Tesco Promotions Drypers WeeWeeDRY RM30.90

 

Salam semua,

Hujung minggu ni kalau tak keluar rumah bawah keluarga gi jalan-jalan atau shopping memang tak sah.. betul tak.. itu akulah.. korang hujung minggu ni buat apa?

Kebetulan aku memang dah plan dengan cik malarang nak gi beli barang dapur dekat Tesco Kepong yang tak jauh dari rumah aku sebelah petang.. tetiba cik malarang cakap sebelum nak gerak tu kata tesco tengah buat offer barang-barang murah selama 2 hari .. dia kata Pampers Drypers WeeWeeDRY saiz M,L & XL dijual dengan harga RM30.90.. aku cakap ”wah murah ni.. lagi murah dari expo dekat KLCC bulan lepas..” apa lagi terus aku cakap “kalau betul offer kita beli lagilah sayang..” hehehe.

Drypers weeweeDRY 1

Sekali aku sampai dekat tesco.. apa yang cik malarang cakap memang betul.. masuk-masuk dekat pintu utama je.. dah dihidangkan dengan tawaran dekat atas tu.. bukan setakat tawaran harga murah pampers drypers ni.. beli satu dapat free satu Drypers Drypants yang dalamnya ada 2 unit..

Jadi apa lagi…..

Tesco Harraz Drypers weeweeDRY

Si comel Harraz pun dah racun daddy dia kata tolonglah belikan lagi untuk stok 2 bulan.. dan demi untuk keselesaan anakku yang manja ni.. akhirnya..

Drypers weeweeDRY 2a

bukan satu paket aku ambil.. tapi 3 beg Drypers WeeWeeDRY Saiz “M” telah ku borong… hahaha.. memang boleh buat katil dah pampers dekat rumah ni.. mana tidaknya sekarang semua dah ada 5 beg dekat rumah.

Drypers weeweeDRY 2

Beli 3 beg dapat percuma 3 paket DryPants saiz “L” (boleh pilih nak saiz apa).. bukan tu je ada lagi percuma “Head To Toe” (Shampoo rasanya kot)

tesco offer

Jadi korang yang ada baby & anak-anak yang masih kecil tu bolehlah ambil peluang ni untuk beli pampers time murah ni.. tawaran kalau tak silap aku sampai 18hb Mac 2012 je.. so cepat-cepat gi serbu tesco ye.. hehehe… Sebarang maklumat tentang promosi ini boleh terus layari laman webe TESCO

Nota : aku suka shopping time ada offer ni… korang macam mana pulak?

Ulasan

  1. Balasan
    1. Jadi hantu drypers aku sekarang ni.. hehehe

      Padam
  2. wah lala pun pakai drypers jugak. haritu hubby beli yg pack dapat percuma shampoo je. syampoo dia wangi & lembut sgt

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak