Alhamdulillah Syukur Kepadamu



Myvitrd.com Domain Expired



Semalam cuba masuk blog aku ni yang dah lama tak buka dan tak update sekali masuk keluar page macam dekat atas tu.. bila aku ingat-ingat rupanya domain aku dah expired aku lupa renew 48 hari yang lalu.. huhu..

Penyudahnya nak renew pun dah tak boleh sebab dah lewat.. cuba juga google kot-kot ada cara nak renew semula.. tapi katanya kalau nak domain tu juga ada charge tambahan.. so aku baru hantar tiket dekat penyedia domain aku tu.. tunggu apa respone dia orang.. jadinya kalau korang tak boleh masuk mana-mana link dalam blog ni.. korang tukar je.. myvitrd.com tu kepada myvitrd.blogspot.com

Harapnya dapatlah semula aku renew domain lama aku tu..

First Day School

Alhamdulillah semua dah selamat di hantar ke sekolah baru untuk hari pertama.. bangun pagi pun takda masalah.. semua berjalan lancar pagi ni.. alhamdulillah.. kebetulan kami dah rancang awal untuk cuti 2 hari bagi monitor anak sehari dua ni.. so takdalah kelam kabut sangat..

Orang paling sebuk adalah mama dia yang uruskan kelengkapan persekolahan Harraz.. dari sebelum cuti sekolah lagi sampai malam tadi.. tq mama harraz.. u memang mama terbaik untuk Harraz..

Semoga Muhammad Harraz Fahim dapat menjadi anak yang soleh dan jadi insan yang bermanfaat dgn ilmu yang dipelajari di sekolah nanti amin..

Jomlah kita tengok foto-foto harraz hari ni..