Goodies Beg Termahal di International Baby Expo 2013 KLCC

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Siang tadi sempat luangkan masa dengan family untuk terjah satu expo baby di KLCC, sebenarnya sejak Harraz dah besar sikit kami dah jarang datang ke expo baby ni sebab takda apa nak beli sangat.. kalau datang pun selalu cuci mata je.. tapi siang tadi datang memang dengan tujuan nak borong pampers Whoopee.. kebetetulan pampers sikecik ni dah nak habis.. so kami shoppinglah sikit pampers untuk stok satu bulan..

Suasana pagi sebelum bilik pameran expo dibuka pada jam 10.30 pagi.

Kena register dulu baru leh masuk bilik expo ni.. dekat sinilah dia orang akan bagi beg goodies, kalau datang berdua leh dapat 2 beg dengan syarat dua-dua register. Rugi kalau tak ambil beg goodies tu sebab dalamnya ada barang yang mahal diletakkannya.. nak tahu tunggu sat lagi aku aku bagi gambarnya diakhir entri ni..

Macam-macam gelagak anak aku ni dengan stroller baru dia… seronoklah tu dapat gi jalan-jalan.. hehehe

Suasana didalam dewan expo.. semakin lama semakin ramai pengunjung datang.. untuk shopping dengan window shopping..

Pelbagai toys untuk budak-budak.. kalau ruang rumah besar sesuai beli permainan ni.. tapi rumah sempit macam kami tak sesuai kot..

First time juga jumpa jenama minyak rambut baby ni dari minyak kelapa dara.. so beli juga satu untuk test dekat harraz.. sebab sebelum ni semua minyak rambut yang berminyak tak sesuai dengan kulit kepala dia.. sentiasa berkuping kulit kepalanya.. menurut jurujual minyak kelapa dara ni.. minyak ni dapat atasi masalah berkuping pada kepala baby.. test dulu kalau ok next time boleh beli lagi

Philips Avent ni sentiasa ada dimana-mana sahaja expo baby.. putting susu masa ni sangat murah.. Cuma kebetulan saiz yang kami nak dah habis..

First time aku jumpa pampers jenama baru dekat expo ni.. Pamper jenama Joy Link.. Cuma harga agak mahal sikit dari Whoopee iaitu RM27.xx kalau Whoopee dekat expo ni baru RM25 sahaja untuk semua size

Buai ni pun unik juga sebab boleh bergerak sendiri .. se makin canggih alatan baby sekarang ni..

Car seat untuk baby ni sangat unik dekat expo ni.. boleh pusing secara automatic 360 darjah.. hebatkan

Hasil tangkapan di expo siang tadi.. borong 4 bungkus dulu.. sebab next week ada expo baby lagi dekat mid valley pulak..

Dumix Mamil All n One

Nilah dia isi goodies beg dari expo baby di KLCC siang tadi… rasanya sepanjang aku pergi expo 2 tahun yang lalu nilah barangan paling mahal yang pernah dia bagi dekat pengunjung.. kalau korang nak tahu susu formula diatas dari jenama Dumex Mamil ni berharga RM42.70 (1-3 tahun) dan RM38.90 (4 tahun ke atas).. mahalkan.. rezeki harrazlah ni.. Cuma yang 4 tahun ke atas tu kena bagi dekat kawan-kawan atau saudara mara rasanya sebab harraz tak cukup umur lagi nak minum yang 4 tahun tu.. dan tarikh expired susu ni pun Disember 2014.

Ulasan

  1. Pergh!
    Aku pun lama tak pergi bila anak dah besar nie...
    jenuh nak control 2 orang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak