Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-8 di 1 Muharram 1439H

Alhamdulillah pejam celik dah genap 8 tahun aku menikahi isteri aku.. susah senang.. merajuk.. menangis.. bergurau.. senyum dan ketawa dah jadi asam garam berumahtangga ni..

Sebagai seorang ketua keluarga sifat tolak ansur penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga..

Alhamdulillah cahaya mata penyejuk hati juga dah nak masuk 7 tahun.. insyallah tahun depan dah masuk sekolah darjah 1... bermulalah episod belajar tanpa henti..

Sempena masuk tahun baru islam ni.. kami sekeluarga mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam seluruh dunia.. dan doakan juga keluarga kami sentiasa aman bahagia sehingga ke Syurga... amin..

Mesin Basuh Nazak... Oh Tidak...

Imej
Menjangkau usia 8 tahun Mesin basuh separuh auto aku buat hal kali ke-2, 2 tahun yang lalu pernah buat hal juga tengah2 basuh motor berhenti pusing.. sekali check rupanya motor dah jem.. so penyudahnya pergi kedai Jalan Pasar area pudu beli sparepart dan repair sendiri.. 
Alhamdulillah sampai sekarang masih boleh mencuci..walaupun kekadang tak sekuat sebelumnya.. Tapi 3 hari lepas, lepas je nak cuci nak pindah ke pengering.. tekan butang kering tu.. takda apa respone macam sebelum ni.. senyap sunyi habis tombol tu pusing ikut waktu kering.. keluarkan baju masih basah lagi.. maknanya pengering tak berfungsi... huhu..
Lebih kurang macam nilah aku punya dekat rumah tu jenama Sharp separa auto

Penyudahnya perah pakai tanganlah satu-satu baju tu.. 
Disebabkan kami ni memang akan basuh baju 2 kali seminggu nak tak nak kena cari gantian baru untuk mudahkan kerja-kerja kami..
Dan keputusannya beli baru yang automatik sepenuhnya ... Hope yang baru ni dapat bertahan lama sikit.. kebetulan kata…