Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Semakin Mudah Tiada Lagi Borang KWSP 9P

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Baru je balik dari pejabat KWSP cawangan Petaling Jaya tadi untuk uruskan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan.. ni merupakan pengeluaran kali ke-2 untuk ansuran bulanan rumah aku buat..

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Macam biasalah sebelum pergi pejabat KWSP aku dah sediakan semua dokumen-dokumen seperti yang aku buat sebelum ni.. rujuk entri ini.. sampai-sampai pejabat KWSP dia orang cakap kami dah tak guna borang KWSP 9P lagi.. sekarang kalau nak buat pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan hanya perlu bawa kad pengenalan dengan Penyata baki pinjaman perumahan dari bank sahaja..

Aku tanya pegawai yang bertugas tu.. kaedah ni terpakai untuk permohonan kali ke-2 atau yang baru.. pegawai tu cakap kaedah ni terpakai untuk permohonan baru dan yang berulang.. so maknanya lepas ni tak perlulah korang nak isi borang bagai untuk buat pengeluaran ansuran bulanan ni..

Memang bagus cara ni.. lebih mudah dan urusan pun cepat.. permohonan aku tadi dalam proses menunggu kelulusan.. dan lepas lulus je.. setiap bulan aku akan bayar ansuran rumah aku guna duit KWSP aku dari akaun 2.. dapatlah aku kurangkan sikit komitmen bulanan aku kali ini.. Almaklum jelah semua benda dan naik sekarang so kewangan pun kenalah manage semula..

** Dalam website KWSP info ni tak diupdate lagi walaupun prosedur baru ni dah 4 bulan berkuatkuasa..  panduan pengeluaran yang diberikan didalam webiste masih memerlukan isi borang dan kena sediakan beberapa dokumen sokongan.. so kalau korang nak maklumat lanjut tentang kaedah pengeluaran ni.. boleh hubungi mana-mana pejabat KWSP sebelum korang gi berurusan disana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak