Amanah Hartanah Bumiputera | Pelaburan Hartanah Berhad
Salam,
Mungkin semua orang dah sedia maklum berkenaan peluang pelaburan baru dalam unit hartanah yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 29 November 2010 lepas dengan diberi nama Amanah Hartanah Bumiputera.
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) merupakan unit amanah saham berlandaskan Shariah. Mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.
Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
- Taraf Bumiputera Malaysia
- Akaun Kanak-kanak / Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/ remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah)
- Akaun Dewasa (18 tahun keatas)
Berapa harga bagi se unit AHB?
Harga se unit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00
Berapa pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
- Pelaburan permulaan minimum RM500
- Pelaburan maksimum adalah RM200,000
- Pelaburan minimum untuk tambahan RM100
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh rujuk website Pelaburan Hartanah Berhad
Lain-lain sumber berita rujuk BERNAMA
Nota kaki : Melaburlah untuk simpanan tua anda.. macam aku yang dah tua ni.. terasa rugi pulak masa muda2 dulu tak melabur.. asik melabur tempat tak berfaedah je.. di harapkan lepas ni andai kata ada rezeki lebih insyaallah nak juga cuba melabur dalam AHB ni..
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
nice info ni bro!
BalasPadamTerkini : Ini Fakta Bukan Auta | Jom Sertai GIVEAWAY Lumayan
Satu lagi peluang pelaburan selain dari ASB dan ASB... ingat nak melabur la jugak laa..
BalasPadammemang bagus ni....
BalasPadaminsyaallah kalau ada rezeki tahun depan aku nak mencuba juga..kalau ada peluang pelaburan yang sah jgn sia-siakan peluang yang ada
BalasPadamsalam...
BalasPadamInsya Allah dalam blog saya ada info tambahan... http://mdhady.blogspot.com
tapi sayang sape yg belum masukkan tuh..AHB dah pun penuh kuota dia.
BalasPadam