Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Bank Rakyat : Pembiayaan Peribadi-I Aslah Dari 3.65%

Imej
Assalamualaikum.. hari saya nak kongsikan sedikit promosi pinjaman peribadi dari Bank Rakyat bagi Kakitangan Kerajaan atau GLC... kebetulan Jumaat lepas gi solat Jumaat di IJN dan pada masa sama Bank Rakyat tengah buat pelancaran produk pembiayaan peribadi -i Aslah.. jadi dihulurlah satu pamplet..

Nampak menarik dari segi kadar keuntungan yang mana kadar keuntungan serendah dari 3.65% ditawarkan..

Bagi yang memerlukan atau tercari pembiayaan peribadi bolehlah hubungi cawangan Bank Rakyat yang berdekataan untuk mendapatkan maklumat lanjut..








Pesanan pihak penaja... sebelum membuat sebarang hutang.. pastikan anda benar-benar mampu untuk membayarnya semula.. jangan jadikan hutang beban hidup anda..
posted from Bloggeroid

Gaji RM2500 Di Kuala Lumpur Sebenarnya Cukup Jika

Imej
Tertarik dengan keratan akhbar diatas yang mana ianya mengatakan gaji siswazah RM2500 tidak cukup...

Mengikut pandang peribadi saya... jika siswazah bujang bekerja di Kuala Lumpur sebenarnya cukup dengan syarat cara hidup kena ubah...

Saya berikan contoh dibawah..



Kalau ikutkan pengiraan diatas siswazah bujang masih ada baki gaji setelah ditolak semua keperluan setiap bukan... jika dimasukkan sekali pun potongan pinjaman PTPTN setiap bulan sebanyak RM250 masih ada baki lagi gaji setiap bulan yang boleh dijadikan simpanan untuk kegunaan kecemasan pada masa akan datang..

Sebenarnya isu gaji tak cukup ni bergantung kepada individu itu sendiri yang mengurus kewangan mereka.

Jika pasangan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak mungkin pengiraan diatas tidak boleh diambil kira...

Saya fokuskan pengiraan diatas kepada siswazah bujang yang bekerja di Kuala Lumpur..

Bagaimana pandangan anda.....
posted from Bloggeroid