnya kalau air takda.. krisis air di Selangor dan KL semakin meruncing sekarang ni.. mana tidaknya setiap kawasan hanya akan menerima bekalan air setiap 2 hari selepas tu 2 hari tiada air lagi.. (2 hari ada air, 2 hari lagi takda air) keadaan ni akan berterusan selama sebulan seperti jadual yang ditanpal pada papan kenyataan rumah aku... Kredit image : google.comKawasan rumah aku mula mendapat catuan air pada 2hb lepas dan ikut jadualnya sepatutnya hari ini dah ada air.. harap-harapnya balik ni tangki umah dah ada air.. sebab tadi pagi sebelum pergi kerja memnag tangki dah kering.. selamat semua dah siap mandi.. cuma tak sempat nak basuh baju dengan pinggan mangkuk je..Ada orang cakap baik takda elektrik dari takda air.. kalau takda elektrik boleh pakai lilin.. ni kalau takda air macam-macam benda tak boleh nak buat..Harap-harap adalah hujan rahmat yang turun supaya bekalan air dinegeri yang kritikal ni dapat diatasi..