Hentian Pudu Raya Tidak Seperti Dulu

 

Salam semua,

Alhamdulillah syukur.. setelah 4 hari berjauhan dengan yang tersayang & myvitrd junior kini aku bersama mereka semula untuk seminggu lagi.

Harraz Detik 2012

Wajah ceria Muhammad Harraz Fahim time daddy dia nak balik…

Untuk pengetahuan korang sebenarnya hampir 2 tahun aku tak naik bus dekat hentian pudu raya ni, semalam merupakan kali pertama aku naik bus dekat situ setelah pudu berwajah baru.

Nak tahu bagaimana wajah-wajah ceria hentian pudu raya ni sekarang.. jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semalam petang.

 Pudu Raya 1

Keluar-keluar dari lrt terus menuju pintu masuk belakang hentian pudu raya.. masuk-masuk terus blur kejab.. sebab tak tahu nak menuju dekat mana untuk beli tiket.. apa yang aku nampak.. banyak gerai-gerai dan bangku tempat menunggu.. memang jauh sekali bezakan dengan sebelum ni.

Tetiba aku terpandang satu papan tanda.. “Kaunter Tiket di Tingkat 1”.. terus naik tangga menuju ke lokasi..

Pudu Raya 2

Dalam perjalanan menuju ke kauter jualan tiket.. tetiba terpandang satu papan tanda.. “Surau Jumaat Al-Hidayah” wah dah hati aku cakap  “ ini sudah bagus boleh aku solat jumaat dulu ni..”

Pudu Raya 3

Sampai je ditingkat 1 terus nampak pintu masuk dari kawasan parking.. wah besar juga kawasan jualan tiket ni.

Pudu Raya 4 Pudu Raya 5

Nilah dia kawasan jualan tiket.. lebih teratur, kemas dan selesa.. tiada lagi kelihatan ulat-ulat tiket berkeliaran.. misi mencari tiket bus diteruskan

Pudu Raya 6 Pudu Raya 7 Pudu Raya 8

Dah akhirnya terjumpalah syarikat bus City Express ni.. kebetulan semua kaunter bus yang menjual tiket untuk ke Penang dah penuh.. selamat kaunter ni masih ada kosong.. dan penyudahnya tiket Jam 2.30 petang aku beli.

Jadi sempatlah aku nak gi menunaikan solat Jumaat dulu.

Pudu Raya 9

Alhamdulillah telah sempurna tanggungjawab menunaikan solat jumaat di surau baru ni.. surau yang lagi selesa dari sebelumnya.. luas cantik dan berhawa dingin.

Pudu Raya 10

Habis je solat terus menuju ke Platform tempat tunggu bus.. ya ni Platform bus aku.. P17.. kawasan menunggu yang sangat selesa.. siap dengan skrin paparan waktu perjalanan.. dan macam dekat airport beb.. terbaik.

Pudu Raya 11

Jam menunjukkan 2.30 apa lagi turunlah dekat bawah untuk tengok bus.. rupanya bus tak sampai lagi..

Pudu Raya 12

jam 2.40 petang bus aku dah sampai.. ready untuk naik bus.. tapi macam biasalah dekat tiket tulis jam 2.30.. bus bergerak ke penang jam 3.15.. huhu.. selamat dia tak gerak jam 4.00 petang.. ni semua gara-gara tunggu penumpang lain untuk penuhkan muatan baru bus nak gerak.

Syukur alhamdulillah jam 8.30 malam bus aku ni selamat tiba di Hentian Sungai Nibung, Pulau Penang.. tak lama lepas tu.. pak mertua aku sampai dan jemput aku untuk terus balik umah… yeeeehhh akhirnya dapat jumpa isteri & anak tercinta akhirnya..

Kesimpulan yang boleh aku buat.. Hentian Pudu Raya kini adalah jauh 100 x ganda lebih baik dari sebelum ni.. kepada yang nak balik utara tu.. jomlah naik ke Pudu Raya untuk rasai sendiri suasana baru hentian ni.

Oklah ye.. sebagai penutup entri tahun 2011 ni.. aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni.. Selamat menyambut tahun baru 2012.. semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

“Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi”

Wasalam……

Ulasan

  1. cantik gak ..tapi belum pernah sampai lagi sejak dia siap..

    Jom sertai Pertandingan “Apa Azam Anda untuk 2012 ?”

    hadiah hadiah menarik disediakan.

    Kalau taknak hadiah pun, apa salahnya sharing ?
    after all, sharing is caring right ?

    boleh Klik SINI untuk menyertai

    BalasPadam
  2. betul la.. memang lain sangat pemandangan dalam ni.. Last naik bas dari pudu pun tahun 2006 hhhu tu pun sebab nak kena ke Melaka

    BalasPadam
  3. ololo..tomey bb..puduraya dah canggih eh..

    BalasPadam
  4. betul tue bro... memang ketara keadaan dan kemudahannya... kalau dulu memang nampak sesak sangat tambah time cuti skolah atau perayaan...

    BalasPadam
  5. wow..cantik betul puduraya skrang tak macam dulu2...kalau dulu2 nak gi sana pun takut kena pau.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak