Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Mee Rebus Pak Tam Di R&R Tapah Arah Utara

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sebelum ni pernah juga makan sekali mee rebus pak tam ni.. masa tu ontheway balik ke Penang belikan mak mertua dengan pak mertua.. wife yang turun belikan.. dan hari sabtu lepas masa kami ontheway ke Ipoh atas urusan keluarga sempatlah aku singgah di restoran pak Tam yang terletak di R&R Tapah arah utara… untuk pekena mee rebus yang power tu..Suasana kedai yang bersih dan teratur membuat pelanggan selesa makan direstoran pak tam ni.. kalau kedai kotor dan serabut mesti nak makan pun tak selerakan..Sementara tunggu order sampai.. layankan anak dulu.. Tengoklah aksi harraz bila ambil gambar sendiri.. macam-macam gaya dia gayakan dia seronok tengok muka sendiri dekat phone.. heheheOrder 2 mee rebus biasa.. + air mineral satu botol sahaja.. sempena kenaikkan harga gula ni.. kami dah minum air mineral je.. :-) Apa pun mee rebus pak tam memang terbaik.. ni yang biasa.. kalau yang ada udang lagi sedap agaknya..Jadinya kalau korang nak cuba rasa m…

Bajet 2014 | Cukai Keuntungan Hartanah Atau RPGT Naik 30 Peratus

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pembentangan Bajet 2014 telah dibentangkan sebentar tadi dan antara intipati yang disentuh dibawah meningkatkan pemilikan rumah, kerajaan telah menaikkan cukai keuntungan hartanah atau RPGT sebanyak 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga 3 tahun.


Tujuan kenaikkan ini adalah bagi mengelakkan aktiviti spekulasi.
Jadual kadar RPGT yang baru
Pelupusan dalam tempoh 2 tahun
* Syarikat = 30% * Individu (warganegara & penduduk tetap) = 30% * Individu (bukan warganegara) =30%
Pelupusan dalam tahun ke-3
* Syarikat = 20% * Individu (warganegara & penduduk tetap) = 20% * Individu (bukan warganegara) =30%
Pelupusan dalam tahun ke-4
* Syarikat = 15% * Individu (warganegara & penduduk tetap) = 15% * Individu (bukan warganegara) =30%
Pelupusan dalam tahun ke-5
* Syarikat = 5% * Individu (warganegara & penduduk tetap) = 5% * Individu (bukan warganegara) =30%
Pelupusan dalam tahun ke-6 dan seterusnya
* Syarikat …

Persiapkan Diri Sebelum Bersara

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sedikit info hari ini yang hendak dikongsikan dari sumber FB Page KWSP.. mungkin dengan sedikit info ini dapat membuka minda kita semua, apa yang perlu dilakukan sebelum usia persaraan kita tiba nanti..Bagi kakitangan kerajaan mungkin mereka sedikit selesa dengan duit pencen yang ada.. itu pun kalau duit pencen yang dibayar setiap bulan bila bersara nanti nilainya besar.. kalau hanya beratus ringgit sahaja.. mungkin akan garu kepala juga.. Tapi bagi kakitangan swasta seperti saya macam mana.. tentunya mengharapkan duit KWSP sahaja bila bersara nanti.. itupun kalau duit KWSP banyak.. kalau sikit akan garu kepala juga..SIMPANAN PERSARAAN TAK CUKUPSesetengah kita beranggapan caruman yang dibuat oleh anda dan majikan pada setiap bulan adalah mencukupi untuk persaraan. Namun statistik di bawah menunjukkan anda perlu membuat sesuatu seperti mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan dengan menyimpan dan merancang kewangan lebih awal lagi.Berikut ialah Sta…

Pagi Sedih Petang Gembira

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Sesekali kena gembirakan anak juga.. dah lah pepagi setiap kali hantar ke taska asik muka sugul dan sedih je.. selamatlah sekarang ni dah ok sikit.. dah kurang nangisnya bila tinggal.. sebab dekat taska tu ada sorang pengasuh je yang harraz suka.. so pepagi kena bagi dekat dia dulu..Bukan main seronok dia bila dapat benda yang dia suka.. hari isnin tu masa balik keje singgah Jusco One Utama beli Puting susu.. sebelum balik singgah makan sekejab dekat food court dan kebetulan sebelah tu ada pulak tempat permainan budak-budak.. seronoklah harraz bila tengok mainan dekat situ.. mula-mula bagi dia naik atas motor.. lepas tu bagi dia main kereta pulak.. last sekali sebelum balik masukkan dia dalam tempat mainan dekat atas tu.. punyalah seronok.. sampai tak mau balik.. Bila anak happy mama dengan daddy pun akan senang hati.. rasanya kalau letak dekat rumah satu games ni mesti harraz seronokkan.. hehehe

Susah Betul Nak Bagi Anak Makan Ubat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Kebanyakkan ibu dan ayah pasti menghadapi masalah yang sama seperti aku ni.. tak caya boleh tanya blogger nak berbini 2 ni.. bab nak bagi makan anak ubat ni memang masalah besar bagi kami sekeluarga.. Gambar dekat atas takda kene mengena dengan tajuk entry.. :-)Dua tiga minggu ni Harraz nampak tak berapa sihat.. sebab bila masuk waktu malam je atau waktu dia tidur mesti dia akan terbatuk-batuk.. paling teruk.. kalau dah lama sangat batuk mesti dia akan muntah.. kalau anak dah muntah macam biasalah mama dia pun mesti nak join sekali lah.. hehehe..Nak dikatakan semua tempat dia dah muntahkan.. dekat katil tempat kami tidur, dekat tilam tempat dia tidur, dekat kampung baru-baru ni.. dan yang terbaru semalam.. macam air paip terkeluar.. ni semua gara-gara lepas bagi makan ubat batuk dengan selsema.Ubat dah ambil 2 hari lepas dekat klinik.. so kiranya semalam nak cuba-cuba bagilah dia makan ubat batuk yang doktor bagi.. mana tahu boleh berenti atau…

Teruja Bila Tengok Susu

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Macam mana cuti raya korang semua.. pastinya ramai yang dah start kerja semula kan lepas bercuti panjang.. macam kami sekeluarga baru je start kerja hari ni lepas seminggu cuti dekat kampung aku di Johor.Oklah aku nak kongsi sekeping gambar masa dekat kampung hari tu.. longgokkan stok sample  susu anmum perisa madu.. Tengoklah gelagak anak aku bila tengok susu yang banyak depan mata.. kalau boleh dia nak baring atas susu anmum tu.. hehehe..Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh dapat stok susu sample anmum yang sebanyak itu… hehehe.. jeng-jeng.. cuba teka.. :-)

Selamat Hari Raya Korban

Imej
Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia untuk sampai sekali lagi pada Hari Raya Korban tahun ini..

Buat pertama kalinya juga aku dan adik beradik membuat korban seekor lembu dirumah family kami di kampung..

Insyaallah kalau takda apa-apa petang ni kami akan korban seekor lembu..

Bersempena di hari raya korban ini.. Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha.. Maaf zahir dan batin..

Semoga hari raya tahun ini kita semua sentiasa diberi keselamatan terutama di jalan raya...

Jom siap2 gi solat hari raya...
posted from Bloggeroid

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Semakin Mudah Tiada Lagi Borang KWSP 9P

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Baru je balik dari pejabat KWSP cawangan Petaling Jaya tadi untuk uruskan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan.. ni merupakan pengeluaran kali ke-2 untuk ansuran bulanan rumah aku buat..Macam biasalah sebelum pergi pejabat KWSP aku dah sediakan semua dokumen-dokumen seperti yang aku buat sebelum ni.. rujuk entri ini.. sampai-sampai pejabat KWSP dia orang cakap kami dah tak guna borang KWSP 9P lagi.. sekarang kalau nak buat pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan hanya perlu bawa kad pengenalan dengan Penyata baki pinjaman perumahan dari bank sahaja.. Aku tanya pegawai yang bertugas tu.. kaedah ni terpakai untuk permohonan kali ke-2 atau yang baru.. pegawai tu cakap kaedah ni terpakai untuk permohonan baru dan yang berulang.. so maknanya lepas ni tak perlulah korang nak isi borang bagai untuk buat pengeluaran ansuran bulanan ni..Memang bagus cara ni.. lebih mudah dan urusan pun cepat.. permohonan aku tadi dalam proses menunggu …

Salahkah Jika Aku Hanya Penjual Burger ???

Imej
Assalamualaikum..Tengah-tengah aku godeh-gedeh fb aku.. ternampak satu audio perbualan yang dikongsikan oleh rakan fb tentang seorang penjual burger yang sedang dalam dilema yang mana tunangnya ingin memutuskan pertunangan dek kerana dia hanya penjual burger yang tiada masa hadapan menurut tunangnya..kredit image : siniSamada perbualan tersebut dirancang atau hanya lakonan pakcik tidak pasti.. tapi kalau benar ia realiti sangat sedih mendengarnya.. diharap penjual burger tersebut dapat buktikan pada bekas tunangnya tu satu hari nanti dia boleh berjaya macam RAMLY BURGER..Nak dengar rakaman audio tu tengok bawah ni..Sumber dari sini..Senang sama senang.. susah sama susah.. tak ramai pasangan yang sanggup hidup dalam situasi susah sama susah.. time senang ramai kawan.. time susah semua rakan keliling hilang..Syukur aku dapat pasangan yang sentiasa memahami situasi senang susah kami.. Terima kasih malarang kak

Nenek Aku Yang Tak Masuk Universiti Pun Tahu Beza Rebat tu Apa | Nilah Cara Mudah Koperasi Menipu Pelanggan

Imej
Ini bukan kesilapan yang pertama atau kedua.. tapi dah 5 kali buat silap yang sama.. setiap kali minta Settlement Statement mesti salah kira.. Peliklah aku.. Takkan Rebate tu korang yang kerja dekat situ tak tahu apa maknanya… kita nak buat full settlement sebab nak kurangkan hutang.. bukan nak tambah hutang cik abang oi.. Tolonglah.. Jangan buat kerja main-main boleh tak?** Mungkin next entri aku akan tayang latter head surat ni.. baru orang semua tahu sapa punya kerja.. Signboad promosi tepi lebuhraya punya besar.. tapi… emmmm

Kerana Bantal Busuk

Imej
Buat pertama kalinya anak aku mengamuk semalaman dek kerana kami ambil sarung bantal busuk dia untuk dicuci...

Dah bagi bantal yang lagi satu pun yang sama tak jalan juga.. Nak juga bantal yang lembik dia..



Kerana bantal busuk nilah kami berdua tak tidur dibuatnya.. Terjaga je terus jerit-jerit nak.. Nak... Nak... Pening kepala kami berdua..

Alhamdulilah dah nak masuk subuh baru lah dia boleh tidur lena sikit.. Mungkin dah ngantuk sangat kot..




Aku cakap dengan cik isteri.. Lepas ni takyah kita basuh bantal dia lagi.. Biar berulat pun takpelah.. Hehe..

Pagi ni bantal tu dah kering kami cubalah bagi semula.. Dah tak mau dah.. Mungkin bau busuk dah takda.. Kesian dia..

Apa pun satu perkembangan yang bagus dekat anak aku ni kau dia terperanjat je.. Terus dia sebut "Allah".. Alhamdulillah semoga jadi anak yang soleh.. Sejuk perut mama mengandungkan Harraz..

Bila anak mengamuk je.. Kekadang betul-betul menguji kesabaran kami berdua.. Banyakkan sabar je..
posted from Bloggeroid

Harraz Nampak Ok di Taska Baru Cuma….

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-2 si comel harraz berada di taska tempat kerja cik isteri.. untuk hari semalam.. nampak harraz macam ok.. masa tengahari bila cik isteri nak gi jenguk dia.. masa tu dia tengah tidur.. petang pulak masa nak ambil dia cik isteri kata dia duduk termenung je sambil pegang mainan.. kesian anak aku ni.. duduk dekat taska ni.. takda siapa nak manjakan dia.. kalau duduk dekat pengasuh.. asik kena belai je.. hehehe.Memang beza sikitlah pengasuh jaga dengan taska.. kalau dekat pengasuh time cik isteri jemput dia.. dia dah siap mandi-mandi bau wangi-wangi dengan losen bagai.. semalam masa ambil dia.. aku cakap dengan cik isteri.. kenapa harraz tak wangi pun macam sebelum ni.. heheheCuma… apa yang kurang sedap sikit aku dengar.. bila cik isteri dimaklumkan oleh penjaga dekat taska tu.. masa anak menangis pagi tu.. penjaga taska tu kata harraz macam kena angin pasang.. aik sejak bila anak aku kena angin pasang pulak.. sebab se…

Mudahnya Blogger Buat Duit Hasil Keringat Orang Lain

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Maaf kalau ada yang terasa.. bukan nak emosi petang-petang ni.. cuma terkilan sedikit bila hasil tulisan kita dicopy paste oleh seseorang demi mengejar hit dan visitor beratus-ratus..  satu entri aku semalam  yang bertajuk “Mudahnya Bengkel Tayar Buat Duit Dengan Menipu” telah disalin semula sebiji-sebiji A to Z ke dalam satu blog yang aku paparkan dibawah ni.. Aku takkan terkilan dan berkecil hati kalau korang nak salin 1000 kali tulisan aku tu dalam blog korang.. tapi sekurang-kurangnya bagilah satu backlink ke sumber yang korang copy tu.. Kerja copy & paste memang mudah dan tak perlu nak pecahkan kepala fikir entri apa nak update dekat blog.. copy je entri orang lain dah tu publish dalam blog korang.. tapi kerja korang tu sangat tak beretika bro.. Apa kata ko copy pulak entri aku ni A to Z dan share dalam blog ko semula ye.. :-).. Apa pun terima kasih sebab suka entri aku tu.. kalau ko tak suka.. mesti ko tak copy paste kan.. :-)Aku tahu pun …

Hari Pertama Harraz Di Taska Baru

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Hari ini bermulalah episod baru si comel kami.. berpindah dari rumah pengasuh ke taska baru di tempat kerja cik isteri.. Macam biasalah tempat barukan.. mesti tak serasi lagi.. masa mula-mula nak keluar kereta dah nampak muka nak nangis.. dan akhirnya air mataku keluar juga kerana ditinggalkan oleh mama & daddy.. hehehe..Mama yang excited.. harraz macam nak nangis je… kesian dia nak kena tinggal.. hari ni.. dia tak dapat jumpa umi dia.. kakak dia.. dan abang-abang dia..Hari pertama gi masuk pejabat dan daftar dulu.. harraz macam tahu-tahu nak kena tinggal.. punya kuat dia peluk mama dia.. hehehe.. menurut pengetua taska tu.. budak-budak akan masuk rumah masing-masing jam 8.30 pagi.. so sebelum jam 8.30 tu.. budak-budak kena tinggal dekat rumah sementara dalam taska tu.. nanti pengasuh-pengasuh yang akan hantar budak-budak tu ke rumah taska masing-masing.. Dekat taska ni bersistematik sikit.. oklah.. first impression nampak macam ok.. tapi …