Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Maybank2u Berwajah Baru

Imej
Pagi-pagi cik isteri dah mesej kata.. maybank2u dah lain ni abang.. takut nak masuk.. aku cakap takpe nanti abang check dulu.. sekali aku tengok memang betul.. dia orang tengah upgrade ke interface baru..
Sekarang kena berhati2 banyak web scam yang digunakan untuk curi akaun pelanggan..


Dari pemeriksaan yang aku tengok tadi.. sistem online Maybank2u masih tidak berfungsi dengan sempurna.. so urusan untuk transfer atau buat payment guna atas talian kekadang tak boleh nak masuk dan lambat.. 


Jadinya kita tunggu jelah sampai maybank2u dah betul-betul stabil..
Mungkin juga langkah penambah baikkan ni bagus untuk elakkan dari kewujudan web-web scam ni.
Apa komen korang tentang interface baru ni?

Nak Cari Hadiah Apa Eh!

Imej
Hujung tahun bakal tiba.. hujung tahun ni juga sebuk dengan pelbagai jemputan kenduri kendara.. tak kurangnya juga hujung tahun ni merupakan bulan yang penuh bermakna buat kami sekeluarga..Hujung tahun jugalah si comel Harraz dilahirkan, mama harraz dilahirkan, atuk harraz dilahirkan dan hujung tahun jugalah kami di ijabkabulkan.Maknanya hujung tahun ni kena sediakan banyak hadiah untuk orang-orang tersayang.. hehehe.. sekarang dah kena rancang hadiah apa yang sesuai untuk orang- orang tersayang ni.. paling penting baget kena ada.. hehehe.. Mudah-mudahan hujung tahun ni bertambah rezekinya..Masih juga tercari-cari lokasi untuk sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4 ni.. 3 tahun sebelum ni kami pernah sambut di Haven Restaurant.. tapi sekarang tempat tu dah tutup.. rasanya ada tempat-tempat menarik tak yang boleh korang cadangkan untuk sambut hari istimewa ni.. Kalau ada sudi-sudilah ye tinggalkan komen.. :-)

Cuba Fahami Kehendak Suami

Imej
Assalamualaikum dan aslam sejahtera,Entri kali ini saya petik dari sisipan surat khabar Utusan Malaysia bahagian Mega mode.. mungkin entri kali ini dapat dimanfaatkan untuk pasangan yang bakal berumah tangga atau yang telah pun berumah tangga.Setiap pasangan semestinya faham dan memahami kehendak pasangan masing-masing.. barulah mahligai yang dibina insyallah akan kekal sepanjang hayat.Nota : Si suami juga mesti memahi kehendak isteri.. sebaiknya kedua-dua pihak harus memahami kehendak masing-masing demi mengekalkan kebahagian rumah tangga.. insyallah

Sekuat Mana Kata Laluan Anda

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,Pagi tadi masa ontheway pergi kerja sempat dengar info ICT dari Kay Azlee di Bernama Radio24 tentang pengurusan kata laluan. Menurut saudara Kay Azlee sebaik-baik kata laluan mesti mempunyai lebih dari 8 aksara dan aksara tersebut dicampurkan dengan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.Jadinya untuk menguji sekuat mana kata laluan yang anda gunakan sekarang ni, bolehlah mencuba di laman web dibawah ni.. yang dikongsikan oleh saudara Kay Azlee.Uji kekuatan kata laluan anda di https://howsecureismypassword.net/Pastikan kata laluan anda tidak dikongsi dengan mudah dengan orang lain.. Berhati-hati juga ketika menggunakan Public Wifi pada masa kini, ini kerana kata laluan anda boleh dicuri melalui public Wifi ini.. terutama yang suka online di kedai mamak..

Pureen Stock Clearance Promotion this coming weekend

Imej
3 Minggu berturut-turut jualan barangan baby bulan ni.. bermula dari KLCC ke Mid Valley dan hujung minggu ni pulak di Gudang Pureen Petaling Jaya..Nampak gaya sediakan duit jelah ye yang rajin shopping barangan baby ni.. yang ada masa free tu bolehlah terjah ye.. kami tak pasti lagi pergi atau tidak sebab hujung minggu ni ada banyak temujanji pulak.. rasanya kalau ada masa boleh curi-curi pergi kot.. Cuma ikutkan pengalaman sebelum-sebelum ni.. memang ramailah orang pergi.. siap kena beratur lagi.. Tips nak gi jualan gudang ni.. kena datang awal dan kalau boleh elakkan guna stroller sebab memang susah nak gerak.

Talent Corp SFCF Oct 2013 – Bantu Graduan Mendapatkan Kerjaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Graduan sekarang sangat beruntung.. kalau dulunya masa saya mula-mula habis belajar kita yang kena bekerja keras mencari kerja dimerata tempat.. jarang-jarang nak jumpa seminar kerja atau pameran kerjaya.. tapi sekarang merata tempat diadakan pameran kerja yang memberi peluang kepada graduan untuk memilih kerjaya yang sesuai..Pendek kata majikan pulak yang sekarang mencari graduan.. sebagai contohnya baru- baru ini yang berlangsung di UiTM Shah Alam telah diadakan satu pameran kerjaya anjuran bersama TalentCorp SFCF dan UiTM selama 2 hari.Siapakah TalentCorp SFCF?TalentCorp SFCF merupakan badan yang menganjurkan Pameran Kerjaya kepada Graduan untuk sektor-sektor yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing. Secara tidak langsung menjadi 'platform' kepada graduan untuk memohon pekerjaan serta khidmat nasihat dalam pemilihan kerjaya masing-masing. Acara dua hari itu dirasmikan oleh YB Senator Dato 'Sri Abdul Wahid bin Omar, Mente…

Macam Kenal Je Macam Pernah Nampak Je

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sampai-sampai opis tadi terus selak paper utusan semalam.. sekali selak dekat page 9 bahagian Blogger Pilihan .com aku tengok ada satu gambar dekat sudut bawah paper tu macam aku kenal je budak-budak ni.. hehehe..Wah glamour korang ye senah.. masuk paper.. Tulah seronoknya jadi blogger ni.. boleh dapat ramai kawan, banyak network dan untung badan boleh terselit dalam paper.. :-)Giliran blogger mahamahu.com masuk paperAku kenal dua orang dalam gambar dekat atas tu.. kalau tak silap Cik Lilly dengan Bro Kuat Makan.. betul ke? mesti dia orang tak perasan muka dia orang masuk paper ni.. hehehe..

6th Maternity & Children Expo 2013 Bermula Hari Ini

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sangat beruntung orang yang tinggal dilembah Klang ni.. nak dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja sales atau expo barangan baby.. kalau minggu lepas kami terjah expo baby di KLCC insyallah rasanya hujung minggu ni.. satu lagi expo baby 6th Maternity & Children akan dibuat di Mid Valley Exhibition Center.Rasanya boleh lawan tak goodies bags yang kami dapat dekat KLCC hari tu.. heheheKepada yang nak shopping barang baby untuk hujung tahun ni.. nilah masanya.. nak beli barangan baby murah beli time expo macam ni.. cuma kena pandai memilih dan bezakan harga..Sebarang info boleh layari terus facebook : https://www.facebook.com/MaternityandChildrenExpo

Aksi Harraz Di Taska

Imej
Alhamdulillah hampir 2 bulan harraz dekat taska dah menunjukkan sedikit keserasian.. kalau hantar pagi dah tak menangis.. petang pun bila mama dia ambil dah seronok main dengan kekawan..
Salah sorang penjaga kepada harraz pun dah last day hari ni... sebab nak sambung belajar semula... kakak tulah yang banyak layan kerenah anak bujang aku tu.. terima kasih sebab jaga anak kami..




















Petang tadi tak mau balik.. seronok dah main kot...
posted from Bloggeroid

Alhamdulillah Smartphone Dah Keluar Wad ICU

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Setelah seminggu smartphone masuk wad ICU.. akhirnya semalam smartphone telah kembali semula ditangan.. alhamdulillah semuanya masalah dah diselesaikan.. punca kerosakan dikenal pasti dari cameranya.. camera belakang telah ditukar yang baru selepas focus tidak berfungsi sebelumnya..Disebabkan masih ada jaminan sehingga hujung bulan ni.. so tiada sebarang charge dikenakan.. so lepas ni kalau rosak dah kena charge lah ye gamatnya.. sempat tanya tadi kalau tukar camera baru ni.. tanpa warranty berapa kosnya.. menurut staff samsung tu.. dalam RM1xx juga kosnya..Hasil dari camera sebelum ditukar yang baru.. focus tidak berfungsi.. menjadikan semua huruf kabur.hasil selepas camera ditukar yang baru.. baru jelas dan terang,,Lepas ni dah bolehlah ambil menu makanan dengan lebih jelas dan terang lagi.. :-)

Goodies Beg Termahal di International Baby Expo 2013 KLCC

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Siang tadi sempat luangkan masa dengan family untuk terjah satu expo baby di KLCC, sebenarnya sejak Harraz dah besar sikit kami dah jarang datang ke expo baby ni sebab takda apa nak beli sangat.. kalau datang pun selalu cuci mata je.. tapi siang tadi datang memang dengan tujuan nak borong pampers Whoopee.. kebetetulan pampers sikecik ni dah nak habis.. so kami shoppinglah sikit pampers untuk stok satu bulan..Suasana pagi sebelum bilik pameran expo dibuka pada jam 10.30 pagi.Kena register dulu baru leh masuk bilik expo ni.. dekat sinilah dia orang akan bagi beg goodies, kalau datang berdua leh dapat 2 beg dengan syarat dua-dua register. Rugi kalau tak ambil beg goodies tu sebab dalamnya ada barang yang mahal diletakkannya.. nak tahu tunggu sat lagi aku aku bagi gambarnya diakhir entri ni.. Macam-macam gelagak anak aku ni dengan stroller baru dia… seronoklah tu dapat gi jalan-jalan.. heheheSuasana didalam dewan expo.. semakin lama semakin ramai …

Lubuk Duit Churp Churp Di Aktifkan Kembali

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan semua,Lama benar aku tak jenguk akaun churp churp aku.. rasanya dah hampir 6 bulan aku tak tengok.. sekali tengok ada duit rupanya dalam tu.. nilah masalahnya kalau malas.. rasanya kalau rajin aku mesti dah boleh jadi macam sorang rakan blogger tu yang boleh dapat cek 2K dari income churp churp je..Dalam jarang-jarang jenguk ada lagi duit RM40.27 dalam tu cuma sekarang nak cash out tak boleh sebab tak cukup jumlah yang layak untuk cashoutkan lagi.. so kena rajinkan diri semulalah untuk gali duit-duit dalam churp churp tu..Andai kata korang ni sorang yang aktif dalam twitter dan facebook apa kata korang jangan lepaskan peluang yang ada untuk gali duit dalam churp churp ni.. sekurang-kurangnya sambil-sambil ONLINE atau bertweet tu korang boleh buat duit sampingan..Yang dah ada akaun tu korang jenguk-jenguklah balik akaun korang tu.. entah-entah ada banyak duit dalam tu yang korang tak perasan.. yang belum daftar lagi dan takda akaun churp churp …

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura - Setiap 10 Muharam

Imej
Assalamualaikum semua,
Bersempena dengan kehadiran 10 Muharam 1435H pada hari esok saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan oleh kita semua, menurut ustaz yang menyampaikan kepada saya sebelum ini.. katanya kalau tak dapat nak buat semua perkara sunat tu.. dapat buat satu pun memadailah dari tak buat apa-apa langsung..

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2 
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kec…

Smartphone Masuk Wad ICU

Imej
Nampaknya semingu ni tak dapatlah nak layan candy crush dekat phone.. phone sekarang dah masuk wad ICU.. sakitnya macam sikit je.. tapi kata orang selagi ada warranty tu ada baiknya hantar je ke service center.Sakit phone ni cuma pada cameranya sahaja.. masalah pada focus.. kalau nak capture gambar yang ada tulisan semua nampak kabur.. kalau sebelum ni tulisan halus macam mana pun still boleh capture dengan jelas.. sekarang seolah-olah auto focus tak berfungsi.Langkah awal aku dah buat dengan format semula dengan reset balik phone ni.. tapi tak berjaya juga.. bila aku check warranty ada lagi rupanya jaminan sampai 27hb november ni.. kurang lagi 2 minggu rasanya.. selamat masa aku beli dulu dapat warranty 2 tahun.. kalau tak confirm dah kena bayar punya..Harap-harap lepas keluar wad nanti. fungsi kamera tu dapat seperti sediakala semula.. kalau tak.. mungkin nak kena jual lelong kot.. hehehe.. ada yang minat tak?Bercuti dari bersmartphone seminggu….. :-(

Tangisan di Kedai Gunting Rambut

Imej
Nilah hadiah daddy dengan mama sempena harraz berumur setahun 11 bulan.. hehehetaknak… taknak…Wajah sugul seolah-olah dah tahu apa yang nak buat dengan dia.. :-)ni merupakan kali ke dua harraz gunting dekat kedai ni.. sebelum ni masa umur dia genap setahun lagi.. siap tukang gunting tu tanya… sebelu ni pernah bawak sini ye.. heheheWalaupun nangis tetap teruskan gunting juga..Handsome tak saya fuang, tok ayah & tok ibu.. :-)