Beralih Angin Dari Pusat Service Perodua Ke Pusat Service ENEOS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Setelah 5 tahun aku buat service kereta berkala  di Perodua ini kali pertamanya aku beralih angin ke pusat service kereta di ENEOS One Utama.

Eneos Car centre 1

Ikutkan memang waktu untuk tukar minyak hitam kereta aku dah tiba so rasanya aku nak beralih angin ke pusat service kereta yang lain.. bukan apa kalau di perodua aku selalu dikenakan labour sekitar RM40 ke RM60 atau lebih bergantung kepada barang yang ditukar.. tapi apa yang menariknya di Eneos ni tiada charge labour dikenakan.. semuanya PERCUMA.. hanya beli barang di Eneos dan pemasangan dibuat secara percuma dengan syarat menjadi ahli kepada Eneos dengan bayaran RM5 setahun.. jadi dekat situ aku dah jimat.

ENEOS Member card

Tapi harus diingat andai kata kereta korang masih dalam jaminan ada baiknya service dahulu di pusat service perodua kerana jika korang hantar ke pusat service yang lain dan berlaku sebarang kerosakan pihak perodua tidak akan membuat jaminan kepada barang anda yang rosak tersebut.

Tetapi jika tempoh jaminan telah tamat.. korang boleh memilih samada untuk kekal membuat service diperodua atau menghantar ke pusat service yang lain.

Eneos Car centre 2

Eneos Car centre 3

Ada sesiapa pernah guna perkhidmatan bengkel Eneos tak? macam mana service dia orang bagus atau tidak. macam aku ni kali pertama aku hantar kereta dekat situ.. so aku rasa tidak ada masalah bab service tu..semua siap dalam waktu yang ditetapkan..

Minyak Engine ENEOS

Ini pun merupakan kali pertama aku beralih kepada Minyak engine dari jenama Eneos.. so kalau aku rasa minyak engine ni puasa hati aku gunakan mungkin lepas ni aku akan terus service di Eneos…. sambil-sambil tunggu kereta di service boleh shopping dekat One Utama.. :-)

Pernah guna minyak engine ENEOS? Macam mana prestasi kereta korang?

Ulasan

  1. Balasan
    1. Aku punya tu tukar minyak engine dgn oil filter RM115 takda charge upah.. ada pakej lagi murah ikut jenis minyak yang di pilih.. dulu masa dekat perodua aku pakai minyak 5W-30 sekarang tukar kepada 10W-40..

      Padam
  2. kirenye lagi murah la kan bang??
    kne search ni mane lg branch yg terdekat..
    myvi sy tu pon nak abis dah jaminan ngn servis perodua.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak