Romantic Dinner | Haven Restaurant

Salam,

Semua orang yang bercoupel atau perpasangan mesti nak merasai suasana romantik setiap masa.. ya begitu jugalah aku.. walaupun kata sayang aku "abg ni tak romatiklah" hehehe.. memang betul pon apa kata wife aku tu.. aku memang tak romantik n tak pandai romantik.

Jadi nak menunjukkan keromantikan aku tu.. aku telah bawa sayang aku untuk dinner di Haven Restaurant Jalan Ampang-Hulu Langat pada 19-12-2010 sempena anniversary & birthday isteriku tersayang.


Tq kepada eyriqazz yang telah mencadangkan lokasi romantik dinner ni.. orang berpengalaman katakan so kenalah tanya mana tempat makan best dan menarik.

Aku cerita panjang tak mau.. terus layan gambar yang sempat aku ambil bukan menggunakan DSLR.

Photo yang aku ambil pada malam bersejarah tu..

Sampai-sampai je rupanya meja yang aku booking tak siap lagi hias.. so aku buat sesi foto dululah dengan wife aku.. 

tersenyuum-senyum je sayang ni.. sebab dapat fresh flower atas meja tu..

tengah menunggu menu sampai.. muka mcm lapar je ni..

tu dia air fresh oren aku dengan wife aku dah sampai... dengan salam hormatnya dia tiba.. dah haus aku ni..

dari tadi sidia je posing bergambar aku pon nak selit juga.. hehehe.. first time seumur hidup aku gi candilite dinner ni.. apa pon pengalaman pertama nilah yang menyeronokkan..

sayang aku kata "bestlah dekat sini abg" aku tersenyum je.. apa yang bestnya? kalau nak tahu datang berkunjung ke haven ni.. pasti korang akan kata bestnya....

Sup Cendawan... mengalahkan Pizza Hut punya sup.. memang terbaik dari ladang.. sedap gila beb..

fresh oren.. penghilang dahaga.. sekali aku minum punya muvless.. tapi bila dah tinggal sikit rasa jadi pait pulak..aku pon tak tahu pasal apa.. tapi yang jelasnya air ni memang sedap

Udang goreng tepung.. hidangan pembuka selera.. pon cukup sedap rasanya.. aku rasa tak sampai 10 ekor udang ni.. rangup n sedap sangat beb.. jomlah datang sini belanja aku pulak.. hahaha

si dia mencuba coslow.. aku pulak dah belasah udang goreng tepung tu.. 

baru je aku cakap tadi aku tengah belasah udang goreng tepung tu.. betulkan? tengok gaya macam nak cecah dalam sup cendawan je.. biar betul aku ni..

wangi... bunga ros fresh.... ingat boleh bawa balik terus lepas habis makan.. rupanya perhiasan je..

Nilah dia menu utama... lam chop.. kalau nak tahu nilah kegemaran wife aku... jawabnya lepas ni aku kena bela kambinglah lepas pencen nanti.. senang nak buat kambing golek.. hehehe.. jangan marah ye sayang

yang ni aku punya.. chicken cop.. pergggg memang sedap beb.. licin aku kerjakan.. makan ni pon dah cukup kenyang sebenarnya.

tengok tu bukan main semangat lagi makan.. takda control-control lagi dah.. mencuba rasa lam chop.. emmmm yami-yami... sedapnya..

menu terakhir sebelum angkat kaki... pencuci mulut... ais-crime pisang... wife tak makan pisang ni.. so aku yang habiskan pisang tu.. sedap.... first time rasa makanan ni..

sempat lagi minta pekerja dekat situ petik satu gambar kenangan... sebenarnya view dekat tepi kita orang tu cantik.. disebab kualiti kamera kurang.. so background belakang memang tak nampak.. kalau ada DSLR korang mesti dapat tengok view KL diwaktu malam.. sungguh cantik..

wangi tak sayang.. macam nak bawa balik je ros tu.. hehehe

wife aku suka dekat bunga ros hidup ni.. katanya cantik.. siap sempat ambil satu kuntum lagi tu... bukan ambil terus... pinjam je.. 

cantikkan view dekat sini sebelah malam.. sejuk  mata memandatang.. memang romantik dekat sini.. yang bujang no more roman-roman ye..

nilah dia view haven restaurant tu.. cantik dengan tema  kehijauwan

ni gaya wajib setiap kali kami keluar berdua.. disebabkan takda bawa camera man... so tangkap sendirilah jawabnya

pintu gerbang menara tinjau (look out point) menuju ke arah restaurant.. aku mula-mula ingat ada haven restaurant je dekat tu.. tapi rupanya banyak lagi restaurant yang korang boleh pilih. kenderaan boleh parking atas ni.. tapi aku tak tahu boleh parking atas.. apa lagi menapak naik bukitlah aku malam tu.. 

nilah dia pemberian ikhlas dari aku buat isteri tercinta.. harap2 si dia sukalah hadiah tu.. senyum je sayang ni..
jangan lupa bagi tahu ye sayang apa dalam tu ... ramai yang tertanya-tanya ni...

Aik ... apa dalam tu.. peluk bukan main lagi.. korang nak tahu ye.. tunggu entri akan datang ye..

mula-mula masuk aku tengok perentri RM3.. tapi bila dah keluar nak bayar cuma kena RM2 je.. tqlah brother yang jaga parking tu.. ada diskaun kot malam tu.. hahaha.. apa pon kira murahlah tu dibandingkan parking dekat Semuahouse Jalan TAR..

macam mana sanggup datang sini makan? apalah salahnya setahun sekali hadiahkan tempat makan istimewa buat orang tersayang.. betul tak?


Lot 1A & 1B (Look Out Point)
Pusat Pelancongan Menara Tinjau
Jalan Ampang - HuluLangat
Bukit Langat, Hulu Langat
43100 Selangor Darul Ehsan

Call Anan @ 016 - 2323 999

Email :
anan@qrockconsultants.com
naresh@qrockconsultants.com
amri@qrockconsultants.com


"Terima kasih isteriku sebab sudi menemani abg dimalam itu"
Love U & Miss U Forever Sayangku

Nota kaki : Kepada bakal pengantin atau yang telah berkahwin atau yang sedang melayari bahtera cinta.. apa kata korang abadikan memori terindah korang di puncak bukit Hulu Langat ni.. pastinya korang akan teringat-ingat suasana tu.



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. tahniah bro..aiseh,kenapa tak inform awal2 nak pi sana>?kalau tak eden ble contact manager dia mintakan diskaun untuk bro..teruja kan?

    hik3...that's y saya buat give away itu..untuk berkongsi pengalaman sama..I know some people can't afford it....

    BalasPadam
  2. @eyriqazz : alahai boleh dapat diskaun lagi ke eyriqazz.. adeh..takpe next time.. memang nak pegi lagi tu.. hehhe.. view memang cantik bro.. serius.. syukur malam tu tak hujan.. aku rasa malam tahun baru aku nak naik situ lagi.. sebab boleh tengok pesta bunga api atas tu.. jom pi sana bro.... apa pon pengalaman memang mengujakan.. best n terbaik

    @Aimi Bahari : tq2.. first time g dinner tempat cantik ni.. best

    BalasPadam
  3. bestnye.. dah lama nak pg heaven tu.. ada menang voucher makn kat situ.. tapi xsempat g nak pg..

    http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/update-post-blog-di-twitter-facebbok.html

    BalasPadam
  4. Congrats ..
    nyway, thanx 4 d info bout d restaurant ..

    BalasPadam
  5. wow ! tempat yg sangat ekslusif & romantik..

    BalasPadam
  6. cantik lah mid tempatnya...
    kalo ade diskaun tu lagi menarik nak pegi...:)

    BalasPadam
  7. bagus juga ni memang sungguh romantik, hmmm tengah fikir ni, romantik ngan anak2 sekali le datang sini

    BalasPadam
  8. @sazali yusof : apa kata sambut tahun baru dekat atas .. aku cadangan nak pegi sekali lagi tahun baru.. leh tengok bunga api dari atas tu.. cantik beb

    @DhiyaNadia : sama2

    @Ateynmohd : memang romantik sangat tempat tu.. datanglah sesekali buat survey dulu..

    @Ron : kalau nak diskaun masuk blog www.eyriqazz.com dia ada buat giweaway hadiah vaucer RM100 dari haven tu.. cepat2 rebut rone.. untung hang menang leh dtg bercutui dekat KL..

    @Sharinginfoz : memang sesuai bawa family bro.. cuaca sejuk n romantik..

    BalasPadam
  9. ada satu tempat di bukit lanjan, damansara.
    SUBAK RESTAURANT juga menarik tempat nya.
    Makanannya enak juga.Location nya betul2 berada dlm jungle, amat menarik.

    BalasPadam
  10. Boleh pilih ke menu nak makan apa...?ke mmg termasuk dalam pakej tu...?

    BalasPadam
  11. sekali sekala okla melabur, sebulan sekali mau rabak poket.. hehee ;)

    Tersenyum memanjang wifey ha :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak