DIY Power Window MYVI, Berjaya @ Gagal

 

Salam semua,

Rasanya semua orang masih dalam mood berhari raya betul tak? semalam sehari aku gi rumah saudara untuk beraya.. balik dari beraya je.. melayan saudara mara pulak yang datang umah.. nak di katakan 2 hari ni kerja asik makan je.. hehehe.

hari raya 2011

Hari Raya ke-2 Umah mak, Nak gi beraya umah adik beradik

Pagi tadi ada masa terluang apa lagi aku kerjakanlah  Myvi aku.. sebenarnya masalah ni dah lama.. rasanya dah berbulan-bulan tingkap kereta aku bahagian kiri dan kedua-dua belah belakang tak boleh turun. semua berpunya dari switch power window kereta aku tu yang dah jam.

Pernah hantar dekat perodua untuk repair tapi disebabkan warranty dah habis dia orang kata kalau nak tukar kos dalam RM3xx.xx.. aduh banyak juga tu.. so aku kata takpelah next timelah ada duit baru tukar.. lagi pon main switch masih boleh berfungsi dekat bahagian pemandu.

Jadi hari ini aku nak kongsi kaedah macam mana korang nak DIY untuk repair power window korang tanpa keluar sesen pon modal.. cuma kena guna tenaga sikit je.

Tutorial DIY ni hanya untuk Kereta MYVI sahaja & pastikan warranty telah tamat. 

myvi power window 1

Pastikan skru bahagian dalam panel dibuka terlebih dahulu.. (satu skru je)

myvi power window 2

Terdapat 2 klip yang perlu dibuka.. samada panel depan atau belakang.. tolak kedalam sedikit panel tersebut sehingga ada ruang untuk menarik panel tersebut keatas.

myvi power window 3

Beginilah keadaan apabila panel telah terpisah dari door trim

myvi power window 4

Pisahkan soket seperti dalam bulatan diatas untuk memudahkan lagi kerja

myvi power window 5

Kedaan apabila soket telah dipisahkan..

myvi power window 6

Langkah seterusnya adalah memuka kotak switch dari panel.. terdapat 2 klip di kiri dan kanan switch.. lepaskan klip dari tempat asal untuk memisahkan switch dari panel. (berhati-hati supaya klip tidak patah)

 myvi power window 7

Setelah klip terpisah, maka kotak switch dapat dipisahkan seperti diatas

 myvi power window 8

Proses seterusnya ada sedikit rumit kerana korang perlu lepaskan lagi 6 klip seperti dalam bulatan untuk membuka kotak switch tersebut. (berhati2 supaya klip tidak patah)

 myvi power window 9

Apabila kotak switch berjaya dibuka terdapat 2 komponen kecil yang perlu anda keluarkan dari kotak switch tersebut.

 myvi power window 10

kalau korang perasan bulatan dalam gambar diatas perlu dibersihkan menggunakan hujung test pen atau alat yang boleh menghilangkan karat.

myvi power window 11

Perbezaan anatara karat yang telah dibuang dan belum dibersihkan lagi.

 myvi power window 12

Kedua-dua komponen kecil telah dibersihkan dan permukaan telah menjadi kilat.

 myvi power window 13

Dalam bulatan menunjukkan permukaan hitam dan berkarat.. perlu dicuci seperti gambar diatas

 myvi power window 14

gambar diatas menunjukkan komponen telah dibersihkan dan permukaan telah bertukar warna dari hitam kepada warna silver kilat.

 myvi power window 15

Pasangkan kembali 2 komponen kecil tadi yang telah dibersih kedalam kotak switch seperti gambar diatas.. selepas itu pasangkan semula semua kotak yang telah dibuka dan pasang semua sekali soket yang telah dipisahkan dipanel.. pastikan skru dipasang semula.

 myvi power window 16

Akhirnya switch power window telah berfungsi semula dengan tingkap bahagian belakang telah boleh diturunkan dalam kedaan separuh.

 myvi power window 17

Tingkap telah boleh ditutup sepenuhnya.

 myvi power window 18

Tingkap juga telah boleh dibuka sepenuhnya tanpa sebarang masalah..

Alhamdulillah akhirnya semua switch power window untuk pindu hadapan dan belakang telah berjaya di repair tanpa sebarang masalah..

Jadi kalau korang rasa berkeyakinan untuk mencuba sendiri.. silakan dan selamat berjaya.. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab anda sendiri.. hehehe..

Wasalam.. & selamat hari raya..

P/S : Dalam keadaan Jam dijalan raya,  kalau tinggap tak boleh nak turun memang masalah.. lagi-lagi musim panas dan aircond tak fungsi.. akan menyebabkan mood berhari raya boleh terbantut.. :-) Selamat berhari raya semua.

Ulasan

  1. whoaaa...sempoi la bro.... lepas nie dah boleh buat slot khas DIY kat blog nie....

    BalasPadam
  2. kalau rajin godek, mesin apa pun boleh repair :) org laki mmg kene jadi multitask person :))

    BalasPadam
  3. tips ni memang boleh dipakai untuk semua model kelisa, viva, myvi, alza dan kenari..

    BalasPadam
  4. @hazman : hehehe.. ni kes nak jimat bro.. terpaksa DIY sendiri je.. hehhe

    @Sitisifir10 : tq2.. kalau mana yang boleh direpair tu..kita repair sendiri je.. :-)

    @Miey : mungkinlah sebab rasanya semua model perodua pakai power window sama je.. hehehe

    BalasPadam
  5. bukak bengkel lah mid...aku customer pertama

    BalasPadam
  6. wawee...hebak la...kami pn ade prob ni...tngkap tu dh xditrn2kan, tkt nnti xleh nk naik..hhuuhuhu..

    BalasPadam
  7. Useful tips for a amateur myvi user like me...

    BalasPadam
  8. Useful tips for a amateur myvi user like me...

    BalasPadam
  9. Tq bro tip ni. Aku dah cuba buat alhamdulilah menjadi. Sgt2 bagus

    BalasPadam
  10. Thank you for the tip :)

    BalasPadam
  11. Bro
    Pagi ni p/w depan kanan buat hal, hujan renyai renyai, tip yg Bro berikan ni membantu saya........jasa baik Bro allah saja yg balas nanti..
    TQ

    BalasPadam
  12. Thank you so much for the tip, you help me fix my power window without me going to the workshop which saved me so much money. Kudos!!!

    BalasPadam
  13. Thank you so much for the tip, you help me fix my power window without me going to the workshop which saved me so much money. Kudos!!!

    BalasPadam
  14. Bro, aku cuba buat kat semua 4 bagian suis tu dan smuanya berjaya. Selama ni, hanya kat pintu drebar je yg berfungsi, sekarng ni semua berfungsi. Thanks bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama bro.. kekadang benda tu jadi sebab masuk air tu yang karat suis tu.. kalau masih ada jaminan hantar je produa dia ganti baru.. tapi kalau dah takda jaminan tu yg kena DIY

      Padam
  15. Encik... Blog ni sgt membantu... Pintu tingkap xleh naik... Hujab plak tu... Sampai umah... Terus follow step by step...alhamdulillah...berjaya :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak