Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Zombies Bakal Menyerang Malaysia!

Imej
Salam pembaca semua,

Korang pernah jumpa Zombies tak sebelum ni... ala yang macam cerita movie tu... Zombies yang makan orang tu.. dah tu orang yang dia makan tu pun akan jadi zombies juga..



Kalau korang tak pernah jumpa lagi.. korang nak jumpa tak?.. hahaha
Mesti korang kata tak nak jumpakan.. tapi kali ini korang boleh jumpa Zombies yang baik.. yang mana Zombies ni tak makan orang.. dia cuma menghiburkan orang je..









Nilah wajah-wajah zombies yang akan serang malaysia nanti... amacam takut tak?
Dah dengar lagu dalam video dekat atas tu.. tulah dia lagu "Zombies" dari band The Cranberries.. kalau korang nak tahu band ni akan datang ke Malaysia tidak lama.. jadi apa lagi peluang korang untuk menyaksikan Zombies-Zombies ni beraksi diatas pentas..
Percaya atau tidak band ini telah menjual lebih dari 15 juta album di Amerika sahaja!.. perrrggg memang hebat band ni.
Apa tunggu lagi jom kita gi serang Zombies ni di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 4 April 2012... sudah pastinya lebih da…

Hadiah Harijadi Dari Nuffnang | Cash-Out Tertinggi Sepanjang Berblogging

Imej
Salam semua,Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia sehingga entry ini dipostkan… kurang dari 2 hari lagi.. bertambah lagi usia aku yang muda ni… (hahaha gelak jahat sikit).. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan serta dimurahkan rezeki bersama-sama isteri dan anak tercinta.Sebenarnya tarikh 31hb ni memang dah lama aku nanti-nantikan… bukan kerana sebab ada games badminton Axiata 2012 petang ni.. tetapi sebab aku nak meloncat tinggi-tinggi atas usaha keras aku selama beberapa bulan ni.. akhirnya berjaya aku mengumpulkan 4 angka untuk di cash-out hari melalui akaun Nuffnang..Alhamdulillah Syukur..Kalau bukan kerana sokongan dari isteri tercinta.. rasanya mustahil untuk mencapai sasaran cash-out nuffnang 4 angka ni…(50% hasil cash-out dah janji nak bagi isteri tercinta.. hehehe)Terima kasih juga aku ucapkan kepada nuffnang yang tak pernah kedekut dengan blog aku ni.. untuk di berikan beberapa tugasan advertorial .. sampaikan kekadang tu aku terpaksa update entri dalam kereta w…

Axiata Cup Bakal Milik Malaysia.. Penonton Bakal Miliki Kereta

Imej
Salam semua,
Pertama-tamanya tahniah buat 2 pasukan malaysia yang telah berjaya ke separuh akhir walaupun tanpa kehadiran Datuk Lee Chong Wei.. apa yang penting semangat pemain-pemain malaysia untuk memiliki Axiata Cup untuk penganjuran pertama kali ini.
Buat pertama kalinya untuk tahun ini kumpulan Axiata – salah satu syarikat telekom yang terbesar di Asia menganjurkan acara badminton Axiata cup yang mana menawarkan hadiah besar bernilai jutaan ringgit.. Memang masyuk siapa yang menang ni.


Memang hebat dan terserlah kehebatan pemain malaysia ni…

Lain-lain koleksi foto boleh tengok di SINI

Sebagai rakyat Malaysia.. jom sama-sama turun memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain Malaysia pada acara separuh akhir nanti yang akan berlangsung pada 31hb Mac – 1hb April 2012 di Stadium Badminton Cheras, KL.


DAY TIME Team Location 31 March, SaturdayMAL 2pm INA Rajawali vs MAL LeopardsKuala Lumpur 1 April, SundayMAL 8pm INA Garuda vs MAL TigersKuala Lumpur
Datang awal ye.. sebab sebelum acara separuh ak…

My Pinky Moments

Imej
Salam semua,Dah hujung-hujung baru nak join, apalah pemilik blog ni.. hehehe.. takpelah.. sekurang-kurangnya aku cuba juga join contest rakan kita ni.Macam biasa siapa tak kenal dengan Eyriqazz.com nikan orang yang selalu bermurah hati membahagi-bahagikan hasil blogging beliau kepada rakan-rakan blogger melalui contest & giveaway.. sebab tu semakin hari semakin murah rezeki dia.. pendek kata.. bulan-bulan masyuk je… Alhamdulillah tu namanya rezekikan..My Pinky Moments ContestOkeylah cerita banyak tak guna.. dekat sini aku pertaruhkan 2 gambar semasa majlis kawin adik ipar aku 2 minggu yang lalu.. abaikan yang pakai baju warna putih tu ye.. fokus pada yang pakai baju pink je.. hehehePengantin Pink-PinkPengantin pink ni kalau tak silap aku tengah berhoneymoon di Pulau Langkawi.. :-)** Kalau ada rezeki menang aku nak hadiahkan hadiah kemenangan tu kepada pengantin pink ni.. hehehe" Contest ini dianjurkan olehEyriqazz.Com danMadammondoq.com ditaja bersamaHazmanFadzil.Com,Alyzafis…

Kenapa Tak Buat Panggilan Lagi.. Cepat Dail Sekarang!

Imej
"Artikal tajaan selama 24 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini"Salam semua,Bila korang baca surat khabar ada perasan tak satu kod QR muncul pada helaian surat khabar tu baru-baru ni? Rasa-rasanya apa yang ada tersembunyi di sebalik kod QR tu ye?Bila korang scan kod QR tu pulak, korang akan dapati ada 3 video yang menunjukkan kemungkinan kenapa seorang anak dara tengah marah sangat dengan teman lelaki dia. Ke tiga-tiga video boleh tonton di SINI.. Anak dara dalam video tu tidak pasti sama ada teman lelakinya benar-benar tidak menipu pada dirinya, manakala seorang lelaki dalam video tu hairan kenapa anak dara tu marah dengan dia. Sudah tentu, ini adalah terbuka kepada spekulasi tentang video baru ini yang mendedahkan bahawa anak dara tu nampaknya 'menangkap' teman lelakinya waktu beliau dengan gadis lain! Anak dara itu marah tetapi tidak pasti, budak lelaki itu pulak hairan dan keliru ... apa yang akan berlaku sebenarnya? Nak tahu apa yang berlaku semua jawapan dala…

Contest Teka Angka Shakiddo.com

Imej
Salam semua,Sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Tokey Unifi ni.. last-last minit aku cuba juga joint contest yang beliau anjurkan ni.. mana tahu ada rezeki leh menang salah satu hadiahkan.Dengar khabarnya mamat ni semakin hari semakin masyuk.. mana tidaknya sampaikan kena teka beb berapa angka tersembunyi income beliau hasil dari blogging tu.. korang rasa boleh teka tak berapa yang dia dapat bulan lepas..oklah bro aku cuba teka ye.. angka yang hang sembunyikan tu.. RM1,535.50… hahaha.. rasanya betul tak.. kalau betul bro.. jangan lupa pos hadiah Jersi bola tu dekat aku tau (berangan-rangan dulu)… heheheHadiah-Hadiahnya :Tempat Pertama :RM50 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah+ JERSI PANTHERA TEAM MALAYSIATempat kedua : RM30 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff ShahTempat ketiga : RM20 + Voucher JUSCO AEONHadiah misteri : Barangan saguhati dari IKEA” Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com

Penangan Tongkat Ali Di Malam Ini

Imej
Salam semua,Sebut je nama tongkat ali mesti ramai yang dah terbayang dalam kepala tentang ubat kuat untuk tenaga batin… betul tak?.. hehehe.Bagi akulah kalau aku dah mengantuk macam sekarang ni.. sememangnya aku akan gi meraba-raba dekat dapur kot-kot ada lagi ke aku punya Alicafe 3 in 1 tu.. sebab kekadang bila lepas minum je macam sekarang ni.. mata ada rasa segar sikit.. tapi BETUL ke boleh hilangkan mengantuk?Kalau nak tahu kenalah cuba sendiri..Mai pekena secawan…. niat hati memang nak tidur tapi ada job yang aku kena siapkan malam ni.. tu yang cuba tongkat mata  tu dengan batang kayu tongkat ali ni.. hehehe..Seperti kata Tokey Unifi tadi dalam mesej box wife aku.. “MASA dan SEMAKIN suntuk ni..”.. kata orang tu bila dah dipertanggungjawabkan untuk membuat sesuatu kerja tu kenalah buat dengan betul-betulkan.. takkan nak buat cincai-cincai je.. barulah orang tu akan rasa dihargai.Mudah-mudahnya segala urusan aku dipermudahkan.. amin.** Alhamdulillah rezeki bulan ni pun boleh buat a…

Bank Rakyat Umum Dividen 2011 | Pakcik Hampir Kaya

Imej
Salam semua,Alhamdulillah rezeki bertambah lagi.. baru je aku baca berita tadi yang mengatakan Bank Rakyat dah umumkan Dividen kepada semua pemegang saham beliau..Nak tahu berapa Dividen tahun ni? 20 Peratus beb… Alhamdulillah.. Syukur..“Akhirnya Aku Memiliki Saham Bank Rakyat”Walaupun saham aku taklah berjuta-juta dalam Bank rakyat tu.. tapi dapat juga aku merasa sikit sebagai pemegang saham yang kerdil ni…heheheKepada yang dapat banyak keuntungan tu.. berjimat-jimatlah ye.. gunakan hasil keuntungan tu sebaiknya.. Berita lanjut boleh baca di BERNAMA

1 Hari 1 Resepi Tiada Makan Luar Lagi

Imej
Salam semua,foto : cilok dari FB Wife“Disebabkan terpengaruh dengan adik aku,akhirnya aku beli juga buku ni....pengantin baru beli tak kn pengantin lama tak beli kn.aku dh beli jg la dik,hehe.....hbs la lps ni dh tak ada alasan nk mkn luar sbb resepi ni cukup untuk setahun...setahun tak yah fikir nk msk apa.....” – msg dr FB wifeSayang isteri turut-turutkan.. sabtu lepas sempat bawa cik malarang gi tebus baucer buku 1Malaysia dia.. Sampai-sampai dekat kedai buku Popular terus dia cakap “nak beli buku nilah abg” Aku pun cakap beli je sayang lagi pun ada baucer tu.. guna je.. yang penting abg nak dibelikan majalah kereta ye.. hehehe.Apa lagi terus dia beli buku 1 Hari 1 Resepi 365 Resepi istimewa Chef Hanieliza.. sampai je dekat rumah terus dia cakap.. “lepas ni abg cakap je nak makan apa, nanti sayang masakkan”.. wah ni yang best lepas ni takda peluang nak makan luar lagilah jawabnya.. sebab dah ada 365 hari untuk 1 resepi.. hehehe.Bila boleh start request masakan ni sayang?

Sembang-sembang Dengan Si Comel

Imej
Salam semua,----Alhamdulillah si comel dah sihat dari demam.. cuma manjanya lebih sikit.. asik nak merengek je… yang jadi mangsa kena layan daddy dengan mamalah.. mungkin inilah cabaran untuk membesarkan anak.. semoga kau akan jadi anak yang baik & solleh bila besar nanti.. insyaallah.

Tebus Baucer Buku 1Malaysia Segera

Imej
Salam semua,Dalam keadaan anak tak berapa sihat hari ni sempat juga aku selesaikan beberapa perkara yang penting dengan cik malarang.Sebenarnya dah nak masuk usia 4 bulan anak aku baru hari ini dia dijangkiti sedikit demam panas yang aku rasa berpunca dari jangkitan demam anak pengasuh.Memang dah 3 hari anak pengasuh tu demam dan semalam mak dia cakap dah bawa anak dia gi hospital.. tup-tup tengah malam jam 2 pagi anak aku tetiba badan dia rasa panas sangat dah tu gelisah tak mau tidur.. apa lagi terus check guna thermometer dan bacaan menunjukkan suhu badan si Harraz 37.5 - 37.9 darjah celcius .. nampak gayanya dia dah nak demam.. berjaga malamlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni.Cik Malarang dah cakap.. kalau suhu dia tak turun juga pepagi kita hantar dia gi klinik check.. so bila pagi aku check suhu badan dia dah turun.. cik malarang nak juga antar gi klinik.. so lepas sarapan je.. terus aku antar gi klinik area umah aku tu yang memang panel untuk insurans aku.Alhamdulillah…

Jangan Menangis Lagi Sayang

Imej
Salam semua,Salah satu cara yang aku buat sekarang kalau boring-boring atau tension-tension aku layan tengok video-video gelagat anak aku yang dekat rumah..Kekadang comel juga tengok Harraz ni kalau nangis.. ni kira nangis-nangis manja.. Jom layan video 3 minit ni… Kalau korang boring tengok… pangkah je ye.. heheheVideo diatas hanya untuk koleksi peribadi kami sekeluarga…

Nikmat Malam Jumaat Bersama Potato Wedges

Imej
Salam semua,

Hari ni mood kelaut sikit.. Tu yang nak masuk tidur ni baru nak ringankan tanggan tulis entri... Entri sembang-sembang kosong je..

Si comel pulak bila time lepas magrib atau balik dari rumah pengasuh je.. Mesti buat perangai dulu... Paling tidak 15 minit mesti nangis sekuat-kuatnya macam kena sengat tebuan... Habis meleleh semua air mata jantan dia.. Hehe.

Kebetulan aku dengan cik malarang kelaparan so godeh-godehlah peti ais apa yang boleh dibuat alas perut.. Nak makan nasi cik malarang tak mau katanya takut badan naik... Emmmm yeke boleh gemuk kalau makan nasi waktu malam?



Penyudahnya aku jumpa dua barang dekat atas tu... Satu paket potato wedges yang belum di goreng dengan serbuk cheezy wedges yang belum di bancuh... So apa lagi projek masak memasak bermulalah.

Sementara cik malarang tengah pump susu, akulah yang jadi chef dekat dapur... Setelah hampir 20 minit aku beraksi di dapur akhirnya siap juga menu dinner kami yang ringkas tu.



Amacam boleh jadi chef tak aku dek…

Pelajar Cemerlang SPM 2011 | Tahniah

Imej
Salam semua,Rasa-rasanya dah ramai pelajar yang dah ambil keputusan SPM 2011 tadi.. sempat juga aku call adik aku yang dekat kampung tadi.. tanya macam mana keputusan SPM beliau..Tapi dengan nada sedih adik aku sorang lagi cakap keputusan SPM adik aku kali ini tak seperti yang dia harapkan.. mungkin dia ada target beberapa A+ tapi sasaran beliau tidak tercapai.. dan buat masa ni beliau sedikit kecewa dan tengah bersedih..(tunggu reda sikit baru aku call dia nanti… orang tengah sedih ni tak boleh kita cakap banyak2.. nanti makin tekanan.. huhu)Apa pun tahniah kepada adik aku yang dah ambil keputusan tu.. Abg doakan semoga lepas ni boleh dapat tawaran sambung belajar di Matrikulasi atau di mana-mana Universiti di Malaysia ni.P/S buat Adikku, jangan terlalu sedih “Donut”.. mungkin kali ni takda rezeki.. insyaallah nanti buat yang terbaik di Universiti… AminPetikan berita berkaitan keputusan SPM 2011PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011…

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Imej
Salam semua,Korang rasa ada ke orang nak bagi duit free-free sebenarnya.. jawapannya memang ada.. tak percaya Klik Dekat Sini… Ganjaran wang tunai ni di tawarkan oleh pemilik blog BloggerWanita.com.Jangan segan-segan & malu-malu.. join je.. bukan kena bayar pun… tak pun sekurang-kurangnya terupdatelah juga blog yang bersawang tu.. :-)

Selamat Mengambil Keputusan SPM Adikku

Imej
Salam semua,Pastinya ramai pelajar lepasan SPM dan juga ibu bapa yang berdebar-debar pagi ini untuk mengambil keputusan SPM mereka.. mana tidaknya kurang dari 1 jam lagi keputusan SPM 2011 akan dikeluarkan di semua sekolah menengah seluruh Malaysia.Tak terkecuali juga adik perempuan aku yang dekat kampung tu akan mengetahui keputusan beliau juga pagi ni.. hehehe.. Good luck ye “Donut” (abaikan nama adik aku tu… hehehe)Keputusan SPM 2011 juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas mySMS dengan mengikut arahan seperti dibawah ni..Taip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak no angka giliran dan hantar ke 15888.. sistem pesanan ringkas ni akan mula diaktifkan pada 21hb Mac 2012 bermula pada  jam 10.00 pagi.Nota : Tak sabar menanti keputusan SPM adik aku dekat kampung ni… sebab kalau beliau berjaya mendapat 5A mak dah janjikan hadiah menarik untuk adik aku ni.. hehehe.. semoga adik aku dapat menerima keputusan SPM hari ini dengan hati yang tenang dan terbuka..

Serangan Spam Dalam Ruangan Komen

Imej
Salam semua,

Hari ni blog aku sebenarnya telah diserang oleh spam kalau korang perasan tadi pagilahkan.. Kebiasaannya dalam sehari tu memang ada 1 ke 2 komen spam yg terlepas dalam ruangan komen aku tu.. Tapi hari ni.. Lebih dari 10 komen masuk dalam masa 1 jam... Jenuh aku mendeletenya..

Penyudahnya terpaksa aku aktifkan setting ruangan komen dengan membuat approve dulu sebelum komen tu di publish.



Kalau sebelum ni... Korang komen je terus terpapar komen tukan.. Tapi sekarang aku kenalah pulak approve dulu baru leh publish..

Adakah korang rasa berpunca dari setting dofollow yang aku buat sebelum ni ye? Nak tahu dofollow tu apa, korang google je ye.. Banyak entri yang blogger dah tulis pasal kebaikkan & keburukan dofollow ni.

Kalau guna wordpress ada plugin yang boleh kita install untuk cegah spam ni masuk dalam ruagan komen kita... Tapi kalau guna blogspot macam aku ni nak buat macam mana ye?

Korang yang guna platform blogspot ni... dan ada pengalaman mengatasinya.. Kongsi-kongsi…

Alhamdulillah Rezeki Dari Langit Orang Nak Bagi Duit

Imej
Salam semua,Sungguh murni & mulia pengirim email ini sehingga sanggup meyumbangkan semua wang ringgitnya kepada aku sebanyak 2 Juta Pounds… cuma persoalannya kenapa aku yang dipilih kan lebih baik disedekahkan kepada rumah kebajikan atau rumah-rumah anak yatim di Malaysia ni.. lagi banyak pahalanya.Cerita banyak tak guna… korang baca sendiri apa kandungan email dibawah ni.Pesanan buat rakan pembaca semua, semoga korang tidak tertipu dan terpedaya dengan email serupa ini.. rasanya sebelum ni pun aku ada kongsikan kes2 sedemikian rupa.. tapi untuk peringatan semula aku kongsikan lagi.Kata orang cukuplah hanya sekali aku dah pernah kena tipu dulu dengan email scam ni.. sebab tu aku belajar dari kesilapan yang lalu.Sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sering menggunakan perhidmatan email ni.. tidak mustahil dalam 1 juta penerima email serupa ini akan ada seorang yang akan terpedaya dengan tektik licik seperti ini..Sebaikkannya kalau dapat email serupa ini.. abaikan sahaja…

Video Mimpi Hisap Susu

Imej
Salam semua,Jangan risau entry ni tiada unsur kelucahan.. hanya sekadar pengkongsian gelagat si comel semasa tidur yang sempat aku rakam masa cuti dirumah mertua minggu lepas.Pernah tengoh tak baby bermimpi hisap nenen.. kalau tak pernah cuba korang tengok video ni ye..P/S : Abaikan suara-suara sumbang dibelakang video tu ye.. heheheWalaupun kena usik dengan anak-anak saudara.. si comel ni tetap cool dengan tidur lena.. macam nilah rupanya anak kalau dah penat.. kena kacau macam mana pun dia buat tak tahu je..Note : Video ni sekadar suka-suka sahaja dan sebagai koleksi simpanan untuk tatapan si comel bila dah besar nanti.. ;-)

Burger Bakar Wangsa Maju Di Serbu Pengunjung

Imej
Salam semua,

Mungkin kerana review dari program jalan-jalan cari makan siang tadi di Tv3 menyebabkan orang ramai menyerbu 2 gerai Burger bakar di Wangsa Maju iaitu Gerai Kaw-kaw Burger Bakar dan Rawang Burger Bakar...

Memang ramai yang teruja ingin merasai burger bakar tersebut sehingga sanggup beratur panjang berjam-jam menunggu giliran untuk membuat tempahan.



Lokasi kedai ini menjadi medan tumpuan orang ramai yang beratur panjang...




Tengoklah punya ramai orang yan tengah beratur... Di sebabkan aku pun teruja juga nak rasa aku sempat beratur selama hampir 2 jam sebelum membatalkan hasrat untuk menunggu lebih lama.. Mungkin kalu ni bukan rezeki kami sekeluarga untuk merasai burger bakar ni..

Kecewa dalam hati pun ada.. Tapi nak buat macam mana.. Mungkin masa yang kami datang ni tak sesuai kot sebab semua orang nak rasa burger bakar 13 tingkat ni.. Hehe.

Bukan setakat burger tak dapat rasa... Cium bau pun tak sampai... Last-last menu dekat bawah ni yang kami order... Kata orang alang…

Seminar WORDPRESS Akademi DENAIHATI

Imej
Salam semua,Kini peluang korang untuk mendalami ilmu blogging melalui WordPress akan tercapai dengan satu lagi projek terbaru yang dianjurkan oleh Denaihati melalui SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI.credit : akademi denaihatiApa yang korang akan perolehi dengan menyertai Seminar Wordpressctersebut?Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media Sebuah domain dan hosting selama setahun Sebuah eBook “Blogging For Beginners” Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua” Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pen…

Tesco Promotions Drypers WeeWeeDRY RM30.90

Imej
Salam semua,Hujung minggu ni kalau tak keluar rumah bawah keluarga gi jalan-jalan atau shopping memang tak sah.. betul tak.. itu akulah.. korang hujung minggu ni buat apa?Kebetulan aku memang dah plan dengan cik malarang nak gi beli barang dapur dekat Tesco Kepong yang tak jauh dari rumah aku sebelah petang.. tetiba cik malarang cakap sebelum nak gerak tu kata tesco tengah buat offer barang-barang murah selama 2 hari .. dia kata Pampers Drypers WeeWeeDRY saiz M,L & XL dijual dengan harga RM30.90.. aku cakap ”wah murah ni.. lagi murah dari expo dekat KLCC bulan lepas..” apa lagi terus aku cakap “kalau betul offer kita beli lagilah sayang..” hehehe.Sekali aku sampai dekat tesco.. apa yang cik malarang cakap memang betul.. masuk-masuk dekat pintu utama je.. dah dihidangkan dengan tawaran dekat atas tu.. bukan setakat tawaran harga murah pampers drypers ni.. beli satu dapat free satu Drypers Drypants yang dalamnya ada 2 unit..Jadi apa lagi…..Si comel Harraz pun dah racun daddy dia kat…

Masuk Hari Ke-100, Merdeka!

Imej
Salam semua,Masa begitu pantas berlalu.. macam baru je semalam aku sambut kelahiran anak sulung aku “Muhammad Harraz Fahim” di KPJ Damansara, tau-tau tengok kalender yang aku pangkah tu dah cukup 100 hari anak comel aku hari ni.Patutlah dua tiga hari ni manja sangat rupanya dah besar ye.. balik dari rumah pengasuh je mesti tak nak kena letak.. paling-paling kena dodoi-dodoi & riba dulu dalam 15 minit baru boleh letak dekat tilam dia.. kalau tak mau menangis macam kena cubit gayanya.. :-)  Tapi bila dia senyum, semua orang geram dekat pipi tu.. termasuklah mama & daddy dia.. macam nak gigit-gigit je.. heheheHari ni juga merupakan hari ke-100 si comel ni minum susu dari mamanya 100 peratus tanpa dicampur dengan susu formula.. dan mungkin dari sebab tu jugalah dah 3 kali kena cucuk dekat klinik alhamdulillah tak demam.. mungkin tu salah satu kebaikkan susu ibu ni.Semalam petang masa ontheway balik keje.. mama dia cakap “semoga mama berjaya bagi full Breast Feeding untuk si Harraz…