Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Dugro 5 Power Nutri Pilihan Ibu-Ibu Di Malaysia

Imej
"Artikal tajaan selama 48 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Seperti yang anda sedia maklum semua, baru- baru ini Dumex Malaysia telah melancarkan Dumex Dugro 5 P♥wer Nutri, rangkaian susu untuk kanak-kanak membesar yang menyokong tumbesaran menyeluruh bagi perkembangan kanak-kanak.


Dumex Dugro 5 P♥wer Nutri merupakan satu formula yang menyokong perkembangan tumbesaran menyeluruh untuk kanak-kanak membesar. Tumbesaran menyeluruh termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan.
Dugro telah mempertingkatkan rangkaian susu sedia ada mereka dengan menghasilkan pilihan varian berasaskan fungsi, dan bukan sekadar perisa, bagi menambahkan khasiat kebaikan produk Dugro.




Varian asli kini diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, manakala varian Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Varian Coklat Strawberi telah dipertingkatkan…

Anak Buat Perangai Depan Pintu

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sekarang Harraz dah pandai kalau nak jalan.. dia dulu akan pergi depan pintu untuk tunggu kita orang.. kalau lambat je bukak pintu.. macam nilah perangai dia..Boleh pulak dia terbaring depan pintu tu guling-guling.. anak bertuah daddy betul..merengek-rengek nak suruh bukak pintu cepat-cepat..tengok tu dia gelakkan kita pulak tu..hai.. dah pandai tunjuk 1 Malaysia pulak.. hehehe..Semakin hari semakin bijak sangat anak bujang aku.. kalau bab mainan tu.. selagi dia tak tidur memang janganlah nak gi kemas mainan dia.. memang dia akan sepahkan satu rumah punya..Alhamdulillah dah pandai main sendiri sekarang ni… dah mula ada beberapa perkataan yang jelas keluar dekat mulut dia.. macam.. “bukak”… “susu”…. “Taknak”…. “mama”… “yah yah”.. gigi pun dah banyak yang tumbuh..Semoga Harraz terus jadi anak yang soleh dan bijak satu hari nanti.. Amin..Cuma ada sedikit sedih.. tadi gi jumpa doktor buat rawatan sakit belakang.. doktor tak bagi aku dukung anak ak…

Untungnya Jadi YB dekat Sarawak.. Gaji Naik 3 Kali Ganda

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Kalaulah gaji aku tahun ni diumumkan naik 3 kali ganda sudah tentu masalah aircond kereta aku akan selesai.. hehehe.. Paling tidak cik isteri mesti tersenyum-senyum keriangan..  tapi apakan daya aku bukan YB atau Menteri so terima jelah gaji tahunan yang akan diberikan nanti…mungkin ada mungkin juga takda..huhu..Aku sebenarnya tertarik dengan gaji menteri dengan Adun di negeri Sarawak yang baru diumumkan naik 3 kali ganda.. memang terbaiklah.. rasa-rasa YB dekat semenanjung ni naik gaji juga tak? hahaha..sumber foto : googleMaklumat lanjut korang baca berita sumber dari BERNAMA dekat bawah ni..KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 …

Kerosakan Aircond Kali Ke-3.. Barai!!

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Kekadang ada juga aku terfikir aku ni kena tipu dengan kedai aircond ke apa ni.. sebab ni dah masuk kali ke-3 aircond kereta aku buat perangai tahun ni.. last buat perangai hujung minggu lepas masa aku dengan adik aku ontheway balik dari kajang.. dahlah cuaca panas sangat.. ada pulak anak kecik aku ikut sekali memang dugaan betullah.. kalau budak bolehlah pakai pampers je dalam kereta sebab panas.. aku ni takkan nak pakai seluar kecik jekan.. hahaha.Belum ada lagi 2 bulan aku kena 1,xxx.xx tukar komponen aircond.. ni buat hal lagi.. baru aku ingat kalau dia nak rosak pun tunggulah lagi 5 tahun.. sebab semua dah tukar baru.. kusangka sejuk sepanjang masa.. rupanya panas ditengahari.. huhu.Dahlah hujung minggu ni nak balik Johor minggu depan pulak nak balik Penang dan ke Kedah pulak.. kalau tak repair memang menggeluparlah anak bini aku dalam kereta.. semalam aku dah hantar gi bengkel aircond.. dia kata mungkin compressor aku dah jem..Nilah rupa…

Rezeki Harraz Untuk Beli Susu Dan Pampers

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Alhamdulillah walaupun aktiviti blogging aku agak slow sekarang ni.. masih ada rezeki dari site income blog ni.. setelah beberapa bulan tak dapat cek dari Nuffnang.. tadi pagi sampai opis je dah ada 2 keping surat atas meja.. rasanya semalam sampai kot.. tapi disebabkan aku tak masuk opis semalam sebab buat kerja luar so kerani opis tu letak atas meja aku je.Bolehlah buat beli susu formula dengan pampers anak nanti.. kali ni rasanya anak aku kena tukar susu formula yang lagi mahal.. sebab dah 2 jenis susu formula murah yang aku bagi tak serasi.. setiap kali nak buang najis asik derita je..Demi anak terpaksalah juga belikan susu formula yang mahal gamatnya.. harap-harapnya takda lagi masalah sembelit lepas ni..** Doakan aku sentiasa sihat supaya dapat terus merapu dalam blog kesayangan aku ni.. **

Window Shopping Mom And Baby Expo 2013

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Hari ni sempat bawa cik isteri untuk window shopping di Mid Valley Exhibition Center sempena Mom & Baby Expo 2013.. Disebabkan tak nak berebut-rebut tempat parking seawal jam 10.30 pagi kami bertiga dah sampai parking Mid Valley.. memang tepat jangkaan baru 30 minit dibuka dah banyak tempat parking penuh.. alhamdulillah dapat juga tempat parking yang dekat dengan pintu masuk utama Mid Valley.Mom & Baby Expo 2013 ni dah berjalan 3 hari bermula pada hari jumaat dan berakhir pada ahad.. disebabkan jumaat & sabtu aku duty.. so hari ahad jelah yang aku free untuk bawa family jalan-jalan dekat expo tuSetiap kali ada expo, Jenama Avent ni memang mesti ada.. kali ni menarik sikit.. kalau ada bawa botol susu lama tak kira apa jenama.. boleh tukar dengan botol susu Avent baru dengan tawaran harga murah.Punyalah ramai orang beratur nak ambil goodies bag.. aku dengan cik isteri malas nak beratur.. so memang lalu jelah dekat bahagian registrati…

Lahirnya Harraz Dream Enterprise

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Pejam celik hari ni 8hb Mei genap usia anak comel aku setahun 5 bulan.. semakin hari semakin berakal dan cerdik.. sekarang kalau merajuk dah pandai menyorok belakang pintu.. yang ni ikut perangai mama dia kot.. hahaha.. kalau marah pulak.. dah pandai pukul-pukul manja dan tepuk-tepuk badan aku.. hehehe.Wajah ceria selepas baik dari demam.. alhamdulillah demamnya pun dah beransur pulih, 2 hari jugalah di merengek-rengek semua serba tak kena.Bersempena juga dengan usia si comel aku ni setahun 5 bulan.. aku dah buatkan satu pendaftaran syarikat atas nama si comel aku ni “Harraz Dream Enterprise”.. lepas ni bolehlah kami berniaga kecil-kecilan laksa tepi rumah… heheheSebenarnya company ni di daftarkan untuk perniagaan Cik isteri yang tengah berjinak-jinak dalam perniagaan online.. Diharapkan lepas ni.. rezeki kami sekeluarga akan terus bertambah.. amin.. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. kalau tidak dicuba perniagaan ni.. ma…

Upgrade Maxis Broadband 4GB Ke 8GB Secara Percuma

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Demam PRU13 masih kelihatan di laman-laman media sosial seperti facebook, twitter dan blog.. walaupun mandat telah diberikan kepada Barisan Nasional seawal pagi tadi.. Apa pun tahniah kepada calon-calon yang menang.. yang tewas masih ada peluang pada PRU14 nanti jika terus memberikan sumbangan kepada rakyat walaupun tidak terpilih menjadi YB kali ini,Jom kita tinggalkan dulu demam PRU13 tu.. kita fokus pada tajuk entri diatas tu.. sapa yang tak suka bila qouta data 4gb pada masa sekarang diupgradekan kepada 8gb secara percuma..Beberapa hari yang lepas semasa aku nak semak akaun broadband aku pada laman sesawang Maxis.. tetiba aku terpandang kepada satu pakej broadband yang ditawarkan oleh maxis..yang mana pakej yang ditawarkan kali ini nampak menarik seperti didalam gambar diatas.Dengan pakej baru ini.. maxis menawarkan 8 GB (4+4) quota data dengan bayaran bulanan RM68 sahaja.Jadi tanpa berlengah lagi terus aku masuk dalam akaun broadband aku.…

Demam Pertama Untuk Tahun 2013

Imej
Setelah sekian lama tak demam baru hari ni si Harraz ni demam.. Kalau tak silap untuk tahun 2013.. Nilah kali pertama dia demam..



Mama dia cakap.. Masa gigi nak tumbuh tak demam pulak.. Gigi dah banyak dah tumbuh atas bawah..

Mungkin juga sebab dia nak belajar bercakap kot... Sebab dua tiga menjak ni asik nak kena layan bersembang...

Harap-harap tak lamalah demamnya.. Sebab esok aku kena duty untuk PRU13.. Nampak gaya mama dialah kena jaga sorang-sorang dekat umah..

Kalau anak nak pandai bercakap memang demam ke.. Hehehe
posted from Bloggeroid

Sesi Terjah Nasi Arab SAM Hadramawt Petaling Jaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Cuti hari buruh untuk kali ini kami sekeluarga tidak habiskan masa cuti tu untuk berehat dirumah.. tapi kami habiskan untuk ronda-ronda sekitar KL dan waktu tengahari kami terjah satu restoran nasi arab di kawasan Petaling Jaya.Untuk kali ini restoran yang kami terjah adalah restoran SAM Hadramawt di Jalan SS6/12 Kelana Jaya, Petaling Jaya.Kebetulan cik isteri pernah sekali makan direstoran ni.. jadi ini kali aku pulak yang nak rasa sendiri masakan arab dekat restoran ni. Kalau di Penang kami pernah terjah restoran Hira’a.. dan bagaimana pula rasanya restoran SAM Hadramawt ni..Sempat juga aku ambil beberapa keping gambar sebelum handphone kehabisan bateri. Jom kita tengok apa yang ada dalam menu SAM Hadramawt ni..Kalau tengok menu.. sama seperti dekat restoran arab yang lain.. disebabkan aku ni dah selalu makan Chicken Mandy.. kali ini aku nak rasa pulak Chicken Haneeth dan cik isteri mencuba Lamb Haneeth..Harga macam biasalah kalau dah namann…