Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Peluang Menang Syiling Emas Dari MotorTakaful Dot Com

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Pernah dengar MotorTakaful.com.. ianya merupakan satu laman web untuk membolehkan anda memperbaharui insurans kenderaan secara online. Apa yang menariknya jika anda memperbaharui insurans kenderaan melalui MotorTakaful.com ni, anda akan diberikan diskaun 10% dari jumlah bayaran yang akan anda bayar..Saya telah menggunakan service dari MotorTakaful.com sejak dari tahun 2011 lagi.. dan alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang berurusan dengan MotorTakaful.com ni.Untuk Promosi sehingga hujung bulan ini.. MotorTakaful.com menawarkan hadiah untuk dimenangi bagi sapa-sapa yang mendaftar melalui laman web mereka sehingga 31 Ogos 2013.Hadiah yang ditawarkan adalah syiling emas 916 bernilai RM1000.00.. siapa tahu rezeki anda! Jom daftar untuk mendapatkan peringatan awal tarikh luput insurans kenderaan anda… DAFTAR SEKARANG

Kenanga Wholesale City KL VS Plaza GM Klang

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Sebut sahaja Kenanga Wholesale City dengan Plaza GM pasti korang dah terbayang apa yang ada dekat dalam tu kan.. Bagi peniaga dan pemborong pakaian 2 lokasi tulah menjadi syurga beli belah untuk korang terjah.Lepas raya ni je aku terjah 2 kali Plaza GM Klang, Sebelum ni aku dah pernah pergi  sekali.. cuma masa tu kedai-kedai dekat Plaza GM tu masih dalam bangunan di atas tanah.. tapi yang aku datang kali ni.. semua peniaga dah pindah dekat bangunan baru bersebelahan dengan bangunan lama tu..Bangunan baru pusat borong pakaian, Plaza GM KlangBuat masa sekarang ni parking masih free lagi.. sama seperti Kenanga Wholesale City dulu masa mula-mula buka.. parking free tapi sekarang dah kena bayar ye..Bermula dari pakaian dan mainan kanak-kanakRambang mata tak tahu nak beli apa..anak aku habis semua ditunjuknya nak beli.. hehehelast-last dapat juga 2 bodyguard dari Spiderman.. heheheRumah baru memang sesuai borong karpet ni.. murah-murahreplika kereta…

Tong Gas Habis Pulak

Imej
Hampir-hampir di malukan oleh tong gas sendiri... Mana tidaknya tetamu dah datang.. Tup-tup nak masak tetiba api dkt dapur masak padam... Alamak adakah gas masak aku dah habis.. Check-check memang dah ringan.. Tengok tarikh bila aku tukar tong gas tu.. Mak ai lagi sebulan genap setahun.. Memang patutlah habis.. Hehehe. Nak gi beli baru mana ada kedai bukak jam 11.00 malam.. Selamatlah aku dah beli sikit lauk sebelum sampai rumah.. Memang dah prepair awal.. Kalau-kalau tak sempat masakkan.. Selamatlah yang datang ni sepupu cik isteri.. Dan dia orang pun jenis tak kisah... Pagi-pagi tadi aku dah beli yang baru.. So lepas ni kalau dah cukup 11 bulan lagi kena siap-siap gi tukar yang barulah.. Jimatkan dekat rumah aku setahun baru tukar gas masak... He3.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Berjaya Dapat RM1000 Dari SKMM

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Alhamdulillah hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku membantu cik isteri membuat permohonan untuk Program Get Malaysia Business Online (GMBO) di bawah SKMM.. yang mana dengan membuat permohonan ini sekiranya berjaya anda akan mendapat bantuan kewangan RM1000 dari pihak kerajaan melalui peruntukan bajet 2013. Rasanya dah ramai tahu tentang program ni.. dan mungkin dah ramai juga yang dah berjaya dapatkan bantuan kewangan ni.. cuma aku nak kongsikan semula kalau-kalau ada yang dah lupa.. sebab sangat rugi tak ambil peluang yang ada.. orang nak bagi duit kita ambil jelahkan.. bukan sikit ye.. RM1000.. macam-macam boleh kita guna untuk kembangkan business online kita.Pada awalnya aku sendiri tak ambil kisah tentang program ni.. tapi lepas cik isteri beritahu yang dia nak cuba apply aku kata boleh apa salahnya cuma kena adalah satu website yang berdomainkan dot com dot my atau dot my baru layak.. dan satu lagi kena buat pendaftaran syarikat denga…

Serba Salah Dengan Pengasuh Harraz

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. perasaan serba salah mula bermain-main difikiran kami sekeluarga.. Sejak dari  kes pengasuh merajuk sampailah pengasuh nak pindah ikut suami.. dari tahun lepas lagi kami sememangnya dah cuba apply taska dekat opis cik isteri.. disebabkan terlalu ramai permohonan so kenalah tunggu giliran.. itu kata cik isterilah.Sememangnya anak dah membesar dekat rumah pengasuh sejak usia 3 bulan sampailah sekarang dah nak masuk setahun 9 bulan.. keakrapan anak-anak pengasuh dengan harraz pun dah macam adik beradik.. kekadang kalau seminggu tak hantar harraz sebab balik kg. anak pengasuh dah nangis-nagis rindu dekat harraz.. nikan pula kami nak pisahkan mereka.. huhu..nilah gaya tidur setelah penat bermain..2 hari lepas masa cik isteri dekat Terengganu penjaga taska dekat opis dia ada call yang kami dah berjaya  dapat tempat untuk hantar anak ke taska opis cik isteri tu.. bayangkan lebih setahun mohon baru s…

Isu-Isu Hangat Minggu Ini Semua Berkaitan DUIT

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Hari ni baru masuk keje lepas 4 hari bercuti bermula dari sabtu sambung isnin dengan selasa.. kena pulak tu dalam 2 hari isnin dengan selasa langsung takda bekalan internet memang duduk macam dalam gua jelah.. selamat ada TV dekat rumah bolehlah update sikit-sikit berita yang tengah hot sekarang ni..Ikutkan jadual asalnya isnin dengan selasa tu aku ikut cik isteri ke Terengganu.. tapi last minit cancel so cik isteri je yang pergi dengan member opis dia.. aku duduk umah jaga si comel tu sehari.. sehari lagi aku hantar dekat rumah pengasuh..internet takde pun takpelah janji ada si comel ni teman dekat rumah pun dah ok…Minggu ni memang sangat panas pasal cerita PINJAM DUIT.. semua cerita berkaitan dengan dengan PINJAMAN.. kalau bulan lepas sebelum ni panas dengan syarat baru pinjaman peribadi maximum 10 tahun je dengan pinjaman rumah maximum 35 tahun.. minggu ni hot pulak dengan pinjaman PTPTN yang akan dimasukkan dalam senarai CCRIS dan pinjaman…

Hadiah Hari Raya | Cosway Hexagon Water Filtration System 2

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Hari Raya ni orang lain dapat duit raya.. tapi anak aku dapat hadiah raya dari Tok ibu dengan Tok ayah dari kampung.. Kali ni Atuk Harraz hadiahkan penapis air dari Cosway untuk cucunya.. Mungkin juga mak mertua aku kesian kot tengok aku minggu-minggu usung air mineral 10 liter naik tangga.. tu yang dia hadiahkan dengan penapis air baru ni.. hehehe.. Apa pun terima kasih ibu & ayah sebab belikan penapis air buat kami sekeluarga.Model cilik penapis airSejak si comel kami ni bertukar minum dengan susu formula aku memang jaga bab air yang digunakan untuk bancuh susu tu.. memang aku tak guna langsung air paip dekat rumah tu.. biarlah aku susah-susah usung air mineral naik tangga dari bagi anak aku minum air yang tak bersih.. bukan apa.. air paip dekat rumah tu guna tangki.. so kalau beberapa hari aku tak guna air paip tu.. nanti warna karat yang akan keluar.. sebab tu aku risau nak bagi dia minum guna air paip tu.. walaupun kena masak sekali.B…

Isi Borang Penamaan KWSP Secara Online

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Samada dah lama diaktifkan atau tidak aku tidak pasti sebab kebetulan tadi aku nak semak akaun 1 aku untuk tambah pelaburan unit amanah melalui pengeluaran KWSP.. Jadi sajalah gatalkan tangan ke bahagian PENAMAAN.. memang sebelum ni aku dah letak penama dekat akaun KWSP aku.. sebab mana tahu tetiba satu hari aku dijemput kembali kerahmatullah takdalah waris atau keluarga aku menghadapi masalah untuk menuntut wang KWSP aku yang tak sampai sejuta tu.. hehehe.Bila aku semak pada bahagian PENAMAAN aku baru perasan telah ditambah dengan butang “Borang Web Penamaan” maknanya kita dah boleh kemaskini penama  dan tambahn penama dekat akaun KWSP kita secara online.. kalau sebelum ni..nak letak penama kena pergi isi borang dekat pejabat KWSP.. tapi sekarang borang boleh diisi secara online dulu lepas tu dah siap isi dicetak dah dihantar ke Pejabat KWSP berdekatan.. kiranya jimatlah masa kita nak menunggu dengan isi borang dipejabat KWSP nanti.** Kalau s…

MENANGI BAUCER RM1000 DARI PINWHEELS DOT MY

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Pernahkah anda mendengar nama PINWHEELS sebelum ini? jika tidak biar kami yang terangkan sedikit tentang PINWHEELS DOT MY.. Ianya merupakan pusat membeli belah pakaian bayi dan kanak-kanak secara online store.Di PINWHEELS DOT MY terdapat ratusan pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak  lelaki dan perempuan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anak-anak anda..Persoalan yang sering bermain difikiran pembeli online ni adalah.. Adakah selamat untuk membeli-belah secara online ni? ini jawapan dari mereka..“Ya! Kami adalah satu laman yang benar dan kami menggunakan pembayaran Molpay (untuk pembayaran direct debit) dan Paypal (untuk pembayaran credit card)”
Untuk itu PINWHEELS DOT MY mengajak anda semua utuk membeli belah di Online Store mereka dan untuk kempen bulan ini mereka  akan melancarkan Pertandingan Foto dari 15 Ogos hingga 8 September 2013. Hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan adalah RM1,000 Baucar Membeli-belah Pinwheels.
Bagaiamana Unt…

Jom Bakar Kalori

Imej
Pejam celik dah masuk hari raya ke 4.. Dah bermacam-macam jenis kuih raya.. Lemang.. Ketupat.. Lepat.. Burasak.. Laksa.. Mee sup.. Mee udang.. Masuk dalam kantung perut.. Jadinya dah tiba masanya nak gi bakar lemak-lemak yang parking dekat perut ni.. Cukuplah one pax yang ada tu.. Tiba giliran keluarkan peluh di kebun belakang rumah.. Lama tak jenguk kebun pak mertua ni... Dah semak rupanya.. Tenaga pun tak sekuat zaman bujang dulu.. Kalau dulu masuk kebun sehari pun takpe.. Sekarang baru masuk kurang satu jam dah pancit.. Tu yang rehat kejab ni.. Sambil update blog ni.... Ingat dalam kebun tak boleh update blog ke.. He3.. Celcom berukbandkan ada.. Mana-mana pun ada internet.. Oklah.. Pak mertua dah jeling tu.. Jom sambung kerja sikit lagi... He3..Published with Blogger-droid v2.0.10

Tema Raya Tahun Ini Jubah Pak Arab

Imej
Salam hari jumaat semua.. Macam mana raya korang semua tahun ni... Pastinya sangat meriahkan.. Dilaman sosial facebook juga tak kurang meriahnya dengan gambar-gambar suasana hari raya yang korang upload dari semalam.. Kami di Penang tahun ni menyambut hari raya dengan tema jubah pak arab yang di sponsor oleh ibu dan ayah mertua.. Hari kedua ni kami sekeluarga akan start berkunjung ke rumah saudara sebelah cik isteri.. Hari raya pertama kami tak kemana-mana sebab saudara mara family cik isteri berkampung di rumah mertua.. Memang meriah sangat.. Published with Blogger-droid v2.0.10