Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Ujian Saringan Kemasukan Tahum 1 SIRAJ

Imej
Alhamdulillah syukur masih diberikan kesihatan berpanjangan sehingga ke hari ini.. Pejam celik anak teruna kami dah nak masuk 7 tahun... jadinya tahun depan nak masuk sekolah darjah 1 dah.. biasanya pertengahan tahun macam nilah mak ayah sebuk daftar anak untuk masuk sekolah yang dipilih.. Macam kami dah prepair juga beberapa sekolah untuk Harraz.. antara salah satunya Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi di Jalan Kg. Pasir, Pantai Dalam. Untuk sekolah integrasi ni.. kemasukan pelajar akan dipilih mengikut keputusan ujian yang akan diambil oleh bakal pelajar.. jadinya untuk kemasukkan sesi tahun 2018 ujian diadakan pada hari ini sabtu 13 May... Apa pun kami sekeluarga mendoakan semoga anak dapat membuat ujian sebaiknya dan sekadar yang mampu.. kami tidak mengharapkan 100% untuk ke sekolah ni sebab andai tidak terpilih kami ada juga sediakan sekolah pilihan yang lain.. sekurang kurangnya kami dapat uji tahap kebolehan anak kami hari ini.. Good luck Muhammad Harraz Fahim...

Perangkap Lipas Dalam Kereta Tanpa Kos

Imej
Macam-macam cara dah buat untuk halau, buang dan matikan lipas dalam kereta yang bersarang 7 keturunan ni.. tapi kebanyakkannya semua gagal.. Lepas buat google maka jumpalah satu cara yang sorang akak ni ajar guna bahan-bahan terbuang dekat dapur.. Bahan-bahan yang diperlukan.. 1-Minyak masak terpakai yang nak dibuang 2-Sedikit majerin @ planta 3-Sedikit susu @ belacan 4-Bekas @ balang terpakai Campurkan semua bahan 1-3 dalam bekas dan letakkan dalam mana-mana sudut dalam kereta..  Sebaiknya letakkan semalaman dalam kereta.. dan hasilnya anda sendiri takkan menyangka hasil dapatan dalam bekas @ balang yang ada campuran minyak terpakai tadi.. Nilah hasil yang kami dapat 13 ekor bapak, emak, anak dan cucu lipas mati kelemasan dalam bekas ni.. Selamat mencuba rakan-rakan semua.. pastikan jangan pulak terpijak bekas yang disimpan dalam kereta tu.. nanti cerita lain pulak jadi.. hehehe.

Sport Day Little Caliphs Pantai Baharu 2017

Imej
Tahun ni merupakan tahun ke-3 anak di Tadika Little Caliphs Pantai Baru, dan merupakan tahun terakhir anak disekolah ni.. sebab tahun depan dah masuk sekolah darjah 1...  Hari ni pulak tadika buat hari sukan dan merupakan sukan terakhir yang anak akan sertai... untuk kali ini anak diberi tanggungjawab menjadi ketua pasukan mewakili sekolah tadika beliau..  Semoga program hari ini berjalan dengan lancar dan diberi keselamatan semuanya... amin..

Dividen Bank Rakyat 2016 15%

Imej
Alhamdulillah akhirnya pengumuman dah dibuat hari ini.. walaupun lewat diumumkan berbanding tahun sebelumnya.. alhamdulillah masih diberikan dividen kepada pemegang saham sebanyak 15%.. Dividen juga telah dikreditkan kedalam akaun simpanan pemilik saham.. macam saya sebelum ni ada beli RM500 so dapatlah RM75.. Syukur janji ada.. Berita lain boleh rujuk BHarian Online