Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Pengalaman di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Urusan Gigi

Imej
Assalamualaikum & salam hari Jumaat yang mulia,
Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya.. kali ni saya nak share pengalaman berurusan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang baru di Jalan Fletcher.. selalu kita dengar berurusan di klinik atau hospital kerajaan ni lambat dan tak mesra pelanggan.. itu yang netizen selalu sembang dalam media sosial..
kredit : foto Bernama

So buat pertama kalinya saya memang ada masalah dengan gigi.. so sebelum ni ada juga berurusan dengan klinik gigi swasta untuk rawatan gigi.. jadinya saya nk rasa sendiri buat rawatan gigi di hospital kerajaan pulak.. macam mana pengalaman tukan..
Untuk pengetahuan semua saya memang ada masalah dari kecik lagi nak mengadap muka Dr. gigi ni.. hahaha.. mungkin fobia masa kecik dulu time cabut dan tampal gigi dekat sekolah dulu.. jadi sampai ke tua ni fobia tu terbawa-bawa.. alhamdulillah juga jarang-jarang kena sakit gigi.. kekadang tu setahun adalah sekali.. bila sakit guling-giling atas katil jelah dan makan ubat.. he…