Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Hentian Pudu Raya Tidak Seperti Dulu

Imej
Salam semua,Alhamdulillah syukur.. setelah 4 hari berjauhan dengan yang tersayang & myvitrd junior kini aku bersama mereka semula untuk seminggu lagi.Wajah ceria Muhammad Harraz Fahim time daddy dia nak balik…Untuk pengetahuan korang sebenarnya hampir 2 tahun aku tak naik bus dekat hentian pudu raya ni, semalam merupakan kali pertama aku naik bus dekat situ setelah pudu berwajah baru.Nak tahu bagaimana wajah-wajah ceria hentian pudu raya ni sekarang.. jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semalam petang.Keluar-keluar dari lrt terus menuju pintu masuk belakang hentian pudu raya.. masuk-masuk terus blur kejab.. sebab tak tahu nak menuju dekat mana untuk beli tiket.. apa yang aku nampak.. banyak gerai-gerai dan bangku tempat menunggu.. memang jauh sekali bezakan dengan sebelum ni.Tetiba aku terpandang satu papan tanda.. “Kaunter Tiket di Tingkat 1”.. terus naik tangga menuju ke lokasi..Dalam perjalanan menuju ke kauter jualan tiket.. tetiba terpandang satu papan tan…

Azam Tahun 2011 Dua Tercapai Satu Terkubur

Imej
Salam semua,
Sebelum aku memulakan cerita ada baiknya korang yang tak tahu lagi azam tahun 2011 aku boleh baca dientri tu.
Setiap manusia biasanya ada azam atau target yang nak dicapai.. tak kiralah sepanjang hayat.. sepanjang tahun atau sepanjang bulan.
Bagi aku syukur alhamdulillah untuk tahun 2011 ni.. 2 azam aku berjaya aku capai walaupun satu daripadanya terkubur begitu sahaja.

Azam nak berpindah ke rumah baru.. alhamdulillah telah tercapai pada bulan mei yang lalu.. dan paling menggembirankan juga sebulan sebelum aku berpindah ke rumah baru aku dapat tahu yang cik malarang telah berbadan dua.. syukur alhamdulillah.

Dan pada tarikh 8-12-2011 jam 6.05 petang seorang hamba allah telah lahir kemuka bumi ini bagi menyeriakan lagi keluarga kami.. Alhamdulillah.
Jadi azam untuk berpindah rumah baru dan menerima cahaya mata telah aku capai.. yang tak dapat dicapai adalah rancangan untuk berhoneymoon kali ke-2 ke Bandung yang tidak dapat aku capai.. ini semua adalah gara-gara masa tu.. adik ip…

Lagu Khas Buat Isteriku Yang Tercinta | Lagu Episode 29 Tentang Dhia

Imej
Salam semua, Pastinya sapa yang tengok semalam Drama Tentang Dhia Episode 29 ada dengar satu lagu masa Melly dengan Azmi bertunang.. So kebetulan Cik malarang minat dengan lagu tu.. terus aku cari lagu apa sebenarnya yang dimainkan masa tu.. dah akhir ku temui lagi ini (Norman Kamaru – Cinta Farhat) Semoga cik malarang terhibur dan tersenyum disana… :-)Korang andai tak puas dengar boleh Download MP3 lagi ni disini..

Exabytes 100 Blogger Ads Program

Imej
Salam semua,Peluang buat duit tambahan dari Exabytes telah kembali semula dengan mencari 100 blogger untuk program pengiklanan.. sebelum ni aku pernah join program ni.. korang boleh baca disinimenjual ruangan banner blog dengan exabytes MYCek Bayaran Iklan Dari Exabytes Masyuk LagiExabytes Mencari 100 Blogger Untuk PengiklananOk jom baca maklumat dari exabytes ni..Exabytes is looking for 100 bloggers to advertise our products. Please contact us to be one of our advertisers.Steps
——-
1. If you have at least 200 unique visitors per day, we are interested to advertise with you.
2. Submit a screenshot of your unique visitors for the past 1 month to marketing@exabytes.com.my .
3. The approval process will take 3-4 working days.
4. Upon Approval, you will receive a link to download an invoice template. You are required to fill out all the details and send it back to us.
5. We will provide the banner script in every 1st & 3rd week of the month.
6. Once the Ba…

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM

Imej
Salam semua,Dalam keadaan kekurangan idea untuk update blog ni.. apa kata masa-masa yang ada ni jangan kita sia-siakan.. so apa lagi sebagai tanda sokongan ni, aku pon joinlah Giveaway dari Ketua Geng Talibarut ni.. hehehe.GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COMSusah ke nak join Giveaway ni… emmm tak susah mana pun.. apa yang korang kena buat cuma bagi 3 sebab kenapa korang suka baca blog Kak ina ni.. senang bukan.Macam aku ni antara sebab-sebab yang aku suka baca blog kak ina ni adalah part Resepi Masakan beliau.. nak dikatakan setiap bulan ada je resepi-resepi baru yang akan dikongsikan dengan pembaca blog beliau… part ni yang aku suka.. bolehlah aku belajar masak sikit-sikit.. hehehe.Selain dari tu.. kak ina ni boleh dikategorikan sebagai RAJA EVENT.. hehehe kenapa aku cakap macam tu.. nak dikatakan mana sahaja ada event anjuran nuffnang mesti dia ada.. paling dia buzy sekali pon dia mesti antar wakil.. korang tak caya.. ni buktinya.. baca dekat sini.Tak cukup dengan itu.. kak ina ni pun ra…

Tugas-Tugas Baru Sebagai Seorang Daddy

Imej
Salam semua,

Sebelum ni.. kalau ada baby baru lahir je.. memang confirm aku tak berani nak pegang atau angkat.. tak kiralah nak riba ke atau macam mana.. tapi alhamdulillah sejak ada anak sendiri ni.. perasan berani tu datang sendiri.. Buktinya!

inilah buktinya sekarang daddy dah berani angkat Harraz.. anak sendiri beranilah.. anak orang lain masih takut-takut..

Dan ini pula ada tugas baru sebagai seorang daddy.. selain bangun malam bagi susu yang dah diperah oleh mamanya.. tugas terbaru aku adalah.. menukar lampin baby.. mula-mula aku tengok je nurse buat dekat hospital masa anak aku baru lahir.. lepas tu sampai dekat umah mertua aku dah start belajar buat sendiri..

Rupanya bukan susah sangat pon.. suma kena ada skill je.. hehehe.. pengalaman manis adalah kena kencing semasa tukar pampes dan kena berak.. selamat sempat mengelak.. kalau tak confirm kena dekat muka.. hehehe

Bab-bab menidurkan anak diatas riba pon aku dah pandai..

Satu-satunya foto kami bertiga yang ada.. kalau sebelum ni.. …

Jangan Kau Bersedih Isteriku

Imej
Salam sayang dari abg,Mungkin semasa sayang membaca entri ini.. abg sedang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur meninggalkan sayang bersama si comel dalam seketika waktu.Semoga sepanjang ketiadaan abg disisimu.. sayang jaga diri baik-baik & jaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ini… Jangan bersedih sayangku.. Air matamu sangat bernilai buatku.Doakan abg semoga selamat pergi & pulang semula kepangkuanmu sayangku.. Jangan kau tangisi pemergiaan ku seketika ini.. ada umur yang panjang insyaallah abg akan kembali disisimu.LOVE U & MISS U FOREVER SAYANGKU… Sayang Cayang & Muhammad Harraz Fahim.Pesanan buat anakku.. Jangan nakal-nakal sepanjang daddy tiada.. kesian nanti mama ye cayang.. Insyaallah Abg doakan semoga sayang & si comel sentiasa sihat disana… Amin.

Terima Kasih Semua Yang Hadir di Majlis Aqiqah Muhammad Harraz Fahim

Imej
Salam semua,Seawal pagi saudara mara dah riuh diluar rumah.. rupanya semua dah dok pakat masak lauk untuk majlis aqiqah anakku… walhal pada masa tu aku masih lena dibuai mimpi-mimpi indah.. hehehe..Sebenarnya aku keletihan menjaga baby comel kami semalaman yang agak liat sikit nak tidur.. so macam biasalah bergilir-gilirlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni. Gambar di atas menunjukkan gelagat keluarga cik malarang yang sedang syok memasak.. selalunya family ni buat catering.. tapi untuk majlis ni.. kami buat kelainan sikit.. nak bagi saudara mara merasai suasana gotong royong… barulah ada kemesraan dan semangat tolong menolong.. betul tak?Kalau tak buat macam ni.. semangat buat majlis tu macam kurang… hehehe.Jam 11.30 semua menu utama telah siap dimasak… jom kita usha-usha apa menu utama kami masa majlis ni…Beras Jati Super Spesial jadi pilihan… 30kg… kita orang guna hanya 20kg sahaja.. untuk jemputan tetamu 200 orang… tapi rasanya yang hadir lebih dari jangkaan.. Terima kasih …

Tablet Ajaib Dari Samsung | Samsung Galaxy Tab 8.9

Imej
48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRYSalam semua,Adakah anda perasan pada hari ni terdapat begitu banyak sekali tablet dipasaran.. dari segi saiz yang kecil sampailah ke yang besar. Terdapat juga beberapa tablet yang mempunyai access Wi-Fi percuma. Sampaikan anda sendiri yang nak memilih tablet mana yang sesuai menjadi pening dibuatnya.Percaya tak kalau saya katakan zaman ini kita sukar untuk dipisahkan dengan perkhidmatan seperti e-mail, mesej, laman web dan kekadang memerlukan tempat untuk menyimpan  aplikasi seperti permainan games dan juga aplikasi yang memerlukan capaian bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.Tidak cukup dengan sekadar tablet sahaja.. kita juga memerlukan satu capaian rangkain yang mampu memberikan perkhidmatan komunikasi dimana-mana sahaja secara konsisten.Jadi apakah tablet yang paling sesuai dengan anda?Ya betul…. jawapannya adalah SAMSUNG GALAXY TAB 8.9Samsung Galaxy Tab 8.9Samsung Galaxy Tab ™ 8.9  adalah tablet yang paling sesuai denga…

Hari-hari Terakhir 2 Ekor Kambing Aqiqah

Imej
Salam semua,Sebelum nak melaburkan mataku ini nak juga aku update sikit entri ni.. sebenarnya entri ni dah dipublish siang tadi semasa majlis aqiqah..tapi cuma dalam bentuk gambar sahaja… jadi malam ni semua urusan dah selesai baru nak buat cerita disebalik gambar-gambar ni.Ni dia salah satu kambing yang bakal di sembelih pada 24hb yang lalu untuk majlis aqiqah si comel (Muhammad Harraz Fahim)Kalau korang perasan ada 2 ekor kambing pada gambar sebelah kanan tu.. yang warna coklat.. yang putih tu.. saja jumpa kawan kambing dia untuk ucap selamat jalan & selamat tinggal buat selama-lamanya.. heheheDan akhirnya tepat jam 3.45 ptg.. 24hb Disember 2011… 2 ekor kambing jantan telah disembelih untuk dijadikan aqiqah pada 25hb Disember 2011..Acara melapah kulit kambing oleh 2 orang pekerja tokey kambing.. kambing ni disembelih sendiri oleh tokey kambing.. tak sampai 30 minit 2 ekor kambing ni dah selesai di lapah.. kalau pakar yang buat memang cepatlahkan.. rasanya kalau aku mau makan mas…