Trafik Naik Kerana Backlink di Blog Cikgu Dahlia

 

Salam malam semua,

Seminggu dua ni aku perhatikan statistik nuffnang blog ni meningkat secara tiba-tiba.. bila aku check betul-betul, rupanya penyumbang utama trafik adalah dari blog CikguDahlia.. Pasal apa ye?

Siapa sangka dengan backlink yang diberikan oleh CikguDahlia dekat blog ni boleh menjadikan trafik blog ni meningkat secara mendadak.. Korang boleh rujuk entri CikguDahlia di Drama Nora Elena di TV3 Akasia (Sinopsis) | Adaptasi Novel Kasih Yang Suci.

cikgu dahlia blog

Blog Cikgudahlia.com

Salah satu kelebihan backlink yang berikan oleh blogger popular macam cikgudahlia akan menyebabkan trafik blog korang meningkat tanpa disangka-sangka seperti contoh statistik dekat bawah ni.

Untuk setakat hari ini sahaja cikgudahlia dah menyumbang 1381 visitor dekat blog ni.. dah mungkin akan meningkat lagi sehingga jam 12.00 malam ni.

blog cikgu dahlia

Dekat bawah ni pulak statistik untuk minggu ni.. yang mana rangking penyumbang trafik tertinggi adalah dari cikgudahlia juga.

sumber trafik blog

Apa pon ribuan terima kasih aku ucapkan kepada CikguDahlia kerana sudi memberikan backlink dekat blog ikan bilis ni.. Sebenarnya bukan senang orang nak bagi backlink dekat kita ni.. sampaikan ada blogger yang cakap “blogger tu kedekutlah nak bagi backlink”.

Kalau kita kedekut bagi backlink dekat orang lain.. tak mustahil orang lain pon malas nak bagi backlink dekat blog kita.. So rajin2lah bagi backlink/kredit rakan-rakan blogger.

** Paling seronok time ni sebenarnya adalah buffered earning tengah berjalan-jalan dalam blog ni.. Nilah namanya rezeki yang tidak disangka-sangka… Alhamdulillah. 

Nota kaki : Aku tak kejar duit blogging tapi aku kejar trafik.. bila trafik blog masyuk secara automatik duit pon leh masyuk juga.. Jadi cuba dapatkan sebanyak mungkin trafik di blog korang dan insyaallah duit akan datang dengan sendirinya nanti.

Ulasan

  1. tu pasal, kalau ada orang letak link kita kat blog orang lain..kena plak blog tu famous, memang senang-senang dapat trafik..

    apapun, tahniah. sebab trafik naik. hehe..

    BalasPadam
  2. xde hal ;)
    sama2 berkongsi kan..
    insyaallah, bila sesambil wat entry tu, dn terserempak yg berdekatan, bagi link, xkisah siapa pun... as long as ada kaitan dgn cerita kat blog.. hehe

    mesti best ni buff menari ;)
    congrates dan thanks jugak k

    BalasPadam
  3. mesti be tak larat nk berdansa trafik banyak sgt..tahniah

    BalasPadam
  4. nak jugak...nak jugak...heheheh..tahniah ya..

    BalasPadam
  5. Salah satu kelebihan backlink yang berikan oleh blogger popular macam cikgudahlia akan menyebabkan trafik blog korang meningkat tanpa disangka-sangka seperti contoh statistik dekat bawah ni.

    BalasPadam
  6. mmg best laa dpt backlink percuma..

    BalasPadam
  7. alaa..bets nye..nt leh ajar org baru ni x?

    BalasPadam
  8. Wah lazatnye dapat trafik banyk camtu. bleh saya cuba nasib gak nih

    BalasPadam
  9. wah mantap tue, bagus la mcm tue.semoga succes

    BalasPadam
  10. Can you also post this article in English?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak