Keyword Terpilih Minggu ini
Salam pagi semua, aku sebenarnya belum mahir lagi nak bercerita pasal tips naikkan trafik pengunjung di blog. Dari apa yang aku tahu, keyword atau kekunci menjadi salah satu tips untuk mendapatkan trafik dari enjin carian seperti google & yahoo.
Seperti apa yang terjadi pada blog aku minggu ni terdapat 2 keyword yang menjadi popular iaitu www.tonton.com.my dan epilog syurga cinta. keyword-keyword ini datang dari entri aku yang menceritakan pasal produk terbaru TV3 dan drama bersiri akasia setiap petang iaitu epilog syurga cinta.
Mungkin rezeki aku minggu ni sebab keyword yang aku guna tu meletup semuanya. semalam je aku dapat pengunjung unik lebih dari 600 pengunjung dan yang view blog je lebih dari 1000 pengunjung.
Alhamdulilah kebetulan buat masa ni ada satu buffered earning yang tengah berjalan di blog ni yang datang dari Digi. so memang memberi kesan baik kepada pendapatan buffered earning aku ni.
Kepada yang ingin mengetahui teknik SEO bagi menentukan keyword diblog boleh rujuk teknik seo untuk blogspot
gila banyak pasang keyword.. hahaha...
BalasPadam