Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

MotherHood Expo 2013 Kembali Lagi di KLCC

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Wah nampaknya hujung minggu ni sebelum bergerak ke Penang hantar wife balik ke kampung kena terjah MotherHood Expo 2013 ni dekat Kuala Lumpur Convention Centre dulu… macam biasalah kalau aku gi expo barang baby ni perkara wajib cari ada pampers murah.. hehehekredit image : PureenJadi kalau korang ada kelapangan masa.. jomlah bawa anak isteri ke expo ni.. cuba harus diingat dekat expo ni tak semua barang murah.. tapi banyak juga yang murah kalau dibandingan dekat kedai diluar.. apa yang penting kena pandai pilih..Macam dia tahu-tahu je orang gomen dengan swasta dah gaji.. pandai juga dia orang buat expo ni time orang dah gaji.. hehehe.Mama harraz nak shopping apa ye?

Harraz Cuci Mata di EKIA

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Lama tak update cerita pasal Harraz ni.. jom layan gambar Harraz masa cuci mata dekat EKIA…Muka macam blur je.. mungkin tengok kenapa ramai sangat orang dekat sini..Jadi nak hilangkan ke panickan si Harraz ni.. bagi di seekor ular sawa mainan.. bukan main suka lagi dia peluk.. kalau tak silap ular ni.. harga bawah RM10Dah bosan duduk dalam stroller nak berjalan pulak.. macam nilah gayanya bila dah dapat kaki.. punyalah seronok dia berjalan..kebetulan jumpa pulak katil baby yang penuh dengan mainan.. apa lagi tengok muka dia.. bukan main suka lagiKenapa anak aku ni suka sangat dengan anak ular ni.. sampaikan aku nak ambil pun dia tak bagi.. mcm kena belikan je..tengok tu.. main terowong pulak… tapi dalam genggaman masih tak lepas anak ular tu..main jongkang jongket pulak.. yang dekat sini menjerit-jerit nak turun .. takut rasanya..habis.. dah jumpa dengan sarang mainan.. habis semua dipunggahnya.. mana satu dia nak pun dia dah confius.. last-…

IKEA Meatballs Memang Terbaik

Imej
Assalamulaikum & salam sejahtera semua,Hujung minggu lepas sempat bawa anak bini ronda-ronda di IKEA Damansara Utama.. Memang sebelum pergi tu dah pasang niat kalau sampai Ikea nanti nak test makan meatballs yang dikatakan sedap oleh beberapa blogger terutama mamat INI..Jadi lepas habis buat ronda satu pusingan dekat showroom IKEA tu terus gi IKEA Food Restaurant sekali sampai punyalah ramai orang tengah beratur.. tempat duduk pun penuh.. so aku minta cik malarang cari tempat duduk dah tu aku yang gi ambil order..Nak tahu apa yang aku order? jom tengok gambar dekat bawah ni..Sebelum order tengok dulu kot-kot ada promosi ke..  10 biji meatballs berharga RM10, 15 biji RM14 dan 20 biji berharga RM17.. kira makin banyak meatballsnya makin murah harganya..Ni antara menu yang ada di IKEA Food Restaurant ni..Sebelum tu kena beratur panjang dulu.. mula-mula aku tengok pasal apa orang tolak troli.. aku datang berlenggang je.. rupanya kena bawa troli makanan untuk ambil order.. huhu.. manal…

Samsung Galaxy Note 8 Tiada Flash Untuk Camera Belakang

Imej
Assalamualaikum & salam pagi semua,Baru dengar berita dekat radio tadi pagi yang mengatakan pihak Samsung secara rasminya telah melancarkan satu lagi tablet baru yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Note 8 (berita lanjut boleh rujuk pada blog Amanz). Lain-lain foto klik SINIKenapa panggil Note 8 bukan Note 3 atau note 4… sebenarnya angka 8 tu menunjukkan saiz skrin adalah bersaiz 8 inci.. daripada apa yang aku dengan dekat radio tu.. untuk Samsung Galaxy Note 8 ni disertakan sekali dengan sokongan untuk membuat panggilan telefon.. Secara peribadinya kalau korang nak angkat phone guna tablet bersaiz 8 inci sangat tidak sesuai.. penuh satu muka dengan tablet tu.. hehehe.Satu lagi ciri-ciri yang aku rasa kurang dalam Samsung Galaxy Note 8 ni adalah dari segi fungsi kameranya.. hanya dibekalkan dengan 5MP bahagian belakang yang tidak ada Flash (tak tahulan kalau flash tu tersembunyi.. tengok dari gambar memang takda).. dah bahagian hadapan 1.3MP.Hai aku ni komplen je banyak.. hehehe..…

Capati Sedap MJ Muslim Food Kapitan Keling Penang

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Pagi-pagi hujung minggu ni aku nak hidangkan korang dengan sarapan dari capati.. sapa yang pernah makan capati? kalau area KL dan selangor ni aku kurang pasti kedai mana yang sedap.. kalau ada korang boleh cadangkan ye.. sebab aku nak gi cuba.. boleh tak dia lawan kesedapan kedai Capati yang ada dekat Kapitan Keling Penang tu..Hujung bulan lepas masa aku cuti sakit chicken Pox dan bawa balik cik isteri untuk exam PJJ dekat Penang sempat aku menunaikan hasrat dihati untuk bersarapan di kedai makan india muslim di area Kapitan Keling berdekataan dengan Nasi Kandar Beratur.. nak dikatakan setiap kali aku balik cuti ke umah mertu mesti kena terjah dekat kedai ni.Apa yang menarik dengan capati ni dibandingkan dengan kedai mamak yang pernah aku makan dekat area KL ni.. adalah capati yang dibuat tu nipis dan sangat lembut.Tukang Uli sorang je.. buat kerja memang cepat.. sempat aku tengok macam mana capati tu dibuat.. nampak macam senang.. tapi rasa…

Beralih Angin Dari Pusat Service Perodua Ke Pusat Service ENEOS

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Setelah 5 tahun aku buat service kereta berkala  di Perodua ini kali pertamanya aku beralih angin ke pusat service kereta di ENEOS One Utama.Ikutkan memang waktu untuk tukar minyak hitam kereta aku dah tiba so rasanya aku nak beralih angin ke pusat service kereta yang lain.. bukan apa kalau di perodua aku selalu dikenakan labour sekitar RM40 ke RM60 atau lebih bergantung kepada barang yang ditukar.. tapi apa yang menariknya di Eneos ni tiada charge labour dikenakan.. semuanya PERCUMA.. hanya beli barang di Eneos dan pemasangan dibuat secara percuma dengan syarat menjadi ahli kepada Eneos dengan bayaran RM5 setahun.. jadi dekat situ aku dah jimat.Tapi harus diingat andai kata kereta korang masih dalam jaminan ada baiknya service dahulu di pusat service perodua kerana jika korang hantar ke pusat service yang lain dan berlaku sebarang kerosakan pihak perodua tidak akan membuat jaminan kepada barang anda yang rosak tersebut.Tetapi jika tempoh jami…

Baby Pillow | Bantal Herba Dari Daun Teh

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Hujung minggu lepas sempat terjah Kompleks Kenanga untuk ronda-ronda hujung minggu.. walaupun dah berkali-kali pergi bawa family mertua & saudara mara.. kali ni baru aku perasan satu kedai jual barang-barang baby di level 3A.. mula-mula tak mau masuk tapi cik malarang teringin nak tengok apa dalam tu.. last-last aku yang terjebak beli.. hehehe.Dekorasi kedai barang-barang baby di KWC.. nama kedai ni Tong Tai.. bunyi pelik sikitkan sebab semua barang-barang baby datang dari Beijing China..Nilah bantal herba dari daun teh dalam bantal ni adalah bukan dari kapas tapi dari daun teh..Bantal ni ada 3 saiz.. tapi aku beli yang saiz sedang dengan harga RM35Dari apa yang jurujual tu cakap.. kebaikkan bantal dari daun teh ni.. boleh membuatkan baby lena tidur.. dan hasilnya …. hehehe.. mungkin kebetulan kot Harraz ni letih main tu yang lena tu.. tapi aku sendiri pun suka bau daun teh tu..Kelebihan Bantal Daun TehNak tengok produk-produk dari Tong …

Dividen KWSP Tahun 2012 Sebanyak 6.15 Peratus

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,KWSP baru sahaja mengumumkan dividen untuk tahun 2012 bagi semua yang mencarum dalam kumpulan simpanan wang pekerja ni sebanyak 6.15 peratus. (Sumber boleh rujuk SINI)Terasa rugi pulak aku.. sebab tahun lepas je aku dah keluarkan lebih 5k untuk melabur dalam Unit Amanah.. tapi tak pelah.. rezeki tu ada dimana-mana sahaja.. siapa yang bekerja dan majikan tidak mencarumkan dalam skim KWSP ni adalah satu kesalahan besar dan boleh didakwa.. jadi kalau majikan korang tak bayar.. korang boleh buat aduan ye..Macam mana dengan korang yang ada akaun KWSP ni.. ada gembira mendengar berita ni?***** Sumber dari KWSP ******Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2012 di Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 18 Februari 2013.Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka sebagai salah satu pilihan bayaran di bawah Pengeluaran Umur 55 …

Shopping Di Kedai Buku Popular Guna BB1M

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Semalam sempat bawa cik isteri dan anak gi One Utama, Damansara untuk gi beli buku guna Baucar Buku 1M  yang dia dapat beberapa minggu lepas.. ni merupakan kali ke 2 cik isteri dapat sebab sekarang dia tengah buat PJJ so layaklah untuk dapat Baucar tu.. Sama seperti tahun lepas juga.. yang habiskan baucar tu akulah juga.. hehehe.. biasanya aku akan borong majalah keretalah dengan barang-barang stationery.. tapi untuk penebusan kali ini dia dah bagi syarat..Di kedai buku Popular One Utama kalau nak beli barang-barang stationery guna baucar buku tu.. kena beli buku dulu dalam nilai 80% baru boleh melayakkan guna 20% beli barang-barang Stationery.. dalam kira-kira matematinya.. korang kena beli buku bernilai RM200 baru layak guna RM50 untuk beli barang-barang Stationery.. Harus diingat juga Majalah tidak termasuk dalam kategori buku.. yang tu dalam kategori Stationery..Pusing punya pusing dekat kedai buku Popular tu akhirnya berjayalah kami kum…